Perlawanan amal antara Malaysia vs Palestine. Semalam.
Walaupun aku tengok Palestine main macam entah hape-hape masa 1st half. Pass pun macam kucar-kacir. Tapi lama kelamaan aku tengok diorang dapat rentak untuk serang Malaysia bertubi-tubi. Sebaliknya, Malaysia pula tak dapat banyak peluang untuk serang kubu Palestine.
Aku rasa semacam pemain kita main macam lewa aje. Tak berani nak buat shoot. Amri seorang ajelah yang aku rasa berani buat shoot tepat ke arah pintu gol. Yang lain, tak berapa menjadi. Even, Mahali dan lagi 8 orang masuk pun..tak nampak perubahan besar. Memang ketara Mahali naik aje lepas dia dimasukkan, tapi takde kesudahan yang baik untuk Malaysia.
Aku rasa, mesti ada orang hentam K.Rajagopal lepas ni. Yelah, bila kalah. Jurulatih yang akan disalahkan dalam apa jua situasi sekalipun.
Pemain Malaysia, semacam tak main sungguh-sungguh. Terlalu menghormati pihak lawan. Ya, mungkin. Mungkin kerana tak ada tekanan. Lagipun, ini perlawanan amal. Pemberatnya berbeza jika dibandingkan dengan ketika menentang Yaman.
Entahlah. Aku rasa betul gak apa yang K.Rajagopal cakap. Kita kekurangan pemain penyerang yang berkualiti. Walaupun ramai yang tak suka hakikat tu, tapi terpaksa terima sebab memang betul pun.
Nasib baik penjaga gol muda Malaysia tu selamatkan sepakan penalti. Kalau tak, tambah lagi satu gol. Aduh..
Ps: Dah, aku tak tahu apa nak komen lagi dahh..
3,543 total views, 1 views today
Malaysia ni kalau perlawanan amal abis la ke laut semuanya.. Hancur… yang keeper muda tu nasib la dapat cover balik save penalti. Kalau tak memang malu betul dia.
mungkin Malaysia bagi penghormatan kot 😀
memang macam sambil lewa. tapi tak kan lah perlawanan amal tak boleh main lebih serius. kalau lebih serius, baru lah lebih seronok
kalau dah tak nak amik seirus sangat…suruh farizal main striker, amri jadi keaper..baru lah betul-betul terhibur
gol freekick tu keeper muda tu tercengang je tengok bola masuk gol…..
Tak tengok sampai habis,jadi tak dapat comment
walaupun gua tengok sambil lewa gak bila tgk Harimau Malaya sambil lewa. sama jgk dengan budak2 lain kat kantin. takde nak jerit bagai. first half sua kerusi kantin dah kosong.
nasib laaa keper tu dapat save penalti.. kalo tak, lagi hanyuuut semua… btw, selamanya Harimau Malaya
Ambe tgk mmg Malaysia main kureng, mungkin masih penat main ngn yaman kot…
entahlah…no komen dah