Katakan sekarang ini korang sedang mengikuti diet yang sihat dan menepati target kalori yang ingin diambil.
Namun selang 2 atau 3 hari kemudian anda seolah-olah hilang fokus. Diet korang langsung tak kontrol. Memang ke laut habis. Korang pula makan melebihi keperluan kalori yang sepatutnya. Inilah masalah orang kita ni. Tak kiralah korang gemuk atau kurus. Sama aje.
Jadi, apa yang harus korang lakukan jika situasi ini terjadi?
Tidak dinafikan kadang- kadang perkara ini pun terjadi pada korang. Kita ini manusia biasa yang mudah terdorong dengan
makanan2 yang lazat. Tetapi jangan sampai kita stress akibat diet yang kita rancang tidak menepati apa yang dirangka.
Untuk mengatasi masalah ini, Korang boleh gunakan teknik ‘Pembetulan kalori‘…
Contohnya, dalam minggu tersebut 3 hari Nuru terlebih makan (kalori jadi berlebihan). So untuk mengatasinya Nuru akan
bakar balik kalori yang lebih tadi.
Caranya adalah dengan tingkatkan senaman. Sebagai contoh, biasa Nuru jog 30 minit tapi kali ini Nuru jog 50
minit. Selain itu, jika biasanya Nuru bersukan 3 kali seminggu maka minggu tersebut Nuru perlu tingkatkan aktiviti bersukan kepada 5 kali seminggu.
Jadi jika Nuru yang sedang berdiet tu, jangan la stress atau kecewa kerana gagal mengawal nafsu makan. Sebaliknya gunakan teknik pembetulan kalori.
Jangan berlengah lagi untuk menurunkan berat badan anda. Aku ada FORMULA yang pasti dapat membantu korang semua menurunkan berat badan iaitu Teknik Bakar Lemak Pantas. Jika korang berminat boleh dapatkan disini:
Ps: Bagi yang dah terlebih gemuk, perut boroi. Sesuai sangatlah korang baca ebook tu.

1,955 total views, 1 views today