Kenapa senaman kardio dapat membakar lemak dengan pantas dan dapat menghilangkan perut buncit?
Sebelum itu aku nak jelaskan apa itu senaman kardio.
Senaman kardio adalah senaman yang meningkatkan ‘heart rate’atau denyutan nadi. Sebagai contoh berlari, joging, berbasikal, berenang, futsal dan sebagainya. Kiranya kalau budak-budak main police entry one to jaga, polis mati pencuri jaga..
INI PUN dah kira macam SENAMAN KARDIO jugak!
Apabila kita melakukan senaman kardio, denyut jantung kita akan meningkat. Aliran darah juga akan meningkat laju-laju tak terkalah supaya oksigen dapat dibekalkan ke seluruh badan dengan hensemnya.
Disebabkan senaman kardio ini melibatkan ‘skeletal muscle’atau otot yg menyebabkan pergerakkan maka ia memerlukan banyak
tenaga dalam kadar masa yang cepat.
Dalam badan kita, glukosa adalah tenaga yang mudah dan paling cepat boleh dibekalkan kepada otot skeletal berkenaan.
Maka glukosa akan digunakan yang diambil dari tapak simpanan glukosa.
Jika korang selalu buat senaman kardio, tapak simpanan glukosa sentiasa akan kurang. Ini adalah bagus sebenarnya.
Kenapa ia bagus?
Kalau korang nak tahu lagi, dalam badan kita tapak simpanan glukosa tidak banyak dan tidak selalu bertambah. Apabila tapak simpanan glukosa korang telah penuh, ia perlu dikosongkan balik.
Cara dia kosongkan balik adalah dengan tukarkan kepada tanaga (sebab senaman kardio) ATAUPUN kepada LEMAK. So jika korang tak buat senaman kardio, glukosa korang akan ditukar kepada LEMAK!
Lemak ini tiada had simpanan. Dia boleh simpan sebanyak mungkin dibawah kulit korang. Cuba picit perut korang semua yang comel-comel itu. Tebal tak lemak yang korang ada?
Kalau tebal bermakna korang memang sah-sah terang kurang melakukan senaman kardio. Betul, kan?
As simple as that…
Sumber: Ebook Bakar Lemak Pantas – Hafiz Wasa
Ps: Harvest step juga salah satu cara nak untuk senaman kardio. Tahu Harvest step?
22,111 total views, 4 views today
hebat senaman nie.. x pernah pula buat, 🙂
haa..
kenalah cuba buat lepas ni.
cis gua baca ini dah terasa umur ku macam pakcik – pakcik 🙂
Siapa suruh baca.
Haha.
senaman kardio nih kena buat dgn cara yg betul juga. nak buat senaman kardio kena buat ‘warm up’/ regangan otot dulu… kalau tak, nanti lain pula sakit yg datang, cth; otot terkoyak, kekejangan otot atau kecederaan…
Yap.
Kena hati-hati bila buat senaman kardio. Tak leh main sebarang aje.
Suka gambar pertama.. 😀
Suka kat gambar la plak.
Haha..
Senaman kardio nie bagus tak untuk pemain badminton macam saya.hehehe
Haa..
mari selalu buat senaman kardio hari-hari. hoho
macam maca kaedah senaman ada untuk kurus dan hilangkan buncit.. cuma bezanya rajin ngn malas je.. hehehe
haa..betul.
Nak atau tak nak aje sebenarnya nih.
den kene amalkan senaman kardio nih…huhu
Yap.
Sila amalkan gaya hidup yang sihat ini. Senaman kardio adalah satu permulaan yang baik.
haha…terbaik
dah tua ni susah nak buat lain lah kalau boleh main lari lari masa zaman bebudak, hehehe
selain tue, kalau selalu buat boleh tingkatkan kecergasan badan. Minda pun sentiasa alert. Nak belajar pun senang. Stamina pun bertambah.
Yap. Memang boleh tambah stamina. Badan leh jadi fit.
Kalau rasa perut buncit tu baik buat senaman kardio cepat.
Haha..
setuju. Sesuai untuk mereka yang perutnya buncit tu.
Termasuk jalan kaki juga? Hobi saya suka jalan kaki…
Yap.
Mulakan dengan berjalan kaki.
Saya selalu berjogging dan gym dalam rumah saja.
Alhamdulillah seksi jugak body ni. huhu
Wah..
bergym dalam rumah aje tu.
jom join larian gaza 10km tu…
owh..kiranya aku hari2 buat senaman kardio la ni..patut la 6 pack maintain cun..hahaha
senaman ini yang aku malas sekali nk buat haha
haha..
orang lelaki memang ramai yang malas. Tapi orang perempuan lagi ramai yang lebih pemalas.
Emm terima kasih tolong ingatkan yang kesihatan itu penting..hehe
Ya.
Menjaga kesihatan itu sangat penting.
saya bersyukur dengan kekurusan saya. Tidak perlu buat senaman segala. Just keep being fit.
Hoho..
memang kurus eh.
uishh.. mencabar betul senaman ni utk aku yang dah ada awek panggil pakcik ni..
Kena cuba try buat la pakcik. Hehe
nak kurangkan berat badan ni kenalah sabar dalam melakukan apa-apa aktiviti pun.jangan terus mendesak badan kita…so korang pandai-pandailah mantainkan senaman tu mengikut kemampuan badan kita ….ok
Setuju.
Kena sabar dan kosisten. baru mudah nak jadi kurus nanti.
info tentang tapak glukosa tu amat baik. senaman kardio memang baik untuk kesihatan jantung dan sendi2 tulang. terima kasih bagi info. jom jogging! 🙄 🙄 🙄
Nice and interesting. Good info