Aku pernah guna dua jenis broadband. Yang jenis stick itu. Satu dari celcom dan yang terbaru dari Umobile.
Apa yang aku tak berapa suka dengan broadband Umobile ni?
Satu benda aje. Yang lain aku suka.
Aku suka dari segi kelajuan. Memang kebiasannya memang super laju. Sebab itu, kuota bandwidth aku selalu habis dipertengahan bulan. Kena pula aku rajin download anime cam Naruto, Bleach, One Piece dan drama-drama korea yang lain. Kalau datang gila..boleh habis dalam 2,3 hari aje..
Aku rasa, aku kena tukar plan. Ambil yang 20 GB. Tapi kena bayar dekat seratus lebih la.
Plan yang aku pakai sekarang adalah yang tengah-tengah. RM68. Tak mahal. Dan tak berapa murah. Kalau yang murah, memang tak berbaloi-baloi. Satu hari boleh habis.
Dan purata sebulan..memang selalu lebih dari 8-15 GB. Kekadang, pernah lebih 20GB. Dan macam biasa..duit pun cecah RM200 hanya dengan Umbile sahaja. Belum campur streamyx, duit sewa rumah, duit itu dan duit ini. Cincai, perbelanjaan sebulan aku untuk kos-kos lepas ni..mahu dekat seribu lebih..duit makan kekadang, tak sampai tiga ratus. Maklumlah..aku diet. Aku banyak beli air aje. Makanan..jarang aku beli melainkan aku gi lepak dengan kengkawan. Barulah makan lebih dari sepuloh ringgit. Selalu..tak sampai lima ringgit..aku pun tak tahu. Sejak dua menjak ni..tak berapa lalu nak hadap nasi melainkan yang mak aku masak..
Ok. Apa benda yang aku tak suka ni sebenarnya?
Plan Topup Umobile bila aku dah habis bandwidth.
“RM10 untuk 3 hari sahaja”
Kalau Celcom punya, hang topup RM10, dia bagi kita dalam 1GB kalau tak silap. Pakailah sampai hujung bulan. Kalau tak habis..kita cuma guna RM10 sahaja. Tapi kalau Umobile, dalam tempoh 3 hari tu..even kalau aku guna tak sampai 100MB (Ya, boleh check kalau korang bijak. Ada caranya..), memang sah-sah akan BURN kalau aku tak guna yang bakinya. Nak online balik, kena topup lagi selepas 3 hari..
Tapi dari segi kelajuan selepas topup, sama seperti biasa. Laju dengan kacaknya.
Cadangan aku, paling jahat pun..buatlah RM10 tu untuk 5 hari atau 10 hari. Takdelah aku rasa membazir sangat. Ini tidak, bila aku check aku masih ada dalam 500-600 MB yang belum pakai pada hari ketiga, memang cepat-cepatlah aku cari drama atau anime yang aku belum download. Kalau tak jumpa, cari gak software-software percuma untuk didownload sebelum masuk hari keempat. Aku rasa macam tak best aje bila buat macam tu..
Itu sahaja yang aku tak berapa suka. Yang lain, semua best. Nak bayar pun senang. Pakai Maybank2u aje. Tak yah gi pejabat pos atau opis diorang atau gi memana bank. Malas aku jumpa makcik-makcik bank yang kekadang nak senyum pun susah. Aku cukup punya kacak ni pun tak nak diorang senyum atau tanya khabar. Tahulah dah berlaki..susah sangat ke nak senyum. Bukan aku minta belanja cendol banting pun!
Ps: Ok, itu aje cerita aku tentang pengalaman bersama Umobile broadband. Thanks Umobile.
![]()








aku tak penah pakai umobile ni.. jadi tak berani nak komen
Aku dah lama tak guna Broadband..
Boleh tahan jugak belanja utk internet ni..hehe
Kire oklah tu. Cuma ko tak suka bab topup jer…harap2 ada top2 management sesat ke sini dan baca..hehe
sejak broadband celcom saya hilang.. saya terus guna streamyx..
mmg senang ada portable broadband ni..
Sebelum saya ke overseas, broadband Celcom jadi peneman.
Sejak dah ke luar negara, masih still guna broadband.
Almaklumlah .. kat apartment rumah negeri tak boleh guna wireless.
Sedih jugak. Sebab kita sedar kita memang blogger. heheh
Ni lah dilema bila menggunakan broadband.. Kuota tu yang tak tahan tu
Keluhan pelanggan ni. Umobile kena ambil perhatioan
Yela..lama x guna broadband. .so x tau a kadar..pakai unifi jer kat umah… opis pin pakai unibiz….
x pernah lagi berkesempatan guna umobile
Celcom pun laju jugak apa, tapi bila datang sewel dia.. tak le tahan
eh macam mana nak check kuota?
ade gak org buat review umobile ni.. coverage ok ek? 3 hari mmg sikit sgt. lepas ni confirm umobile up kan hari tu, mamat cendol dah bersuara lah katakan.. hehee
😉
Celcom skrang nie ada unlimited untuk seminggu bayar Rm18…..
tp skrang aku pengguna DiGi…hehe
Dah tak nak lagi di batasi internetnya.Banyak kerja kena diselesaikan.
umobile kitorang pakai postpaid… yg sy punye plan sms, sbb jrg calling2 org
sume telco ada pro n kontra nye…
dulu kt klang mmg pakai umobile…tp bila sampai pekan..kena stop..x dpt coverage plak 🙁
setuju sangat. bab kouta tu yg x best kat umobile ni