Ya, memang susah kita hendak tengok orang lelaki ni menangis.
Seingat aku, adik lelaki aku yang kecil tu. Menangis bila tiba-tiba diberhentikan kerja. Itupun setelah mak aku tiba-tiba serkap jarang kat dia. Mana tidaknya, selalu kalau kerja memang susah nak jumpa dia kat rumah. Tiba-tiba..ada dekat satu bulan dok kat rumah. Aku sendiri yang balik kerja setiap minggu pun hairan. Dia boleh balik lagi awal dari aku.
Rupa-rupanya, dia dah dekat 2 bulan berhenti kerja. Bos dia tak bayar gaji. Syarikat dengarnya macam nak tutup sebab tak dapat job. Dan syarikat tu memang ada masalah. Bos-bos adik aku tu pun memang ada masalah dari segi etika. Korang faham-faham sendiri la bab etika ni. Aku malas nak sentuh. Setakat hal-hal sogok dan duit bawah meja ni, adik aku dah faham sangat walaupun muka dia lagi kacak dari aku. Yelah, dah nama pun adik. Mesti lagi kacak dari abangnya kan..dah keluarga aku semuanya lelaki dilahirkan kacak-kacak belaka..
Jadi, itulah kali pertama aku lihat dia menangis dah besar panjang ni. Mungkin sebab adik aku ditanya bertalu-talu, dia tak tahan. Takdelah dia menangis meraung. Tapi keluar gak la air mata jantan dia tu..
Lain pula cerita mak aku. Memang banyak menangis. Nama pun orang perempuan. Adik perempuan aku, kakak aku, nenek aku, makcik-makcik aku, semuanya memang kuat-kuat menangis punya.
Abah?
Abah jarang menangis. Kalau dia sedih pun, dia tak tunjuk sangat. Tapi oleh sebab aku dah hidup dengan abah aku dekat hampir 29 tahun. Jadi, aku tahu simptom-simptom yang dia tenga jiwa kacau. Dan kes paling teruk masa ku darjah 6. Masa aku jadi ketua kelas paling kacak di SRK Sri Langat, Banting. Abah aku menangis macam budak kecil bila dapat call dari pakcik aku dari Pahang pada suatu pagi yang buta..
“Kakak kepada abah aku, meninggal dunia..”
Dan mak aku sugul memujuk abah aku. Aku cuma memerhatikannya sahaja dari jauh dicelah pintu-pintu..
Sebelum subuh, aku satu keluarga bertolak ke pahang dan aku ponteng seminggu tak pergi sekolah. Memanglah suka bila tak pergi sekolah. Tapi aku risau gak takut cikgu tak boleh terima alasan aku ponteng sekolah selama satu minggu tu. Abah aku siap tulis handwriting lagi suruh aku bagi kat cikgu selepas aku balik dari Pahang. Cikgu aku baca dan dia senyum aje. Apa isi kandungan dalam surat tu, memang aku tak tahu. Aku ni jujur. Mana reti baca surat orang lain melainkan ditulisnya nama aku kat depann..
Sudahlah makcik aku tu meninggal. Abah diorang dah lama meninggal. Jadi, dalam keluarga akak aku..tinggal 3 orang. Dan tak lama lepas tu..anak lelaki yang pertama pula meninggal. Tinggal pulak si kakak dan adik bongsu. Memang orang kata sebatang kara. Alhamdulillah, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan abah aku sentiasa menjaga mereka berdua. Apa-apa hal..berkaitan kerja, kehidupan mereka ke..si kakak akan buat report. Dan aku salute kat beliau kerana menjadi kuat. Bukan senang nak survive hidup berdua ni. Kena plak..dunia sekarang ni penuh pancaroba. Aku harap dia cepat kahwin dan dapat anak. Takdelah rasa sunyi sangat.
Ok. Dah habis cerita. Aku rasa aku dah mengarut jauh ni..
Ps: Lelaki menangis, itu tanda kekuatan. Bukan tanda kelemahan. Bagi kebanyakkan situasi. Sila faham.
7,657 total views, 1 views today
no women no cry… no women no cry… -bob marley-
hehehehehee
menangis untuk banyak makna .tak semestinya kena sedih baru nak menangis.
Pernah jugak lihat ‘lelaki’ menangis..terus cair rasa jiwa. Bukan senang nak tgk airmata seorang lelaki. Leh umpamakan mcm nak jumpa duyung menangis dah tuh!
Bernilai…sgt bermakna!!
Air mata lelaki memang amat mahal.
Biasa je tengok lelaki menangis. Lagi2 dalam bilik guru. hehehe.. Budak lelaki nangis kena debik dengan cikgu disiplin. 😛
dulu ex boipreng penah nangis sebab den marah-marah dia.. lepas tu den pulak sayup tengok dia.. tp jodoh tak panjang..
lau lelaki menangis tu, mmg de lah sebabnya.. de betulnya ayat2 kat atas tu.. pompuan lak senang nangis bukan sbb dia lemah, tapi tu juga satu cara dia lepaskan perasaannya.. lelaki ni mmg lain sikit..
aku pun dah lama tak tgk ayah aku nangis, tapi lau sedih tu ada lah, nak2 time anak2 sakit ke, tapi tetap kuat cari ubat..
laki aku? tak yah citer lah bila aku tgk dia nangis, biar dia sendiri cakap.. hehe
Emm lelaki ke, perempuan ke, sama jer..ada air mata semunya..hehe
Payan nak tengok lelaki menangis.. Tapi sekali dia menangis, itu tandanya ada sesuatu yang betul2 buat dia terluka.. Ye, luka yang dalam.. Dan sampai bila2 parut luka tu tak akan hilang.. Even sampai sekarang.. Kelebihan wanita pula, dia tau semua tu..
Pernah tengok ‘LELAKI’ menangis depan mata..
awk Banting kat mane.? sy tmn aman…best la bace bebelan awk…awk penah nagis…? x cnt pndang prtama sy penah nangis sbb sy…syg la kt die..huu