Ya. Walaupun blog aku ini lebih kepada niche personal yang lebih hitam.
Tapi, aku tak nafikan aku suka baca nasihat-nasihat serta nukilan ajaib macam ini. Walaupun mungkin Imam Ghazali tak pernah mengenali aku apatah lagi nak makan cendol dengan aku. Tapi aku yakin, pada zaman kehidupan Imam Ghazali, pasti ada makanan atau minuman yang boleh menandingi atau setaraf dengan kehebatan cendol. Kalau tidak, takkanlah Imam Ghazali jadi semakin kacak sepanjang zaman. Aku yakin, faktor pemakanan juga menjadi salah satu faktor kejayaan Imam Ghazali sehingga ramai orang ingin mencontohi beliau.
Kepopulariti “6 Pesanan Imam Ghazali” berterusan sepanjang zaman.
Apa dia Enam Soalan dan jawapan ajaib dari Imam Ghazali itu?
- Apa yang paling dekat dengan diri kita didunia ini? – Mati.
- Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? – Masa lalu.
- Apa yang paling besar di dunia ini? – Nafsu.
- Apa yang paling berat didunia ini? – Amanah.
- Apa yang paling ringan didunia ini? – Meninggalkan solat fardu.
- Apa yang paling tajam didunia ini? – Lidah.
Baik dari zaman windows 95 sehinggalah zaman iPhone 11 nanti.
Jadi, kalau korang ada masa. Bazirkan masa itu dengan membaca dan kalau boleh hafal enam Pesanan Imam Ghazali ini. Kalau korang boleh hafal 6 Rukun Iman, 5 Rukun Islam, 5 Rukun Negara Malaysia, 13 Rukun Solat dan juga berpuluh-puluh nama AJK Rukun Tetangga kawasan sekitar rumah korang, kena tidak korang hafal 6 Pesanan Imam Ghazali?
** Manusia suka bagi alasan. Aku berani tulis, hampir 99% orang yang dok baca artikel ini sekarang, langsung tak hafal 6 Pesanan Imam Ghazali. Tapi kalau korang tanya soalan tu, 100% aku boleh jawab tanpa masalah.
Ps: Ya, termasuk aku. Aku ingat-ingat lupa sahaja kalau tetiba ada awek gadis bertudung labuh yang ayu lagi comel bertanya..
4,826 total views, 1 views today
Baru jap tadi anak yang darjah satu dok cerita pasal 6 pesanan Imam Ghazali ni..
thanks di atas peringatan..
selalulah kita ingat mmperingati sesama kita, tq bro
lidah titan paling tajam.. ahahhaha
kelak penulisan pun akan jadi elemen tajam jugak 😎
aku juga nggak hafal. tapi aku pernah baca. sekarng jadi ingat lagi. makasih buat nasehatnya.
Pesanan buat diri aku juga. Selalu je terlupa, terlambat. sigh.
pesanan yang menusuk jiwa..
Tazkirah di hari Jumat yang mulia…..
hafal jangan tak hafal..
Terbaik!
Hafal saje tak cukup, nak kena buat dan konsisten…baru tak terkalah…
thanks sbb kasi peringatan…alhamdulillah
Terima kasih sebab hidangkan saya santapan rohani yang penuh bermakna ini…