Video Samseng Sekolah.
Yang terbaru.
Kalau korang rajin lepak kat Youtube tu, korang mesti dah selalu jumpa video samseng sekolah.
Akan ada 3,4 orang budak yang akan jadi samseng. Berpura-pura atau naik semangat “Lan Todak”…dan apa lagi..tumbuk sana sini, bagi flying kick yang memang fail, bagi lutut ala-ala tomoi walhal..memang tak menjadi..dan memacam lagi. Budak macam ni, bukan aku nak riak..setakat ramai-ramai lawan seorang..Gajah pun angkat bendera putih. Even Harimau pun..lari kalau kena kejar ramai-ramai. INikan pula manusia..
Amaran aku pada budak-budak bangang ni..
“Lu berani, lu empat lima orang boleh lawan gua sorang. Gua takde hal..setakat lu orang hentak budak tu ramai-ramai..memang lu orang berani..”
….
…….
Cuma nasihat awal dari aku..jadi apa-apa kat korang nanti, jangan salahkan aku.
Dan aku kagum dengan budak yang kena belasah kerana DIA BIJAK. Kenapa aku kata dia bijak?
- Dia tak lari. So, bila dia dah kena belasah dan dia perasan pula ada orang rakam..TAK LAMA lagi, memang sah-sah budak-budak ni kena buang sekolah. Sebab antara yang bangang-bangang yang terajang dan ambil video ni..mesti akan insaf atau saje pedajal kawan-kawan diorang dan upload kat internet. Buktinya? Sekarang video ni dah bersepah kat facebook dan juga youtube. Beb..lu orang salah buli orang maa. Haha..
- Budak tu tak melawan. Mungkin dia tak tahu atau tak belajar apa-apa ilmu mempertahankan diri. Jadi, dari dia melawan..dia tahan ajelah walaupun malam nanti mungkin mak dia kena tonyoh ubat gamat banyak-banyakk. Kalau dia melawan, silap hari bulan mungkin dia patah tangan atau semua tulang yang ada kat badan dia leh patah. Jadi, hasil dari scanning dan skinning..dia memutuskan untuk tidak melawan. Reda dan pasrah seadanya. Nyawa ada satu. Tak kahwin lagi. Belum lagi rasa kenikmatan malam pertama. Belum sempat lagi rasa cendol Banting. Jadi, rugi mati awal-awal. Kena belasah aje. Bukan kena tikam pun kan? Lagipun aku tahu, apalah sangat kederat budak-budak ni, tumbuk macam tu pun, budak tu masih MAMPU berdiri gagah. Lu orang belasah dulu..tak reti belasah orang ke??
Dan kesimpulan yang aku dapat dari video dan kejadian buli dan samseng sekolah ni..cikgu sekolah MEMANG TAK BOLEH BUAT APA-APA sangat. Cikgu nak terajang balik ย samseng-samseng tu? Tak boleh. Nak tampar? Tak boleh. Nak caci hina. Tak boleh. Nak jeling? Pun tak boleh..apa yang cikgu boleh buat? Nasihat..nasihat dan memberi amaran. Guru besar atau pengetua pun, paling hebat pun boleh rotan aje. Lebih dari tu..tak dapat. Paling kejam pun, gantung sekolah. Buang sekolah? Tak ramai yang berani buang sekolah. Dibuatnya budak-budak tu anak orang kenamaan..DO..YB..KB..MB..ingat senang ke nak buang sekolah anak orang?
Tapi memang aku rasa kemungkinan besar mereka kena buang sekolah kalau disabitkan kesalahan. Sebabnya? Sebab dah keluar youtube. Kalau tak keluar, potensi nak selamat tu sangatlah tinggi..
Yang aku takut, aku risau budak-budak yang belasah orang dan juga budak yang kena belasah tu..masa depan diorang akan penuh dengan pancaroba dan penuh dengan ketakutan kalau hal belasah-belasah ini diungkit kembali. Tapi kalau diorang cukup kuat dan boleh survive..insya-Allah, takde apa-apa. Moga-moga diorang semua insaf dan jadi orang yang berguna pada masa hadapan.
** Aku tahu, mungkin ada orang salahkan cikgu sekolah. Tak buat apa-apa ke? Haha..cikgu sekolah ni. Satu aje aku nak pesan kat korang semua. Jangan main-main dengan cikgu sekolah. Lagi-lagi yang lelaki tuuu..depan korang memang pijak semut tak mati. Tapi kalau baran dah sampai..ikan jaws kat laut pun sanggup lari ke darat kerana takutkan cikgu sekolah. Tu baru cikgu sekolah..lum guru besar, lum pengetua..lum lagi kerani sekolah. Jangan cari pasal. Haha..
Ps: Budak-budak sekarang memang sangat berani. Berani sebab ramai. Kalau sengsorang..memang langsung tak BERANI.
9,752 total views, 1 views today
Ada fikir tadi,jika anak saya yang jadi mangsa saya belasah balik.Satu kali pukul sahaja.
lepas tu bapa budak kena pukul tu belasah balik tuan.. tuan yang kesakitan menelefon kawan2 untuk membantu,.. dan bapa budak tu cedera,.. tak puas hati beliau memangil sedara mara membantu.. dan pihak tuan terpaksa juga memanggil sedara mara tuan..
jadilah perang saudara..
jangan marah.. sekadar gurauan
apa yang digeramkan sangat budak – budak ni ya. Pastu banga pulak tu hampeh betul dia orang ini ๐
ntah apa yang dibanggakan lah…panas hati aku tengok !
kalau aku abang budak yang kena pukul tu (walaupun tak sayang sangat adik.he..), memang aku cari budak-budak tu..
Sekarang ni satu malaysia geram dekat budak pakai speck tu. Yang budak gemuk tu pun fikir macam hebat sangat adoi.. Bikin geram je.
orang yg pukul tu takder mase depan. doa jela yg kene pukul tu lebih berjaya supaya orang yg memukul tu bile dah tua menyesal gila sebab pukul budak tu.. haha
budak2 sekarang makin kurang ajarlah…
Mak mmg respect dgn sikap budak yg kena pukul tu. Dia bertahan dan hadapi samseng2 *laaa sgtttttt* tu dgn otak dan bkn dgn kepala lutut. Bagus betul budak ni.
1st thing yg timbul dlm kepala mak time tgk klip ini adalah – Ya Allah..jauhkanlah anak anak aku dr menjadi sebahagian manusia2 begini. Tak kira la..pembuli ataupun yg dibuli. Mintak2 dijauhkan lah..
1. ambe mmg tak pernah salahkan cikgu2 kalau ada kes2 buli camni. mana cikgu nak tau diorang nak belasah budak tu. lainlah kalau cikgu tu diajak sekali join sekaki.
2. budak2 yg suka belasah org ni agaknya mmg ada trauma tersendri. nak kena korek dan betulkan mana yg patut. gantung sekolah mmg option terbaik. buang sekolah, takut makin rosak budak tu nanti kalau masih tak insaf2.
3. akhir kalam, ambe doakan budak2 kaki pukul ni insaf dan tak buat dah kerja ‘tak cerdik’ camni..
Hilangnya peri kemanusaan dan hati perut semata-semata nak tunjuk samsing
yang aku perasan budak yang kena pukul tu rileks je tak de jerit2 mcam tak sakit pun ada. ๐
Kalau aku… aku bunuh ja budak2 yang belasan budak tu.. bunuh sekali budak yang rakam… SETTEL!
hahahaha lebat gila kau cakap ๐
Kalau aku… aku bunuh ja budak2 yang belasah budak tu.. bunuh sekali budak yang rakam… SETTEL!
Emm kat sini pun ada gaduh-gaduh jugak..hehe..patutla dalam FB duk citer pasal lan todak..ni rupa kisahnya..hehe
polis dah keluar kenyataan, katanya tak ada yang buat laporan polis. tapi perkara ni dah dirujuk kepada pejabat pendidikan daerah tu
kalau ajak 1 by 1 sure mencicit lari budak2 yg berlagak samseng nih…
semalam fyna tengok video tue. speechless jap. yang gengster tue setakat belasah ramai-ramai, beranilah kan. cuba sorang2? tak berani kan. nak tunjuk hebat sangat. haisshh… kecik2 lagi dah pandai buat onak kan.
yang penting nyawa budak kena belasah tue. kalau terjadi apa2, memang nahas lah si gengster tue.
Samseng la sangat..rasanya kalau budak yang kena belasah tu lawan satu sama satu dengan yang belasah dia tu..belum confirm lagi yang konon samseng tu boleh bertahan..
budak tu bangang macam dah takde kerja. tapi pengalaman aku sendiri la bro titan, masa form1 standard la kena buli ni. tapi sebenarnya itu lebih mendewasakan kita supaya besar nanti kita boleh melawan sapa2 nak pukul kita ni. peragut ke, penyamun ke bersepah sekarang.
Aku dah besar gini pun nak kena paw kat Hentian Putra itu hari, paw seringgit je tapi aku tetap tak bagi. aku cakap la nak guna. dia duk tak puas hati, aku ape lagi turunkan bag galas aku tu. gua cakap, “Apesal? lu nak gaduh?” terus dia bla. semua ni jenis malas cari duit ni. ๐ก
Masa ko form 1 dulu, slow habis dah. Zaman aku masa form 1 kat sekolah tuu, tak tau berapa kali ganda parah. hahaha.
nak elak kena pau senang je. buat muka blur ala nerd macam aku. kekeke.
muka budak 3 orang ni tak de nampak ganster pun…he he. perangai memang susah nak nak maaf. pengajaran untuk diaorang ni.
macam satu kebanggaan pulak lakukan benda yg x sepatutnya…
memag tak patut
semua kerja tak berfadah ni
Kecik-kecik dah buat semseng di sekolah, Apa lelebihannya mereka ni buat hal begitu. Benda yang salah, salah juga yang diikutinya. Walhal dah diketahui, kalah buat salah pasti akan ada balasan yang dapat. Tak pasal-pasal kena diambil tindakan oleh pihak sekolah. Kalau berat pasti jadi kes polis.
Kadang-kadang ada juga yang nak test power. Habis action dia orang berbaik semula. Kita mak bapak yang mengurut dada. Sakit jiwa tengok kelaku depa.
Bila baca dari sudut kebaikan, terpikir betul jugak tindakan budak tu..
‘Samseng Sekolah’ dah kena buang sekolah, dan dengar khabar samseng tersebut berpindah ke sekolah adik MJ, lagi kitorang risau, harap pengetua sekolah baru samseng tu cepat2 amik tindakan..
p/s : Kejadian berlaku kat Penang dan tak jauh dari rumah MJ.. huhuu
nak htr anak ke soloah tak takut tpi cadang nak htr ank kelas sialt ker apa2laj utk pertahankan dri hee lagi2 ank2 perempuan
Pihak sekolah pun leceh bila kes cenggini berlaku sebab kena buat laporan kat PPD dan confirm jatuh KPI PRESTASI skolah
ni semua bajet. bajet hebat. bajet kuat. ptuihhh #eh hehe
tapi kesian kat mak ayah la, mesti tengah tanggung malu sekarang…
dorang nie bangga lak jadi kaki pukul kat ketua kelas tu…aku rasa tahap kesabaran ketua kelas memang tinggi…malas nak layan budak hingusan macam nie…kalau anak aku kena bantai ….aku panggil abang kawasan jer bagi clear itu budak tak cukup umur tu…dia belum kenal penangan kak cik kawasan nie…haha….
dia nak flying kick, tapi nak terjatuh. epic failed.
gua cedok video ini ya bro