Ya, bagi peminat drama korea bagi drama Iris. Pasti terunggu-tunggu sejak tahun lepas lagi kan? Aku sendiri juga dah lama menunggu dan aku boleh katakan penantian agak berbaloi. Walaupun tidaklah sama feelnya dengan menanti topup dari Denaihati. Tapi bagi aku, memang berbaloi tunggu drama IRIS 2.
Walaupun aku tetap mengatakan bahawa IRIS 1 tetap terbaik berbanding IRIS 2, tapi IRIS 2 ada kelebihannya tersendiri dan kesinambungan dari IRIS 1 walaupun ada bahagian yang agak mengecewakan dan buat aku geram. Tapi nak buat macam mana, aku bukannya pengarah dan aku bukannya penerbit. Jadi, bukan drama aku. Ini drama mereka.
Apapun, kalau korang mahukan drama korea versi yang berbeza. Aku cadangkan korang tengok drama IRIS ini. Tapi pastikan korang tengok dulu IRIS 1, kemudian sambung tengok Athena dan sambung pulak tengok IRIS 2.
Drama Athena pula ada kaitan dengan IRIS. Tapi Athena bukan sambungan IRIS 1. Ianya cuma lebih kepada cerita yang berbeza dengan IRIS. Athena ada misi dan visi yang berbeza. Tapi still masih ada bau-bab kacang. Nak buat macam mana..semuanya masih cuba mencari dan menewaskan musuh yang sama iaitu IRIS. Satu organisasi yang cuba menghancurkan kedaulatan Korea Utara dan Korea Selatan.
Apapun, bagi yang berminat, boleh tengok. Kalau tak nak, tak apa. Aku tak paksa.
Ps: Oklah. Aku lapar. Nak makan.
3,684 total views, 1 views today
salam.aik bila nk tgok ni heee…
Macam best dan menepati citarasa je cerita ni..
cantik-cantik la pelakon dia, kena pegi tengok ni 😆
Tak pernah lagi tengok cite ni..haha..macam best jer
Kenapa hero Mati ending IRIS 1? Sedih gila.. baru jumpa dan mati mcm tu je.. nak email pengarah drama ni boleh x? hidupkan balik Hero n Heroin IRIS 1.. diorg kn ad happy ending.. tgok IRIS the movie,i though hero hidup,tap hampeh.. ades..