Anda datang ke sini kerana anda mahu menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) kan? Ianya merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan badan-badan antarabangsa…….
Menyusur sejarah, skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir Diplomatik.
Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang mudah. Sebab itu ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri. Proses pemilihanya kalu dinilai merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang bekal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.
Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd, mungkin ada masalah dengan kelulusan anda. Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca itulah persediaan utuh untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.
Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessement Centre untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik
Setelah berjaya PAC anda akan di temuduga oleh panel ptd untuk menentukan sama ada anda betul-betul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Interview PTD tidak lah semudah yang disangka, tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan dan kejayaan adalah milik anda dan ketika itu anda layak menjawat jawatan keramat Pegawai Tadbir Diplomatik
UPDATED
Langgan Tips dan info Terkini Exam Online PTD 2014
Kredit : TipsPTD
Ps: Dapatkan tips dari ebook TipsPTD untuk membantu anda lulus cemerlang dalam peperiksaan bertulis PTD yang akan diadakan pada 13 April 2013 ini.
3,742 total views, 1 views today