Jomniaga.
OK. Bagi aku, kalau korang nak berlatih untuk masuk dalam dunia affiliate yang penuh dengan umpan-umpan seksi, keji dan lagi menggoda ini, aku sarankan mencuba dengan Jomniaga.
Walaupun aku tidaklah berlatih sepenuhnya dengan Jomniaga kerana aku kenal dulu dunia affiliate ini sebelum wujudnya Jomniaga. Penglibatan aku dalam dunia yang penuh dengan pancaroba tak terkalah ini, masa mula-mula dulu aku kenal Clickbank, Comission Junction, Shareasale dan memacam program luar sana. Sekarang, masih lagi aktif. Cuma aku malas nak cerita kat korang sebab nanti korang tak berapa nak tangkap atau faham apa yang aku repekan nanti.
DULU.
Aku rajin gak cerita kat blog Earncent aku tu. Tapi tak ramai yang dapat tangkap. Yang dapat tangkap tu, aku ucapkan tahniah. Bukan sebab aku terer dan bijak atau sama waktu dengannya. Dah aku genius dalam bab-bab pasang umpan ni, nak buat macam mana, kan?
Buat duit dengan Affiliate.
Benda ni mudah sebenarnya.
1. Korang join sesebuah program affiliate. Daftar.
2. Ambil code affiliate atau referral link.
3. Promosikan.
Cara nak promosi atau cara nak pasang umpan. Ada 1001 macam cara. Aku cerita banyak-banyak pun, bukan korang leh hadam dalam satu malam pun. Maklumlah, Malaysia nak merdeka pun ambil masa yang lama jugak, kan? Inikan pula nak latih sifat genius dalam diri korang yang dah lama terpendam tu. Yah, sifat genius ada dalam diri masing-masing. Tapi bukan semua sifat genius tu akan keluar dalam masa yang sama. Mungkin sifat genius dalam mengusik anak dara korang akan keluar hari ini. Tapi sifat mengorat janda anak tiga belum keluar lagi. Masih elok tertanam dalam diri korang. Dan tak mustahil sifat genius korang untuk menjahit baju riau-pahang tercetus pada 2 minggu yang akan datang. Siapa tahu, kan?
Sifat genius ini perlu dilatih. Perlu dipupuk. Dan perlu disemai dengan semangkuk cendol selalu. Benda-benda manis macam cendol, MAMPU merangsang sifat genius yang sudah lama terpendam dalam diri korang. Korang aje yang malas nak latih dan cari. Jadi, tak payah nak salahkan aku bila sifat genius dalm mengusik hati anak dara orang betul-betul mampu mencairkan ramai blogger-blogger gadis bertudung comel termasuklah awek pantai morib tempoh hari.
Jadi, Jomniaga adalah satu platform mudah untuk korang belajar sesuatu tentang dunia affiliate. Dunia affiliate ni penuh dengan duka dan nestapa. Korang mudah terjerumus dengan sifat mengaku kalah dan sifat mudah putus asa. Itu belum campur sifat hasad dan dengki yang sentiasa tercetus dalam hati masing-masing. Jadi, bangkitkan sifat genius “tak mudah putus asa” dan sifat genius “berani mengambil risiko” untuk berjaya dalam dunia affiliate.
Aku lihat sekarang, ramai blogger yang dulunya mentimun, dah jadi durian. Penuh gagah perkasa tanpa ragu-ragu meragut duit-duit affiliate setiap hari. Aku tidak hairan. Mereka berjaya mencetuskan sifat-sifat genius dalam diri masing-masing. Perlukah aku cemburu?
TIDAK.
Itu kejayaan mereka. Dan jika 1% dari kejayaan mereka terhasil dari pembacaan dari ayat-ayat repekan aku dalam kebanyakkan blog-blog aku. Itu sudah cukup buat aku gembira. Dan andai kata mereka berjaya buat duit TANPA baca blog aku, itupun dah buat aku gembira. Tak salah kita gembira dengan kejayaan orang lain, bukan?
Lagipun, tak selamanya aku kat atas. Ada masa, aku kat tepi gaung. Ada masa, aku kat tepi longkang. Ada masa, aku dipuncak Kinabalu. Kita adalah apa yang kita inginkan.
Dah.
Jangan banyak cakap. Join aje Jomniaga ni. Daftar disini – Jomniaga
Ps: Sesiapa yang register under link aku ini. Aku akan dapat 5 ringgit. Meh, bagi aku 5 ringgit. Kalau 10 orang register under link aku. Aku dapat 50 ringgit. Wahh, leh belanja Ain Maisarah makan cendol 50 hari.
6,690 total views, 2 views today
taknak la cendol.. manis
semoga berjaya dalam dunia affiliate
Cendol 10 mangkuk dengan cheezemaz pun x bagi lagi 😈
Nak maintain komisyen dalam JomNiaga ni mesti kena hati kering dan rajin promosi
Haha, orang genius selalu perspiration, kena pakai deodoran. 😀
aku tak cuba lagi program dari jom niaga ni. boleh tahan la ramai blogger aku tengok dah lama join. mungkin satu masalah aku, lambat ambik tindakan. :3
wahhh dia pun buat entry nih, hehehhee, weh meh la datang lagi sekali ada entry baru
ada gak daftar jomniaga ni.tapi tak promosi.
jom beraffiliate..baru lagi dalam ni..komisen pun ciput lagi..kena belajar dengan bro ni
ternyata ada mesej yang berguna dalam entri bro..terima kasih.
Dah lama jugak join tetapi dah buang pluginnya. Promosi kekadang jer.
baru berjinak-jinak. tak reti lagi mcm mana nak mula benda nih… 🙄
dah lama tak aktif betul2 dengan affiliate. sekarang ni macam acuh tak acuh je.
ya sekarang tengah cuba mengasah sifat genius aku yang dah tumpul haha
Nampaknya, naga genius ambe tiba2 tidur sebulan dua ni..hahaha
Terima kasih en faizal dgn entri ni..
Masih tak cukup genius bila sampai bab-bab promosi. Hmmm 😕
join gak tapi x berapa nak aktif sgt 🙂
Baru saja register….hehehe
Tak sempat nk promote menda ni..masa + line intrnet kat rumah prob..saya dah daftar masa buat blog dulu..semoga murah rezeki untuk en titan..boleh belanja saya sekali..haha
i luv jomniaga… awww~
apa langkah pertama saya patut ambil untuk meyakinkan blogger lain