Tadi, aku baru aje hantar ke kedai yang aku beli skrin laptop HP baru aku tu. Nak baiki memang dah tak boleh. Memang ganti sahaja yang baru jawapannya. Tak sampai 6 bulan aku guna, tiba-tiba bila aku bangun pada suatu pagi yang indah, laptop aku berada dibawah katil. Aku lupa, malam itu aku sibuk melayan kartun, dan tanpa aku sedari mungkin aku tertepis atau tertendang laptop itu sampailah ke bawah katil.
Mula-mula, aku tengok, ok aje. Takde tanda retak. Tapi..bila aku ON laptop itu sebab nak online sekejap pada pagi itu. Aku terperanjat..
Retak dua tempat. Satu retak seribu. Satu lagi retaknya aku kira tak sampai sepuluh..
Jadi, pendek cerita bila aku balik Banting semalam, aku pergi kedai pagi tadi sebelum aku solat Jumaat. Kalau dapat esok, esok petang juga aku akan dapat laptop itu. Jangan Ahad. Aku ada banyak kerja yang kena buat untuk hari isnin ni. Tak larat aku nak berjaga malam-malam semata-mata nak siapkan kerja. Aku bukan muda lagi macam dulu.
Ps: Memang penat. Tapi sekurangnya aku gembira bila boleh balik rumah jumpa mak abah aku.
2,510 total views, 1 views today
Emm penat tu hilang bila tengok wajah jernih mak ngn abah..hehe..paling best diorang hepi bila nmpk muka kita balik kg..hehe
bos repair skrin kat kedai mana Banting?berapa kena bos?