Dulu, aku pernah masuk kumpulan nasyid sekolah. Masa darjah 5 dengan 6 dulu. Tak wakil sekolah. Sebab masa tu orang lelaki cuma ada 3 orang aje. Macam mana aku boleh terlibat?
Kelas aku menang jadi Johan nasyid peringkat kelas. Dan kita orang kena buat persembahan masa akhir tahun sempena ada majlis penyampai hadiah budak-budak yang pandai.
Dan pada masa yang sama, ada juga penyampaian hadiah untuk acara kuiz. Dan aku juga mewakili rumah sukan untuk kuiz ni. Masa ni, diorang tak pilih ikut kelas. Diorang pilih ikut rumah sukan. Jadi, aku dipilih sebagai wakil melayu untuk rumah sukan aku. Sebab lagi dua adalah orang india dan cina. Kononnya, nak nampak wujudnya perpaduan. Tapi memang sungguhh, aku dengan kawan aku dari kaum yang lain memang rapat. Gaduh-gaduh pun, still makan nasi lemak sama-sama. Maklumlah, nasi lemak kat Banting ni memang majoritinya sedap belaka termasuklah yang dijual dikantin sekolah.
Jadi, ini salah satu lagu yang kita orang nyanyi. Tajuknya “Sebelum terlena” atau “Sebelum mata terlena”
Lagu ni sedap. Sedap. Merdu. Slow tapi penuh dengan penghayatan.
Setiap lirik penuh dengan makna dan juga tanda tanya.
Bagi yang tak minat nasyid macam aku. Mungkin korang rasa tak best. Mungkin juga korang kata aku ni kolot segala bagai.
Tak.
Aku layan semua genre lagu. Baik nasyid, rock, alternative, rnb dan even gangnam style pun aku boleh layan walaupun tergeliat lidah nak nyanyi. Setiap kali aku nyanyi, aku akan lihat lagunya, iramanya, not-notnya, rentaknya..dan macam-macam lagi.
Apa sebenarnya yang cuba nak disampikan oleh lagu ini?
Ps: Aku sediakan video dan juga lirik lagu “Sebelum Terlena” untuk tatapan halwa telinga korang.
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku
Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi
Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
2,568 total views, 2 views today
Tak tau pulak pernah join kumpulan nasyid..
Boleh lah jemput ke kenduri Asyrof nanti ya. 🙂
Nanti Asyrof bayar dengan Cendol pun okay. 🙂