Tahukah korang bahawa senaman bebanan (weight training) sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan?
Ok! Hari ni aku nak kongsi tip yang baru aku belajar tentang cara untuk menurunkan berat badan dengan senaman bebanan. Korang tahu kan apa itu senaman beban? Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk merealisasikan impian tubuh idaman yang korang idam-idamkan itu.
Mungkin ada yang berkata senaman bebanan hanya untuk lelaki yang inginkan badan berketul-ketul.
Itu salah sebenarnya.
Senaman bebanan ini bergantung kepada cara pelaksanaan. Pelaksanaan berlainan akan menghasilkan kesan yg berbeza-beza.
Secara umumnya, bagi wanita atau lelaki yang ingin turunkan berat badan harus membuat senaman bebanan berselang seli dengan senaman kardio.
Untuk makluman korang semua, senaman kardio banyak membakar kalori daripada glukosa manakala senaman bebanan pula banyak membakar kalori daripada lemak.
Telah banyak kajian yang dijalankan yang membuktikan senaman bebanan dapat membakar lemak dengan pantas serta dapat menurunkan 30% risiko mendapat penyakit kencing manis!
Jadi bagi korang, korang dan korang semua yang ingin susuk tubuh yang menawan dan kesihatan berpanjangan, jangan abaikan senaman bebanan. Faham tu. Jangan asyik harap minum susu boleh kurus atau turunkan berat badan. Senaman memainkan peranan penting dan jenis senaman itu juga korang kena tahu.
Sumber: Teknik Bakar Lemak Pantas Hafiz Wasa
5,115 total views, 1 views today