Perang bendera.
Bila aku balik rumah semalam. Dekat area dengkil, sana-sini penuh dengan bendera. Setiap parti yang bertanding tidak melepaskan peluang untuk buat “flag spamming” merata-rata. Tak kiralah kat jambatan, kat tiang, kat lampu isyarat, kat tepi jalan dan mana-mana tempat selagi leh gantung bendera tu. Tak cukup lagi, siap cacak kat tanah buat tiang baru.
Kreatif.
Tapi bila bendera tu terkulai layu..
Rasa macam tak seronok pun ada.
Nak aku bagi cadangan?
Sila gantung bendera anda di setiap atas bangunan yang paling tinggi di pekan, bandar dan kampung anda. Siapa paling tinggi, baru nampak parti tu lebih hebat. Kalau berani, panjat pokok kelapa sawit dan pokok kelapa..cacak bendera parti masing-masing.
Nak lagi best? Pastikan bendera itu sangat besar berbanding bendera parti lain. Bukan mahal pun kos nak buat bendera kan? Dah alang-alang, buat satu yang paling BESAR punya. Baru nampak gah sikit nak perang bendera.
Setakat nak nampak banyak, mana-mana parti boleh buat.
Ps: Teringat dulu masa kat sekolah, masa ada pertandingan hias bendera dalam kelas masing-masing sempena sambutan hari kemerdekaan negara kita. Sampai kasut pun nak warna bagi sama dengan bendera Malaysia. Naik seriau aku dengan kelas aku masa tu. Semua kelas penuh dengan bendera. Ingat aku belajar kat sekolah tu hanya nak tahu pasal bendera Malaysia aje ke??
7,047 total views, 1 views today
seronok tengok warna warna warni bumi Malaysia sekarang ni, tapi warna mana yg akan menang nanti yekk..
samalah kita tunggu keputusannya nanti..
calon2 sudahpun diumum, tunggu nak rasmi jer…
hahaha. diorang kempen gila gila sangat laa. tup-tup bendera tu halang orang yang nak lalu tepi jalan yang naik motor, tak ke exsiden nanti tak nampak jalan.
hias kelas tu aku suka, dulu kelas aku time sekolah semua duk pakat kumpul duit beli bendera semata-mata nak menang. 😎
Semoga lebih banyak bendera dan poster lagi selepas 20 April ni iaitu selepas hari penamaan calon. Kita dapat lihat poster calon masing2 di setiap DUN dan PARLIMEN.
Cadangan yang tepat,ia akan menjadi symbolik bahwa partai itu menjadi pilihan dalam area (kampung).
kat Puncak Alam nih ada satu bendera PAS dan BN yang paling besar pernah den lihat, senang turunlah sini tengok…hehe
Pacak bendera atas sign petrostation pun ok..tinggi gak tu..haha
Gantung2 jugak..jangan sampai menyusahkan pemandu/pengguna jalan raya sudah la..
Bendera banyak, tapi takde yg sokong pun tak guna juga. Buat habiskan duit je. Ramai dah orang tak termakan dek iklan bendera ni. Mereka lihat pada prestasi Calon, bukan prestasi bendera.
yes! ambe setuju 400%
Jangan disebabkan bendera, terlindung mana2 papan tanda penting sudah la ye?
Nak pacak boleh, tapi kalau dah terkulai sampai ganggu lalu lintas memang boleh bikin panas.
Haha..tak kena cara ada yang ambil bendera tu buhan kain basahan mandi..hahaha..selamat mengundi…
Bab pasang bendera ni, ambe mmg dah naik lotih tgk.
Atas bukit paling tinggi ada, atas pokok kelapa paling tinggipun pernah tgk..macam2 replika setiap parti buat…meriah mmg meriah tp sayangnya tali persaudaraan hancur musnah dek ketaksuban berparti.
Berparang bergolok demi nak jaga bendera masing2…apa nak jadi?
Kalau tengok bola kat stadium bawak bendara cenggini mesti lagi KECOH kan…
hias2 juga bendera ni jgn sampai menyusahkan pengguna jalan raya sudahlah.
satu lagi jangan sabotaj bendera orang lain huhuhu 👿
Aku dah start rasa boring tengok bendera tercacak sana sini masa nak pergi kerja balik kerja..
jangan sampai yang ada cantas mencantas dalam pasang bendera udah laaa yea.. hehehehe
Dorang spam bendera ni gila-gila sungguh. Takleh buat report ke aktiviti spam bendera ni? Kesian kat orang yang cari jalan de. Habis papan tanda dari jauh tak nampak. huhuhu.
abis election nanti, kita tenngok lak, sapa yg kibar bendera putih
Perang bendera yang memeriahkan kawasan 🙂
Pagi tadi masa nak p kerja nampak ‘gah’ billboard DSAI.. Lupa nak snap gambar..
Esok nak tangkap lah… 🙂
kat sini den nak mengaku. den antara memasang bendera di malam hari.. tapi bila esok pagi, tengok ada orang koyakkan.. taknak tuduh sesiapa.. tapi mereka tak fkir yang tukang memasang ni penat dia macam mana…ceh luahkan hati pula kat sini..
Yang untung tauke bendera dan banner juga hihihi 😎