Ok. Semalam, aku tak dapat pergi Sidang Media untuk program KRU Masterclass di pejabat IKSB, Mutiara Damansara. Antara barisan-barisan media yang datang dengarnya adalah termasuk Astro Awani, Hello On Two, rakan-rakan usahawan internet serta rakan-rakan blogger. Ramailah yang aku kenal pergi. Tapi aku tak dapat pergi atas tuntutan kerja. Boss pun aku rasa takkan bagi sebab komitmen aku sangat diperlukan semalam.
Jadi..dari apa yang aku dengar dan baca dari mereka yang pergi ke sidang media KRU Masterclass ni. Dan apa yang dapat aku simpulkan jika korang berminat nak pergi Seminar KRU Masterclass yang akan diadakan pada 13 April 2013 bertempat di KRU Academy (rujuk gambar dibawah).
Sekali lagi.
Jadi, apa yang mungkin korang dapat dari seminar itu?
- Simply korang akan belajar benda baru.
- Mempromosikan produk Irfan Khairi dan juga produk geng KRU. Yusry dan Norman ada semalam.
- Buka peluang dan berkongsi dengan para blogger untuk sama-sama buat duit bersama Irfan, Yusry dan Norman. Means, akan ada lebih peluang terbuka untuk para blogger pada masa hadapan. Mungkin dari segi advertorial dan terlibat dalam banyak event-event yang best-best. Dan pastinya jika terlibat dengan event-event macam ni akan bagi lebih peluang untuk kenal ramai orang dan buka peluang untuk tambah duit poket sendiri.
- Berpeluang belajar dari mereka yang pakar seperti ZulFadli, Irfan, Yusry dan Norman.
- Dan banyak lagi.
Gi baca kat sini: Seminar KRU MasterClass – 13 April 2013
Aku cerita banyak pun tak guna. Tapi kalau korang tak pergi ke seminar macam ini, korang takkan belajar sesuatu yang berbeza berbanding apa yang korang pernah belajar sebelum ini. Mereka ni semua ikon yang tak terkalah sejak berzaman lagi.
Jadi, mengapa mahu tolak mereka bila dijemput ke sana?
4,099 total views, 1 views today
Artis pun sekarng ni dah mendekatkan diri dengan blogger. Kuat betul pengaruh blogger dalam pengiklanan dan mempromosikan produk.
uih, silap2 KRU masuk dunia blogger pulak lepas ni.. ni salah satu teknik pemasaran yg bagus ni,.. bijak sungguh adik beradik ni..