Kekadang, aku terbaca ayat-ayat sinis bila ada orang semacam menyindir Najwa Latif kerana CUMA mendapat 4A sahaja dalam SPM kali ini bila semua orang dah tahu keputusan beliau.
Ya, aku faham. Aktiviti beliau sebagai penyanyi mungkin akan menjejaskan sedikit tumpuan beliau dalam peperiksaan. Dan tak mustahil, dia ada potensi untuk fail sesetengah subjek dan mungkin langsung tak ada A langsung dalam mana-mana mata pelajaran. Tapi, beliau membuktikan bahawa beliau tetap boleh ada A.
Aku nak tanya korang, ingat senang ke nak dapat A?
Dapat 4A tu TERUK sangat ke??
Kalau nak bandingkan dengan artis-artis TOP yang lain..berapa kerat aje yang dapat A dalam SPM diorang? Kira keputusan SPM Najwa Latif ni berganda-ganda lebih baik dari artis-artis yang lama ni tau. Cuba tanya diorang kalau berani. Mesti malu punya nak cakap keputusan mereka. Jadi, toksahlah dok menjadikan keputusan SPM Najwa Latif ni sebagai isu panas.
Aku ingatkan dah habis isu ni. Sampai ke radio juga kisahnya..
Udah-udah la tu.
Doakan aje yang terbaik untuk Najwa Latif.
Mana tahu, suatu hari nanti. Terserempak dengan Najwa Latif. Boleh korang minta dia belanja semangkuk dua cendol banting.
Hoho!
3,108 total views, 2 views today
Tahniah untuk Najwa Latif dapat 4A, moga terus sukses dalam bidang yang di lakukan
Kalau lah dia ni kawan baik saya, alangkah seronoknya hidup ni..hahahaha