Siapa GEMUK?
Setakat ini korang sudah berjaya atau belum menurunkan berat badan selepas baca dok tip-tip yang aku dah kongsikan selama ini?
Ya! tidak dinafikan program menurunkan berat badan tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan motivasi
yang tinggi, ilmu yang betul dan strategi yang berkesan. Namun pada hari ini aku nak ‘share’ dengan korang semua
beberapa fakta berkaitan menurunkan berat badan.
Jom BACA dan ikuti satu per satu:
1) Perlukah kita menimbang selalu berat badan kita?
– Ya! Kajian telah membuktikan bahawa dengan memantau lebih kerap berat badan kita akan ‘merangsang’ minda dan
memberi motivasi untuk menurunkan berat badan. Seeloknya timbang berat seminggu sekali. Jadi, sila beli penimbang satu. Bukan mahal pun. Lagi mahal korang makan 2 keping pizza tu tau.
2) Adakah saya perlu elakkan dari mengambil lemak untuk menurunkan berat badan?
– Tidak! Anda perlu mengambil lemak. Lemak penting untuk sintesis hormon. Namun bukan semua lemak anda boleh ambil.
lemak tidak tepu (unsaturated) sahaja dibenarkan. Sebagai contoh, olive oil, fish oil & kekacang. Lemak penting. Tapi aku tak risau, korang memang hari-hari suka makan lemak. Korang sedar tak sedar aje. Kan?
3) Minum air masak sebanyak mungkin membantu menurunkan berat badan?
– Ya! Namun kajian membuktikan minum air masak satu gelas sebelum sarapan, lunch dan dinner dapat mengurangkan
pengambilan kalori sebanyak 30%. Jadi minum air masak dulu sebelum makan. Malah air masak dapat tingkatkan pembakaran
lemak dan meningkatkan metabolisma badan.
4) Ok ke makan banyak2 ketika lunch dan ketika dinner tidak makan?
-Tidak boleh. Ia akan menyebabkan pankreas anda bekerja lebih kuat ketika lunch dan meningkatkan tahap kelaparan ‘craving’ ketika dinner. Malah teknik ini akan menurunkan kadar metabolisma anda.
5) Makan secara perlahan-lahan adakah bagus?
– Ya tepat sekali. Ini kerana badan kita akan terima signal kekenyangan dalam tempoh 15 hingga 20 minit selepas perut kita penuh dengan makanan.
6) Perlu ke saya merancang setiap makanan yang ingin saya ambil?
– Para pengkaji telah berpendapat, seseorang yang merancang plan pemakanannya akan berjaya dalam mengekalkan bentuk badan yang ideal. Perancangan ini telah membantu mereka daripada mengambil snack atau makanan yang merapu-rapu.
7) Adakah diari kalori membantu saya dalam menurunkan berat badan?
– Ya betul! Diari kalori dapat membantu anda mengesan ‘lebihan’ kalori yang diambil. Selain itu, ia juga dapat menunjukkan ‘pattern’ atau corak pemakanan kita pada masa lampau. So masa gemuk anda dapat tahu bagaimana corak pemakanan anda, dan masa kurus pula anda tahu apa yang anda makan.
8) Perlukah saya mengelakkan diri dari makan karbohidrat?
– Tidak perlu kerana anda adalah manusia. Korang bukan macam Pakcik Pikor. Lainlah kalau anda adalah herbivor atau karnivor. Karbohidrat sangat penting sebagai sumber tenaga utama bagi diri anda. Namun kurangkan pengambilan karboidrat ringkas seperti gula, ais krim, coklat dan junk food. Sebaliknya ambillah komplek karbohidrat seperti roti wholegrain dan brown rice.
9) Kerap tidur menyebabkan kegemukkan?
– Tidak! Tidur sebenarnya sangat membantu dalam plan ‘weight loss’ anda. Kenapa?
Sebab tidur yang cukup dapat membantu anda mengurangkan rasa kelaparan “craving”. Lebih banyak anda berjaga, lebih
lapar anda rasa. Kedua dengan tidur yang cukup ia dapat menstabilkan metabolisma dan membantu anda ‘cut off’ kalori sebanyak 6%. Sebab anda tidak makan ketika tidur! Tapi kalau korang tidur dan makan aje..malas bersenam. Tak guna gak kan?
Cukup la 9 point yang aku ketengahkan disini berkaitan fakta mengurangkan berat badan khas untuk korang dan makcik-makcik yang gemuk lagi debab. Walaupun tidak banyak, aku harap ia sedikit sebanyak dapat membantu korang semua yang gemuk debab untuk mengurangkan berat badan.
Berat badan kurang, risiko penyakit pun kurang. Hati bertambah senang, nak makan cendol pun tak serba-salah.
Sumber: Ebook Teknik Khas Bakar Lemak
Ps: Ok. Aku dah mengundi. Korang bila lagi?
6,463 total views, 1 views today
Makan cendol boleh kurangkan berat badan tak?
boleh jadi kacak. haha..
Kalau perempuan kacak jugak ke
Emm air masak jangan diamalkan minum banyak pada tengah2 malam..kerana dikhuatiri akan jadi gemuk..hehe
Baik punya umpan ni..hehe
erk rasanya mmg kena kuruskan badan ni..pi ngundi rmai ckp makin gemuk..haha…
aku gemuk tp aku tak der disiplin.. so forget it!!! heheheh
Den dah berjaya 13kg turun. Tapi bukan dapat tips kat sini. Hahaha. Herbalife banyak menolong den
Walaupun saya agak kurang arif mengenai hal nie.
.. tapi artikel nih memberi imput baru kepada saya.
.. terima kasih atas penulisan yg bermanfaat nie…
teruskan berkarya.. 🙂
Senaman dan diet sama2 penting kn