Apa itu IKLAN?
1. Bagi sesetengah blogger, ada yang suka letak iklan kat blog mereka. Termasuklah aku.
2. Kadang-kadang, iklan mereka merata-rata kat dalam blog mereka. Kat atas, kat bawah, kat tepi, kat dalam artikel, kat dalam komen, kat page 404 dan macam-macam lagi letak.
3. Tapi sedarkah mereka jika mereka berbuat demikian, makin ramai orang akan menyampah dengan blog mereka? Kalau isi kandungan dalam blog mereka menarik dan orang suka baca, itu lain ceritanya. Tapi kalau isinya cumalah copy dan paste dari surat khabar online dan cedukan dari artikel orang lain. Aku rasa orang dah susah nak lepak kat blog korang tu. Kalau awal dulu, nampak kemas dan banyak informasi berguna dalam blog korang, tapi sejak letak iklan merata tempat ni, aku rasa ramai yang rasa nak muntah tengok blog korang tu. Aku tahu income blog mereka tinggi sebab trafik masuk bukan dari direct visitor, tapi dari jus SEO yang korang buat. Tapi aku tetap rasa menyampah gak. Orang puteh kata agak annoying.
Google Panda lagi annoying. Haha..
4. Kalau iklan yang guna code html, boleh terima lagi. Ringan. Tapi kalau dah masuk iframe dan javascript dan iklan tu lebih dari 3 bijik, besar-besar gajah pula tu, aku rasa macam dah lagi berat daripada aku angkat dumble 30 kg setiap hari.
5. Ada blogger memang suka letak merata iklan kat blog mereka. Ada orang suka letak 1-2 aje. Itupun yang paling mendatangkan banyak income sahaja atau yang betul-betul terpilih dan sesuai dengan blog mereka.
Blogger Malaysia gila duit.
6. Ada blogger malaysia yang gilakan duit, dia letak merata iklan kat blog mereka. Sampai nak masuk blog mereka pun dah super lembab. Siput pun lagi laju agaknya kalau lumba lari dengan kelajuan loading blog mereka.
7. Bukan tak boleh letak iklan. Boleh. Cuma biarlah berpada-pada.
8. Nak letak banyak mana pun tak apa. Aku tahu itu hak korang. Tapi kalau korang bising tak dapat komen, tak dapat trafik, orang benci blog korang, orang kata korang bangang. Jangan bising plak dalam blog sampai tulis artikel kenapa blog korang tak dapat komen. Itu bengong namanya.
9. Itu belum campur iklan facebook yang paksa like-like tu. Paling celaka, sampai 9999 saat. Celah mana aku nak tunggu, kan?
10. Korang isi sendiri..
Dan banyak lagi..
** Entri lama. Tapi aku tambah point nombor 9 aje. Pemalas punya pasal. Haha..
Ps: Okeh. Blog earncent sudah kembali.
10,439 total views, 1 views today
tengok blog den, ada nuffnang je… setia pada yang satu… komli dah approve, tetapi… tetapi…. traffic belum mantap lagi
boleh ke kalau kita letak iklan nuffnang ngan komli sekali?
bole. nanti nuffnang xde gelihati tu la kan…
yer betul
kalau ayat titan mungkin camni “dia hanya akan gelikan ketiak korang jer”
hahahhaha
blog ni takde iklan pulak kan.
boleh buat slot iklan percuma ni bro haha
kalaulah percuma, mau ramai yg nak..alexa dah hampir 80k tu
yup kalau yg jenis paksa2 like fanpage FB tuh den pun tak suka…
ha tu pun satu hal jugak.. lagi lagi ada yang 1500000 second lah.. nak cancel pun tak boleh…
len kali letak la like paksa cam gua letak tu.. kalau tak suka close jer.. hehehe
aku rasa like cam aku buat tu lg berhemah drp yang sanggup bayar utk viral FB Like.. rm100 utk 1000 like. giler x best.. tak ori.. heheheh
terdesak sangat yg viral tu.. tak ori mintak 1000like RM100.. buat sendiri pun boleh.. 😀
ambe pun tak suka, kalau ada butang cancel takpelah jugak…kalau tak, say bye2 jer
Siapa yang tak suka duit weh… Kebanyakan blog yang aku terjah mesti tayang duit. Haha..
tayang duit ok lg bro. ini tak, buat entri ckp dpt payment drp advertiser.. pastu amaun tutup.. aduyai.. macho la. tunjuk la amaun
at least ok jugaklah tu bro…
yg annoying ni, tajuk entri kata buat duit, tp takde tunjuk apa2 bukti dapat duit…
bab tutup amaun tu, mungkin dia nak elak org mengata dia..be +ve =)
dulu saya memang gila duit iklan ni..
sekarang dah waras
alhamdulillah dah jumpa jalan yang benar.. hehehe
sempat jugak ko kembali ke pangkal jalan yer.. 😆
org cakap iklan banyak = akan dapat duit banyak = logiklah 😆
Part iklan facebook 9999saat tu memang menyampah betul. Tekan pangkah lagi baik.
same la eden, benci kot fb like tu…
aku pon… 😈
ambe pun! 😈
boleh letak iklan tapi macam bro cakap jangan melampau…
tak suka juga iklan fb paksa like tu..
Aku terpaksa Titan, kalau tak mana nak cekau duit … bukan kerja tetap. Dapat RM100 sebulan dari blog tu dah kira best giler. Leh la belanja anak bini makan luar sekali sebulan.
kalao blog bro ok lagi.. tak nampak kesemakkan nya…
hahahah.. ceh.. kalau bro rm100 haper.. rm ribu2 la sebulan.. hehehe
bagi aku, cukup 3 jenis iklan sudahlah..letak banyak-banyak ni nampak semak.
Hehe tak sangka ramai yang seangkatan dengan aku tak suka FB like paksaan..
blog aku banyak iklan tak hehe, tapi bro kita orang belum masta lagi boleh sorok – sorok iklan tapi dapat duit
9999 saat tu aku pernah kena.. hahaha.. siapa nak tunggu lama tu. terus aku klik pangkah lah. aku nak baca artikel dia bukan nak tgk like terapung tu
hahahah.. aku memang akan pangkah punya
hahaha aku pun sama, nampak sangat paksa.. Aku nak pasang iklan, almaklum lah, “umur tak matang” lagi nak pasang benda alah tu.. kekekeke
hahahah. umur tak matang. i liiiikee
iklan kiri kanan atas bawah tu dah selalu sangat aku nampak..hehehe..yang like 9999 saat tu lagi lah..gila ke apa nak tunggu lama2..memang tak lah jawabnya
hahahaha. x buat keje lain la mau tunggu
macam ada kena mengena ngan post lama aku je..hehee..pentiru ni…owh..salah..baca sampai abis..post lama ko jugak…
well..ada yang kata penyeri blognya..kata dia..
p/s:next week nak appeal balik kat Google Adsense…siot je block ads kat blog aku..hohoho
Aku ada iklan nuff jer dengan program affiliate jer. Tak salah kan.
nice sharing bro..
entri yg ckup jujur dan mudah difahami!! 😮
Setepek atas hidung! hahaha, tapi part facebook sampai 1500000 saat tu memang aku masuk 1second terus kuar-___-
aku letak iklan 3, ok la tu kot kan hehe tp xdela, letak like sampai berjuta saat
Kadang-kadang iklan yang terlampau ni sakit jiwa gak..hehe
nasib baik pondok kecil waras lagi kan…
Iklan nie boleh buat hiasan untuk cantikkan blog. Haha
tapi rasanya tak cantik pon.. ada yang kedudukan tak sesuai.. lagi lagi tang floating tu…
Kebanyakannya nak amik jalan mudah dengan harapan dapat hasil pulangan yang lumayan…. hohohoo
bab2 iklan ni, ambe tak kisah sangat, janji iklan tu tak menari2 sekejap keluar kiri, sekejap terjojol kat kanan..nak baca entri pun payah!
ambe pasang iklan nuff + affiate 1 + ada org punya 1..cukuplah kot..janji tak berat tak serabut mata memandang
Okay, noted..
1 jenama iklan pun dah bagus.
Tak payah nak letak banyak-banyak. 🙂
Kalau blog/website bisnes takpe.
Ni penulis biasa-biasa je. Nak letak banyak?
Apa tujuan awak berblog? haha 😉