One Punch Man.
Dalam bahasa yang biasa kita dengar, satu tumbukan manusia.
Tapi, korang semua dah besar dan bijak pandai. Pepandailah terjemahkan sendiri apakah maksud “One Punch Man“.
Dalam manga bertajuk One Punch Man ini kisah seorang manusia yang botak. Tapi mempunyai kekuatan yang sungguh kuat dan tidak terkalah. Beliau mendapat kekuatan dengan hanya berlatih setiap hari selama setahun. Dan kekuatannya juga mengalahkan mana-mana cybord di Bumi pada ketika ini.
Khabar angin mengatakan bahawa kekuatannya sangat hebat kerana setiap kali lawan dengan musuh-musuhnya termasuklah alien dari planet mana ntah, semuanya akan dikalahkan dengan satu tumbukan sahaja. Dalam episod terkini, beliau berjaya memecahkan meteor yang masuk ke bumi dengan hanya satu tumbukan sahaja. Dalam erti kata lain, dia menyelamatkan Bumi.
Dan aku dan korang semua terselamat dari serangan meteorit itu pada minggu lepas. Jadi, sila berterima kasih kepada Mamat “One Punch Man” ini kerana menyelamatkan Bumi yang kita sayangi ini. Dulu, kita ada ultraman dan power rangers. Kini, semuanya dah tak ada. Baik Gaban, Flashman dan Maskman. Semua dah bersara.
Nak harapkan Son Goku? Dah mati. Tak boleh dah nak selamatkan Bumi. Korang takkan jumpa dah orang yang boleh buat teknik “Bola Jiwa” seperti yang Goku buat. Dia sorang ajelah yang mampu. Aku sendiri pun tak mampu..
Jadi, kita terpaksa bergantung harap pada One Punch Man ini. Haha..
Iklan – The largest contact lenses distibutor from Switzerland
Ps: Ya, walaupun mengarut. Aku terhibur baca manga One Punch Man ini. Jangan risau, baca benda ni takkan mengubah undi Pilihan Raya ke 13 nanti. Tak payah nak risau sangatlah..
5,684 total views, 1 views today
Gaya earncent.com/blog..hehe
H h h,nak hidup dalam dunia komik ke?
nak jugak kaitkan dengan PRU 13 tuh.. huhu~ 😆
ingatkan nak punch siapa pula tadi..hehe
macam belum pernah baca jer komik nih
hahha. bak kata usop wilca, pengaruh DVD ni. tapi ni pengaruh komik ni. hahah 😈
hmmm ingatkan sapalah si botak ni, hero penyelamat dunialah ni ye
kalau ikut ni maka bertambahlah list setiap minggu nak kena baca… terbaik
ni komikkan belum ada dalam filem lagi…kalau ada dalam filem dah tak yah nak baca-baca komik…heeee
haha.. ‘macho’ sungguh kartun ni dgn kepala botaknya.. hihi..
apsal watak hero dalam komik tu kepala bulat semacam je..hehehe
Kali ni baru dgr tentang one punch man ni..hehe..
Aik?Saya search ninja affiliate kenapa masuk dalam artikel ni?pelik2…
nampak sangat dah pakar SEO nya tu
caya lah one punch man.. (walaupun aku tak pernah dgr nama tu)
dunia manga memang dunia khayalan 🙂