Aku rasa, pihak Tourism Malaysia atau sesiapa yang berminat melancong ke Malaysia, patut datang ke Banting dan rasa semangkuk cendol Banting yang sedap tak terkata itu. Betul, sangat sedap dan mengiurkan.
Di Banting, ada banyak kedai cendol. Tapi yang popular. Adalah 2 kedai cendol ini.
1. Cendol Banting Kamarudin. Kedainya terletak dipanggung wayang lama, sebelah dengan kedai gunting dan juga kedai Peking yang jual surat khabar tu. Dan berhadapan dengan Maybank. Mudah cari parking. Kawasan luas. Dan ada mee rojak sebagai side dish yang cukup sedap.
2. Restoran Cendol Ibrahim Banting. Yang ini pula, dekat simpang tiga. Kedai paling tepi sekali. Kalau tak silap, berhadapan dengan kedai Bata, Pizza Hut dan KFC Banting. Kalau ikut jalan utama dari jambatan Banting tu, terus aje..tapi kena pandai cari parking la. Sebab kawasan tu memang susah sikit cari parking.
Itu sahaja. Kalau berminat nak makan cendol Banting yang sedap dan popular itu, datanglah ke Banting.
** Rugilah hidup korang kalau tak pernah makan Cendol Banting. Haha..
Ps: Semua dok cerita pasal cendol Banting aje. Aduhai..
5,522 total views, 1 views today
Nanti jika ada kes kat banting, saya singgah sana.
Tengok macam sedap saja. 😉
kalu aku pergi ko belanja ek..? 😉
tak pernah lg pekena cendol banting..pi sn pn bebekali je …tue pun lalu je…nak blanje ko makan cendol 10 mangkuk..hehe
nak terjah lah ade rezeki nnti 😎