Ok. Pagi ni aku dapat email yang aku telah dijemput ke Sidang Media KRU MMasterClass.
Nak pergi ke tidak agaknya??
Apapun, ini butirannya..
Dengan berbesar hati, kami ingin menjemput pihak tuan ke majlis serba ringkas bersama Norman KRU dan Jutawan Internet Irfan Khairi, sempena usahasama KRU Academy dan Irfan Khairi Sdn Bhd dalam KRU Masterclass untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang kreatif dan inovatif di Malaysia.
KRU Masterclass adalah siri seminar satu hari yang disasarkan kepada usahawan dan bakal usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi melalui perkongsian pengalaman sebenar melalui teknik dan strategi perniagaan.
Kandungan:
- Latar belakang usahasama dan misi KRU Masterclass dalam melahirkan usahawan berfikiran global
- Pelancaran program affiliate untuk bloggers dan pengguna Facebook untuk menjana pendapatan
- Perancangan KRU Masterclass jangka panjang untuk usahawan kreatif Malaysia
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Mudah-mudahan majlis ringkas ini mendapat sokongan pihak tuan.
Regards,
Razzi Rahman
CEO IK Xcess Sdn. Bhd.
**************************************
Sayangnya, aku tak dapat pergi kerana kekangan kerja. Jam 9.30 pagi. Memang tak dapat la dan terpaksa menolak. Saudara Razzi Rahman pun dah balas email aku. Mungkin lain kali agaknya..
Ps: Ya. Mungkin lain kali.

9,200 total views, 1 views today
Kalaulah saya yang dapat emel,
Aiskk..tak dapat plak..mesti yusri marah aku bergambar dengan lisa ni..
lama lagi kot gua nak dapat email macam ini
rugi tak dapt pergi..lau tidak, jadi usahawan artis blogger pulak lepas ni..
Rasanya pemenang AWARDS je dapat jemputan nie…. hohohoo
mungkin juga. Tapi sayang la sebab tak dapat pergi. Hmm.. 😐
Ambe dah agak…hahaha
Mesti yang hebat2 je yang dapat jemputan ni… Hehe
hehehe ko dah start jadi selebriti blogger ye sekarang ni bro..
diorang buat pukul 9 pagi sebab nak jimat kos kot haha kalau buat malam kena bayar overtime pada pekerja diorang
Mungkin jugak kot. Tapi kira bagus gak seminar 1 jam setengah. Takdelah lama sangat. Tapi kalau pagi sangat macam nih..awal sangat nih..kena plak gua kerja. Mana dan hilang kejap..
alaaaaaa…. rugi tak dapat pergi… huhuhu
ko gi jela. takkan diorang nak halau kot. haha
mengembangkan sayap dan membina network baru..ini bagus! Sygnya xdpt jemputan..kalau dpt pon mungkin tak pergi jgk 🙂
wah di tolak sungguh ni hee.. apa2 hal keje mesti diutamakan..jgn nak mengelat mkn cendol jeh eh
tak pa… mungkin ada rezki lain lepas ni
Wahh.. best nye.
Tak dapat invitation ni..
Yapi biasa kalau dpt pum tgk masa jgk boleh pergi ke tak.. tp objektif dia besr..
interesting 🙂
Ooo macam ni jemputan dia..saya dapat yang lain kandungan dia..hehe
sayangnya..sy plak dapat jemputan kursus oleh INFRA..kursus lanjutan..x dapat pergi jgk..rugi rasa..
Aku tak dapat.. Belum layak lagi nak dapat jemputan ni.. Lain la macam ko, blogger terkenal, dah menang anugerah..
komen ni best…hahahaha
Tahniah sbb dapat jemputan ni.
Sayang pulak ko tak dapat pergi, moga ada lain kali tu..inshaaAllah
p.s. lama pulak blog duit ko tu merajuk
😐 ruginya kan tak dapat join..klu idak mesti dapat ambik gambar dengan orang popolur tu kan
pergh…jemputan hebat ni..ko boleh bagi email aku kat dia tak? haha…
membazir kad jemputan betullah ko titan… penat tau abang KRU kita taip surat tu. wei blog duit ko tu memang dah close ek? Senyap jerk.
baru ku tahu..Titan ttibe tukar jadi ahmadfaizal..hahaha..nampak sangat dah lama aku tak blogwalking ni..ni baru ada masa 😆
Aku pun dapat gak ni. Rasa macam best je…
gua dapat jemputan. dan gua akan pergi.
wah hebat tu. Dapat jemputan sebegini pasti best. tapi apa boleh buat urusan kerja mesti di utamakan.