Bodoh.
Kalau cerita banyak pasal perkataan “bodoh” ni, aku rasa 1001 malam pun tak cukup. Terlalu banyak boleh dibuat cerita. Kalau tajuk “bodoh” masuk dalam karangan SPM tahun 2013 ni, aku rasa boleh sakit jiwa budak-budak SPM dibuatnya. Maklumlah, tajuk punyalah senang TAPI susah nak diceritakan dengan lebih menarik. Untuk pengetahuan semua, karangan SPM sekarang bukan sahaja point penting mesti ada dalam setiap perenggan, ceritanya mesti juga menarik dan ada umpan seksi yang mampu menggoda para pemeriksa bagi market “bonus” pada calon-calon SPM tersebut. Tak percaya? Jangan menyesal pulak kalau keputusan SPM korang nanti dapat B aje. MALU beb kalau BM penulisan tak dapat A sedangkan kita hari-hari cakap bahasa melayu. Sedangkan ramai pelajar cina dan india BOLEH dapat A dengan mudah, takkan pelajar melayu tak boleh plak?
Pelajar melayu ni, pandai sebenarnya. Cuma mereka ni BODOH sombong. Dahlah tak pandai, bodoh plak tu. Tambah pakej sombong. Tak hairanlah ada orang kita sendiri yang berani kata..
“Orang melayu ni memang banyak yang bodoh-bodoh belaka”
Tak payah terasa. Ini hakikat sebenar orang kita. Bodoh tak bertempat.
Aku pun bodoh dalam banyak perkara gak. Korang suruhlah aku buat benda yang aku tak pandai. Memang aku takkan buat. Suruhlah aku menjahit baju kebaya orang perempuan. Dah tahu aku memang bodoh sikit nak jahit baju kebaya, memang sampai kiamatlah aku takkan cuba untuk belajar benda ni. Sudahlah aku tak minat, bodoh bab-bab kebaya ni, jangan mimpilah aku nak jahit semua tu. Tapi kalau baju kurung biasa, mini baju kurung, baju kurung riau-pahang tu, aku rasa takde masalah kalau ada semua bahannya..yang ni aku tak bodohlah. Walaupun takdelah secantik pareka pakaian yang terkenal-benal tu, tapi leh la jahit baju kurung sikit-sikit..
Blogger? Ya. Banyak gak yang bodoh-bodoh. Itu normal. Aku sendiri banyak lagi benda yang aku bodoh dalam dunia blogging ni. Nak check ranking sesebuah keyword pun aku bodoh lagi. Nak betulkan masalah blog Earncent tu, lagilah aku bodoh belaka. Terpaksalah mengharap dan merayu agar pihak Fivio setelkan secepat mungkin walaupun macam diorang buat sambil lewa aje. Satu hape pun tak cuba nak bagitau apa sebenarnya masalah blog tu. La ni, sampai malware pun dah datang serang tanpa batasan. Kalau aku pandai, takdelah aku dok suruh diorang setelkan. Masalahnya, bab-bab hosting ni, memang aku super bodoh. Jadi, kepada Fivio, kasi setelkan cepat. Korang kan pandai belaka.
Entahlah. Aku tak tahu kenapa aku dok nak cerita perihal “bodoh” ni. Aku sendiri rasa macam bodoh aje.
Ya. Bagi orang perempuan, korang cakaplah diorang “bodoh”. Memang terasa sampai ke neraka. Diorang memang tak boleh terima kalau ada orang lelaki kata macam tu kat mereka. Terasa bodoh sangat rasanya mereka. Dan orang perempuan ni super sensitif kalau korang kata diorang bodoh. Bukan aku nak pandang rendah pada mereka. Tapi kalau aku dah kata..
“Ko ni memang bodoh!”
“Kang aku kata ko bodoh, ko marah!”
Itu tandanya..aku memang dah geram sangat dah tu. Jangan kata aku tak berani kata macam itu kat orang perempuan. Kalau dah perangai, sikap dan peelnya begitu, nasihat pun tak makan saman, berlagak nak mampus..memang itu makan dia. Tak kisahlah dia lagi tua atau lagi mudah dari aku. Kalau dah tak makan saman sangat..memang kena la..
** Ya, tak semua orang bodoh. Aku tahu. Tapi sesetengah orang, memang semacam minta kita panggil dia “bodoh”.
Ps: Dah la. Tak best sebenarnya cerita pasal bodoh-bodoh ni..
8,409 total views, 12 views today
kalau bercerita dan berhujah dengan orang bodoh..memang kita pula yg akan jadi bodoh
Biasa la tu,kadang-kadang berasap jugak bila dikatakan BODOH tak bertempat
perkataan “bodoh” adalah perkataan yang aku tak berapa suka guna, selagi boleh elak daripada guna, aku akan elak. Aku risau nak guna, sebab khuatir akan berbalik kepada diri sendiri… so lebih baik guna perkataan baik-baik jer kepada orang lain walaupun kadangkala sukat untuk dilakukan… 🙂
dah biasa da kene bodoh… pernah kena lg teruk dengan kata bodoh…
jadi komander memang banyak rasa azab neraka… tapi sekarang, orang kata kita ape je, tak heran dah.. sebab pernah kena lg teruk.. kalau dengan kawan baik , bole je msg “hai bodoh” itu dah kawan baik dah tu…
ahhaaaa… ni macam pekena orang yang memperbodohkan aje.. hehehee
bodoh..bodoh sebodohnya..cuba ko sebut bodoh banyak2 kali bro..mesti rasa lain macam je perkataan tu..sape la yang reka perkataan tu ek..hmm
relax lar.. apa yg penting, sabar… ok.. 😉
wah.kasar benar bunyi artikelnya.hehe
Saya hanya boleh berkata saya akan belajar dari bahasa yang titan gunakan.
Haha..karangan berkaitan BODOH terbaik..
Hurmmm..kalao nak dikira2, agak2 berapa bnyk word BODOH dlm entry kali nih yeh??
memang tak best le der cerita bodoh – bodoh ni 😐
en titan ni nk tggu hbias renew setahun pastu baru tukar tapak rumh yg baru ker?
biasalha kalau dah marah, ayat last tu memang terkeluar..
Emm dalam makna artikel ni..semoga semuanya selamat..bak sini kain biar saya buatkan baju kurung riau untuk dipakai oleh En titan..hehehe
Bab2 bodoh ni mmg x leh nk elak la…terrer mana pun mesti ada gak kebodohan dia…..btw, bab2 hosting tu ko pernah cuba dgn gempak hosting?? Aku rasa derang servis bagus gak….
saya masih lagi belajar untuk mengurangkan kebodohan diri.
haha.. tang jahit baju kebaya tu pun gua tak reti bro…..
Aku cari keyword blogger yg bodoh,blog ni naik lak hahaha – kau berjaya memperbodohkan aku 🙂
boleh bikin filem ni… bodo tajuknye. wakakaka 🙂