Hari ini seperti biasa nak ‘share knowledge’ bersama korang tentang metabolisma badan.
Korang tahu apa itu metabolisma?
Kenapa korang kena tahu pula?
Supaya lepas ini korang tidak lagi tersalah faham tentang metabolisma. Maklumlah pelbagai ‘fakta’ mengenai
metabolisma dicanang hebatnya di facebook. Malah, sampai satu tahap ke mengarut kadang-kadang. Sakit hati juga apabila membacanya.
Jadi, mari kita baca satu per satu mengenai metabolisma:
1) Sejauh manakah kecekapan badan korang untuk menukarkan makronutrien kepada tenaga (kalori). Itu adalah metabolisma, proses pembakaran kalori. lelaki mempunyai metabolisma lebih tinggi dari wanita. So lelaki mempunyai keupayan membakar kalori lebih tinggi dari wanita. Jadi, aku tak hairan bila orang lelaki sekitar aku tidak ramai yang gemuk berbanding orang wanita.
2) Proses metabolisma berlaku setiap saat. Walaupun anda sedang tidur. Ini bermakna proses pembakaran kalori berlaku
setiap detik. Dah nama pun metabolisma badan kan? Umpama kita bernafas.Disaat inilah juga bahagian badan kita bernafas.
3) Sel otot membakar lebih kalori dari sel lemak. 2.2kg otot dapat membakar kalori sebanyak 3kali ganda lebih tinggi dari 2.2kg lemak. Point disini menunjukkan workout dapat membantu anda membakar lebih kalori.
4) Proses metabolisma memerlukan air yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan metabolisma menurun. Kajian menunjukkan
seseorang minum 8 gelas air kosong sehari dapat membakar lebih kalori berbanding orang yang minum 4 gelas sehari.
5) Vitamin B Komplek dapat membantu sel meningkatkan metabolisma. Dalamkebanyakkan minuman bertenaga, unsur dalam vitamin B dimasukkan sekali agar ia membantu anda meningkatkan metabolisma.
6) Kaffein juga dapat meningkatkan metabolisma. Kajian menunjukkan minum satu gelas coffee sebelum workout dapat
meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan pembakaran kalori.
7) Makan 4-5 kali sehari dapat mengaktifkan kadar metabolisma diri. 3 makanan utama (breakfast, lunch & dinner) dan masukkan 2 hidangan kecil antara makanan utama.
8) Protein lebih sukar dicernakan berbanding karbohidrat dan lemak. Jadi pengambilan protein yang tinggi dapat meningkatkan metabolisma badan.
9) Elakkan ‘crash diet’…crash diet adalah diet yang diambil kurang dari 1000kcal sehari. Ia memang berjaya menurunkan berat badan namun penurunan itu berpunca dari jisim otot. Ia akan menurunkan kadar metabolisma diri anda. Seterusnya anda mudah mengalami peningkatan berat badan kembali jika terlebih mengambil kalori.
10) Cara terbaik meningkatkan metabolisma adalah membuat aktiviti yang membakar kalori. Bina otot dengan workout dan
kekalkan kehidupan yang aktif. Lagi banyak pergerakkan anda, lagi tinggi pembakaran kalori diri anda.
Ok. Sila baca. Kalau mahu ikut, ikut. Tak mahu, tak apa. Aku tak kesah sangat pun kalau korang jadi debab. Haha..
Sumber: Ebook Teknik Bakar Lemak Pantas
Ps: Apapun, aku nak balik Banting jap lagi. Nak makan cendol banting. Haha..
5,260 total views, 1 views today
den setiap hari kena minum air 4L-10L, untuk meningkatkan metabolisma..
kalau lumba kurus, lelaki pasti menang
4L – 10 L…thanks DT…ambe carik jumlah air yg betul utk tingkatkan metebolisma
ikut berat badan pon boleh sebenarnya. berat 25kg sama dengan 1L air… kalau ambe 75kg mcm tu ambil la 3L…
oh kalu cam tu gua kena minum 4 liter arrr. hahaha
ok da kantoy berat berape.. ahhaha
oh, baru faham kenapa minuman-minuman diet mempunyai kandungan protein yg sgt tinggi. rupa-rupanya ia salah satu utk tingkatkan metabolisma…
ok..lps ni aku boleh kurus dah dgn tips2 ko….
makin slim nyelimlah lepas ni
terbaiklah tips ni kan..
Metabolisma badan saya kurang..mungkin kerana kurangnya minum air masak..hehe
so hang kena la lebihkan air lps ni bro.. 😀
tips minum air senang je sebenarnya..
sebelum solat minum satu cawan. lepas solat minum satu cawan…
satu hari bole dapat dalam 2L – 3L