Bila aku jumpa gambar dibawah ini, aku terfikir sejenak.
Aku fikir..
Aku fikir lagi dua kali..
Aku fikir lagi berkali-kali..
Dan sampai aku dah tak larat nak fikir.
Bila aku dah larat fikir semula…
Betul juga rupanya apa yang pakcik Bill Gates ni cakap. Dulu masa aku kat universiti, bila aku takde duit..bila komputer aku rosak..seorang pun tak nak dekat dan datang bilik aku. Tapi bila duit dah ada, duit jual hot dog dah ada..duit online dah masuk..komputer dah boleh ok, dah boleh main semula game Red Alert 2 dan Diablo 2, PENUH bilik aku sampai katil patah dibuatnya..
Sejarah membuktikan. Pengalaman membuktikan bahawa orang ingat aku sebab aku ada duit. Korang pun sama kan? Sedikit sebanyak dari korang akan ingat aku bila aku ada duit. Cendol Banting, Lelaki kacak, Ain Maisarah, Maikel dan Mercidez, Black si kucing mata satu paling gangster di Banting dan sebagaiya cumalah salah satu proksi aku dalam dunia blog. Tapi niche utama aku tetap adalah duit.
Setuju atau tidak korang akan ingat blog aku sebab duit?
Walaupun mungkin tidaklah 100% macam tu dan mungkin ada yang betul-betul ingat aku sebab aku lelaki kacak, aku lelaki yang pandai menjaga hati gadis melayu bertudung comel atau aku adalah seorang lelaki yang pintar bermain dengan kata-kata.
Ya, aku tak nafikan. Mungkin ada. Tapi kebanyakkan dari korang, akan ingat bab DUIT itu. Kan?
Ps: Okeh. Aku tahu ada yang tengah bengkak dengan aku sekarang kann. Kann..?
10,331 total views, 1 views today
Sudah menjadi reality bahwa sesuatu yang kecil ini (uang) memberikan effect yang besar,
1.Ramai perceraian kerana kekurangan duit
2.Ramai syarikat bankrup juga kerana kekurangan duit
Tugasan kita ialah bagaimana duit boleh mendatangkan keuntungan yang lebih besar dibanding keuntungan dunia.
*just a thought
betul tu..tapi duit bkan segalanya. Kena ingat kat agama juga. Dengan agama kita akan selamat. 😮
nanti takde duit… aku dah lupa blog ni.. dan mungkin juga orang lupakan aku..
panjang tajuk.
memang betul ungkapan mcmni. tp masa ni jgklah kita akan tahu sapa kawan dan teman terbaik yg betul2 ada di saat kita dalam kesusahan.
Tanpa duit kita bukanlah apa2 dan tidak bisa melakukan apa2 ya..
Semoga kedepannya makin banyak duit mas dan sukses selalu buat bloggingnya 🙂
time ak naik keta sume pandang aku senyum2 gitu time naik moto semua buat tak kenal – ada jugak org gitu 😎
Ambe tak kisah, janji kita tak pandang org sbb duitnye…
p.s. byk duit, sikit duit, takde duit…tak bwk kita ke mana2 kalau kita tak guna duit utk bantu agama dan saudara kita
Ambe mmg kalau bab duit, ambe dtg rujuk kt sini…tp apa yg lbih melekat ialah nama titan/titaniumhijau….hehehe
Pengaruh cerita dan kisah DUIT akan sentiasa bermain di fikiran orang yang baca blog nie
Sini tempat rujuk cari duit ke? Aku ingat tempat cedok ilmu free. Mana mana depend kot. Aku ikut mood. Hehehe.
Sebab duit tu salah satu hal lah..sebab lain yang paling menarik, artikel yang dihasilkan..eee saya rasa gembiralah tiap kali melawat blog en titan..hahaha..
Cari duit untuk kesenangan dunia dan akhirat…
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim)
Kita akan ketemui duit jika kita mencarinya, tapi sakit dan kematian akan datang mencari kita walaupun kita tidak mencarinya…
”Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim. ‘ ‘Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia. ‘