Kontes Panduan Blogger.
OKeh. Aku suka kontest yang berpaksikan kuiz. Jadi, Kontes Panduan Blogger yang dianjurkan oleh blog Hasrul Hassan sangat menarik hati aku untuk mencuba. Menang atau tidak. Aku tak berapa kesah. Sebab soalan-soalan dalam Kontest Panduan Blogger ini agak mencabar. Dari sisi luaran, mungkin nampak mudah. Tapi kalau korang faham betul-betul, susah sebenarnya nak jawab soalan yang diberikan. Aku boleh tulis lebih dari 5000 patah perkataan untuk jawab 3 soalan tersebut. Tapi untuk muatkan dalam satu artikel ini, aku akan cuba jawab seringkas yang mungkin.
3 Soalan Kontes Panduan Blogger – HasrulHassan.com
Soalan Pertama – Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank? Berikan pendapat mengapa ia penting untuk blog anda.
Jawapan:
Seperti yang korang tahu, aku tulis blog untuk buat duit. Ini juga bermaksud, aku tulis dalam semua rangkaian blog aku untuk dapatkan duit. Aku rasa sangat RUGI jika kita tulis blog tapi tak mendapatkan manfaat dan hasil daripada blog itu sendiri. Dan atas sebab yang sama, aku menulis untuk lebih dari 50 blog personal yang aku rasa tak ramai orang tahu. Yang korang tahu, memang aku sengaja kasi bocorkan.
Jadi, bagaimana nak buat duit dengan blog? Salah satu cara utama yang aku selalu gunakan adalah melalui Google Pagerank.
Apa itu Google Pagerank? Bagi aku, terlalu banyak definisi yang korang semua boleh tulis. Pihak Google sendiri ada cerita. Korang pepandailah search sendiri. Dan bagi pendapat aku, ianya satu kayu ukuran untuk mengukur kehebatan sesebuah blog. Bukan semua blogger kat Malaysia termasuklah blogger-blogger gadis bertudung comel yang MAMPU ada PR3 dan ke atas. Sebahagian besar blog niche aku memang mempunyai PR3 dan ke atas. Blog Earncent aku juga mempunyai PR3 dan yang paling tinggi pernah dicapai adalah PR4. Oleh kerana Google dengki sebab aku rajin jual link kat blog aku tu, jadi..pagerank blog itu terus kena cantas dan jatuh ke PR1 untuk satu tempoh yang lama. Setelah sekian lama Google merajuk dengan aku dan sedar akan kehebatan blog Earncent itu, Google rujuk balik dan hadiahkan aku PR3 untuk update yang terkini.
Jadi, memang penting pagerank untuk blog-blog aku. Blog berPR tinggi MAMPU menghasilkan duit untuk poket aku. Sebab apa? Sebab ramai advertiser kat luar sana yang dahagakan PR-PR dari blog yang berstatus tinggi. Lebih-lebih lagi kalau blog niche yang sentiasa menjadi perhatian para advertiser yang mahukan jus-jus Pagerank yang tak terkalah itu. Jadi, ianya satu peluang keemasan untuk aku umpan mereka untuk menyalurkan duit-duit berharga mereka ke akaun paypal dan akaun Maybank aku. Peluang dah depan mata, mengapa tidak aku sapu bersih sahaja?
Oleh itu, korang dah faham mengapa aku cukup sukakan Google Pagerank. Sebabnya mudah, untuk bantu aku dapat duit dengan lebih mudah dan mengenyangkan aku dengan cendol-cendol manis setiap petang yang hangat.
Soalan kedua – SEO atau Search Engine Optimization ialah salah satu cara untuk blog menerima trafik organik. Berikan satu tips yang anda tahu untuk sesebuah entri tepati ciri SEO ini.
Jawapan:
Untuk soalan kedua. Aku sangat setuju bahawa SEO adalah teknik TERBAIk untuk mendapatkan trafik organik. Dan teknik SEO Merah Jambu yang aku reka itu benar-benar membantu aku untuk menghasilkan banyak jualan tak kiralah dari program affiliate, drophip termasuklah jual baju kurung melayu-riau.
Contoh. Artikel bertajuk “Download Tips dan Panduan PTD 13 April 2013 – Rujukan Lengkap Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41” ini telah memberikan aku lebih dari 30 sales dalam satu kempen yang dibuat oleh program affiliate TipsPTD.com. Satu jualan boleh dapat dalam RM30-RM40.
Bayangkan, kalau korang dapat 100 sales. Darab dengan RM40. Korang leh dapat RM4000! Dan kempen ini berjalan selama 4 hari sahaja. Aku berjaya dapat RM935 untuk kempen kali ini. Berbanding kempen tahun lepas, aku dapat lebih dari 1 ribu ringgit. Dari sini sahaja, memang terbukti teknik SEO Merah Jambu yang aku rangka sejak 3 tahun lepas benar-benar membuahkan hasil.
Apa dia Tips SEO yang aku serapkan dalam artikel tersebut?
- Tajuk. Ada orang kata, tajuk pendek akan lebih mesra di search engine. OKeh. Persetankan semua tu. Bagi aku, tajuk yang panjang juga banyak membantu terutamanya untuk menghasilkan jualan atau sales. Bukti? Aku dah buktikan dalam banyak artikel-artikel yang aku tulis.
- H1, H2, H3, mesti ada keyword yang korang sasarkan. Kalau keyword itu “TipsPTD” atau “Tips dan Panduan PTD“, pastikan keyword itu ada di tiga tempat itu. Dan dibahagian perenggan terakhir, mesti juga ada keyword itu. Jangan lupa untuk BOLDKAN perkataan tersebut.
- Backlink. Walaupun aku benci bab-bab nak buat backlink, tapi ini perkara sangat penting untuk tackle keyword yang kita mahukan disearch engine. Oleh sebab Google sudah menjadi Raja dalam search engine diinternet, nak tak nak, backlink yang korang buat mesti berkaitan dengan Google. Buat backlink dari G+ profile, Scoop, Rebelmouse, Twitter, Squidoo, Hubpages, Digg, Linkedin, facebook, Youtube, web edu. dan gov, social websites yang lain. Korang buat semua ni, tak ada sebab mengapa artikel korang tak ada dimuka depan search engine. Ini yang aku lakukan dan pakar-pakar SEO tempatan dan luar negara buat. Aku cuma TIRU sahaja.
Ok. Aku terbagi lebih tips. Nak lagi?
Soalan 3 – Adakah anda fikir penampilan penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia.Berikan pendapat anda penampilan bagaimana sesuai untuk tujuan yang diperkatakan.
Jawapan:
Ya dan tidak. Itu jawapan pendek aku.
Jawapan panjang. Ya, jika korang nak buat duit dengan blog korang. Aku tak ada masalah kalau korang tidak mementingkan penampilan blog korang. Blog aku ini pun, penampilannya sangat simple. Cuma aku ada suntik elemen-elemen tak terkalah untuk menjadikan blog ini sebagai satu senjata yang mampu memberikan aku sales setiap hari. Aku ulangi, setiap hari. Buktinya, walaupun blog ini penampilannya tidaklah segagah dan secomel blog orang lain, tapi MAMPU menghasilkan 30 sales dari program affiliate Jobdirumah.
Dan maksud penampilan juga terlalu banyak. Theme wordpress yang kemas, simple dan comel juga mampu memberikan impak kepada para pembaca setia blog korang. Tapi secara peribadi, aku lebih kepada penyampaian isi yang masih berpaksikan SEO dan juga “ayat-ayat kacak” yang aku terapkan dalam setiap artikel dalam kebanyakkan blog aku.
Ada orang fikir, theme wordpress cantik, blogger cun melecun tak terkalah, blogger badan SASA tanpa batasan, dan juga blogger hensem lagi kacak mampu memberikan penampilan yang tidak terkalah kepada para pembaca untuk KEKAL setia membaca blog mereka. Bagi aku, “ayat-ayat kacak”, “umpan-umpan yang seksi lagi menggoda” dan “punchline yang tak terkalah” sahaja MAMPU memberikan trafik tanpa batasan sepanjang zaman. Itu defisini penampilan bagi aku. Tak perlu muka hensem, tak perlu theme wordpress berbayar, tak perlu hias sampai upah designer mahal-mahal, tak perlu buat video Gwiyomi Kiyomi dan tak perlu nak join Keek dan Instagram untuk memberikan penampilan yang tak terkalah kepada blog korang.
CUKUP dengan ayat-ayat kacak yang mampu mencuit perasaan dan jiwa pembaca korang.
Dan untuk dapat semua itu, blog korang mesti ada jiwa yang mampu mencairkan hati-hati dan menangkap jiwa mereka sama ada secara PAKSA dan tak berapa rela. Biarpun korang benci sekalipun kat aku atau blog aku, korang tetap datang dan baca kan? Jika itu perasaan korang, ternyatalah korang dah terkena umpan dan racun yang aku sebarkan secara gerila itu. Haha..
Percayalah, korang suka atau tak suka, DIORANG TETAP DATANG walaupun korang halau pembaca korang. Siap ada yang curi-curi subscribe feed blog korang lagi. Dan tak mustahil ada yang mengintai dan jeling-jeling dari jauh. Malah, jangan terkejut KALAU ada yang SMS dan CALL korang dan bertanya..
“Mengapa bro tak update blog hari ini?”
“Mengapa blog bro tak boleh komen?”
“Mengapa tak sambung lagi cerita Ain Maisarah tuuu??”
Dan macam-macam lagi.
Okeh. Itu sahaja. Aku rasa dah terlebih panjang ni. Aku malas nak padam balik. Kalau ada tersilap ejaan, pepandailah otak korang betulkan. Harap artikel ini MENANG tempat pertama dalam Kontes Panduan Blogger anjuran HasrulHassan.com. Kalau tak menang pun tak apa. Sekurangnya, aku harap 1% dari mereka yang membaca ini akan terhibur dengan ayat-ayat kacak dan umpan-umpan seksi yang aku pasangkan ini.
Semoga terhibur.

** Kontest Panduan Blogger. Jarang aku jumpa kontest macam ini sepanjang 2-3 tahun ni. Banyak kontest like-like dan giveaway bukan-bukan aje.
Ps: Okeh. Nak sambung buat kerja. Doakan aku menang Kontest Panduan Blogger ini. Olaaa!
13,834 total views, 2 views today
Terimakasih titan atas apa yang di kongsikan,
sama-sama. Masih banyak yang aku kena belajar lagi. hoho.. 😈
Masih banyak yang perlu belajar! …
Suka dengar status bro Titan gitew!..
Belajar-belajar pun duit masyuk saja. 😉
Apapun artikel ni sangat berinformasi dan kejayaan untuk menang contest ni memang akan menang lah.
Sebabnya segala penulisannya sangat baik dan patut menang. 😉
InsyaAllah bro Titan a.k.a Ahmad Faizal akan berjaya.
hahaha..sempoi habis entri bro ni.
takut pn ada nk turut serta.
anyway gud luck bro, menanng nnti buat giveaway cendol pulut tapai hehehehe
haha..aku hentam aje ni.
Wowwww…hebat-hebat…inilah yang ramai nak cari rahsia daripada bro…
Semuanya dah lengkap dgn cara2, tip2 dan rahsia2 yg dicaro oleh kebanyakkan blogger baru. Semoga entri ini membuka setiap mata blogger tentang rahsia dpt income, berada di page 1(SERP), mesra SEO dan PR tinggi. Tahniah bro…saya mula2 benci juga earncent dulu, apa kejadah apa yg digunakan, tapi sekarang semakin dimanati, w/pun ayat digunakan akau, lu, kau dll. Ini bermakna ayat lintang pukang pun tak kalah pada org yg guna ayat bahasa Melayu standard.
lintang pukang? haha..
janji tercapai maksud. itu dah cukup.
Mantap bro..ade peluang untuk menang ni..gua vote lu.
semua orang ada peluang nak menang maa. haha.. 😈
good luck bro! aku tak join pon, cuma amek kesempatan untuk program “insentif rm50” je..hahaha
hoho..ada insentif rupanya.
Mantap der. Nak join pun jadi segan sebab tak pandai nak jawab soklan-soklan sedemikian. Good Luck cikgu.
ahh..ko saje je kan. haha
fuh, terbaik. aku tak buat lagi tugasan untuk contest ni. antara malas dengan tak rajin haha
aku ni dah kira tahap pemalas lah nih. haha.. 😈
Salam,
Jawapan yang panjang tapi menarik utk di baca. Byk info baru yg saya dapat. Sudah semestinya tuan sangat berpengalaman di dunia blog dan kontes ini amat mudah buat tuan…jika nak dibanding dgn saya, umpama langit dan bumi. Terima kasih dan Semoga tuan berjaya!
fuhhh.. angkat nilai rm diatas sngt mencabar nafsu aku.. hahahahaa 😯
Wah sah lah otai Titan menang….huhuhu…Good Luck bro mantap punya jawapan.
saya memang mengakui bro ada kelebihan ayat-ayat kacak dan mengoda..
terbaiklahh bro. kalau bab affiliate ni memang aku setuju sangat dengan ko yang ayat organic traffic boleh generate income. nice!
Jawapan yang begitu mantap. Siap dengan bukti. Tahniah! ada harapan besar ni.
mcm tau je ada org baca dendiam…google reader dah nak hilang
Emm menang ke, kalah ke, itu hak orang lain untuk tentukan..hak saya sebagai pembaca setia blog En titan, sentiasa tergoda dengan umpan yang diberikan..sentiasa terhibur walaupun artikel itu hanya beberapa peranggan sahaja..Harapan saya, satu hari nanti saya mampu hasilkan teknik SEO warna kuning pulak…hahaha…Terima kasih bocorkan rahsia yang selama ini ada tanda tanya dalam otak saya..terima kasih..Semoga artikel ni berjaya menambat hati pembaca dan penganjur pertandingan..aminnn
good luck!!! 😉
fuhhhhh! habis dari mula huruf K sampailah huruf akhir K dalam kotak komen dibaca…
Mmg terbukti, en titan mmg terer bab buat ayat2 kacak..tak tau dah ambe nak cakap ape..
moga2 ko menang kontest ni…
good luck bro untuk kontest ni. tahniah dan banyak dah pulangannya
terima kasih utk pemahaman kali ni. 😛
selain masuk contest , de ilmu boleh ambil ni..
pergh panjang betul dah boleh jual buat ebook ni 😀
Hehe..mungkin da ada yang copy tu..kan?
good luck 🙂
tak nyesal aku baca entri ni. byk ilmu yg aku dapat. tq bro…
Tahniah! Sebab memaksa saya baca sampai titik komen terkini…