Ya.
Aku baru keluar hutan.
Dan officially, aku dah sampai kat bilik aku
Maikel dan Mercidez dok sibuk melantak sotong kering madu pedas yang mereka kirim. Nasib baik berhenti untuk shopping. Kalau tak, mesti mahu amok 2 ekor semut hitam yang ganas bila permintaan mereka tidak dikabulkan.
Macam-macam kejutan yang aku terima dalam 2,3 hari ini.
Yelah, aku hilang pun bukannya aku bagitau korang. Dan aku tak ada tanggungjawab dan kemestian untuk memberitahu korang. Maklumlah, aku bukannya sape-sape. Aku cuma blogger yang cintakan gadis-gadis bertudung comel dan cendol Banting tak terkalah tu.
Apapun, nampaknya persaingan dalam Contest Comment Tanpa Batasan mula menampakkan perubahan yang ketara. Persaingan telah kelihatan dan acara lumba komen silih berganti. Agaknyalah kot. Bukannya aku monitor sepanjang masa. Aku tak kesah korang nak komen celah mana, selagi komen yang korang bagi itu bersesuaian, nampak hidup dan tak nampak macam spam sangat, aku kira boleh terimalah komen korang tu. Ingat, tak semua jumlah komen yang terpapar kat sidebr tu adalah jumlah yang betul. Aku ada hak untuk tidak terima komen korang. Tapi still, jumlah itu masih boleh dijadikan sebagai kayu ukuran untuk menentukan para pemenang nanti. Maklumlah, jumlah komen yang paling banyak adalah cara untuk menentukan side contest bagi contest utama iaitu Contest Review Tak Terkalah itu.
Ya.
Aku juga akan update senarai peserta yang dah hantar artikel penyertaan mereka untuk Contest Review Tak Terkalah. Masih ada banyak masa bagi mereka yang berminat untuk sertai contest tersebut. Hari terakhir pun aku terima artikel korang semua. Cuma kalau dah lepas dari tarikh yang sepatutnya, aku tolak mentah-mentah. Ingat, kena klik G+ dekat bahagian blog aku. Bukan kat artikel pertandingan. Walaupun aku tahu nanti aku macam malas nak check syarat utama ni, tapi korang klik ajelah. Bukan kena belanja aku cendol Banting. Dan tak perlu nak persoalkan kenapa kena letak link penaja. Itu syarat yang aku tetapkan dan aku rasa ini adalah benda biasa bagi contest-contest yang pernah diadakan tak kiralah diarena tempatan atau luar negara. Benda biasa, apa kes nak bising kan? Bukan aku suruh korang terajang orang pun.
Ya. Malam ini Selangor lawan Perak. Aku geram kerana seri dengan Pahang. Tapi nak buat macam mana, Pahang bukan sebarangan pasukan yang boleh diperkatikkan sesenang rupa. Pahang juga ada maruah. Dan sejujurnya, aku tak kesah Pahang ke, JDT ke atau ATM jadi juara asalkan leh potong Lions XII pada saat-saat akhir liga nanti. Please. Jangan kasi malu.
Akhir kata, aku nak rehat. Penat handle program 3 hari 2 malam di Tanjung Uda River Resort, Setiawan, Perak. Nanti kalau ada masa, aku cerita benda ni. Tak ada masa, aku cerita benda lain.
Ps: Jalan-jalan cari makan, singgah sebentar ke kedai Cik Rosmah, Fivio masih wat wat hal kan, patutkah gua blah dari hosting itukah?
16,307 total views, 1 views today
Hutan dekat mana tu?
A’ah, bagus hutan buat apa? ..
Adaprojek besar @ balak ke ? ..
huhu
Hish, silap typo pulak dah.
Dalam hutan tu buat apa? ..
Hahah! ..
patutlaa senyap je 2,3 hari ni haha
kalau titan ni senyap maknanya ada hal la tu kan…
rindu pulak kat titan..
ehem ehem ehem
*komen jenis ni mungkin tak layak hahaha*
kenapa ambe? sakit tekak ke? ya la, mesti ada perasaan rindu kan
nak ehem ehem jugak la.. 😆
dah lama aku tak masuk hutan
stadium pun dah lama juga tak masuk
huhu
memang sengit contest tu, baru nak join 🙂
hohohohoh.. ke hutan rupanya ko.. heheheh..
aku jeles sungguh dgn titan yg menjadi pengomen kedua tertinggi tu. kim salam kat dia 🙄
itu lah, titan boleh masuk dalam list… titan dengan ahmad faizal kembar ni
sib baik skrg titan dah ketinggalan. kalau tak mau titan tu dpt hadiah drp ahmad faizal.. ahaks
hurmmm. okay, inin spame. hehehe.
Last aku masuk hutan, 4 tahun lepas kot. Lupa. Follow up program PLKN punya. Saja saja ikut nak tengok keadaan guane.
Nak g masuk hutan lagi, tapi masa mengekang. hurmm~
ko pakai jer serverfreak cam aku ni, setel
sama lah kita pakai serverfreak, hampir setahun guna alhamdulillah tiada masalah
ambe setuju, kasi tukarlah…
aku pakai datakl. juga sgt berpuashati
Selangor seri lagi bro.. The final third yang mengecewakan dari Selangor.
tadi mengharap sangat Selangor dapat kalahkan dengan Perak 2-1.. tapi seri pulak
senasib dengan terengganu petang td..seri pulak ngn pahang ni…grrr
trg ok sikit.. T-Team berat 66 tu booos! 😆
dah lama tak masuk hutan…. teringin pula menikmati bunyian di hutan….
nanti kita buat camping antara blogger nak? mesti best juga kan
patutlah tak kedengaran berita..masuk hutan
selamat kembali dari hutan dan selamat berehat.
tgh mengarang ni utk contest.
tak siap karang, save draft ah dulu
Belum join lagi ni contest review tak terkalah..sibuk dgn PRU13 lebih drpd wakil rakyat..lama rasanya tak masuk hutan jauh sekali pergi stadium melihat bolasepak kebanggaan TRW yg semakin merudum. Patutlah 1-3 hari ni…senyap sunyi je…
ramai perasan kalau cik cendol ni senyap sepi kan.. betapa ramai rindu kan mu la titan
ahahaha…makin menjadi2 pulak penangan kecendolan dia ni
apa yang cik titan ni gunakan ya..
cendol banting pon rindu dia tau..!!!
macam mana tahu ni?
tokey cendol tu call aku bgtau tadi 😆
dah lama tak masuk hutan.. dlu waktu belajar jadi komander, setiap minggu masuk hutan.. rindu nyaaaa…
memang pesaingan sengit untuk melawan komen… nak lawan titan ni …
baru keluar hutan rupanya ko..
eh kejap sy ada nampk no tel tu heee..tpi tak jelas.boleh bgi no tel tu kt sy tak heeee
woo masuk hutan rupanya ko
dah lama sangat tak masuk hutan…cendol kat sini sedap tak…
tuan, apa kata satu hari buat jelajah masuk hutan bersama blogger.
hahaha.. Sepetang bersama blogger 2014. buat kat dlm hutan.. heheheh
mesti best kan…
rupanya ramai blogger yg tercari2 titan..haha…
ramai yang rindu titan kan? cik tom pon mesti rindu
Rindu?? ..
Nak rindu apa ya dengan Bro Titan ni. 🙂
menuntut ilmu takkan sampai msuk hutan kot?? 😉
kalau tok bomoh tu, ambil ilmu dekat hutan tau
Emm masa ni belum ada lagi..nak karang ayat2 cinta buat en titan..nasib la tarikh lambat lagi..emmm..betul tu..komen pondok kecil dah dipintas..haha
pondok kecil memang hebat dalam komen
pondok kecil otai komentar!!! 😆
apa kurang nya sohoque ni.. hahaha
gua budak baru belajar. kalau salah tolong jolokkan
baru tahu kewujudan perang komen..caya lah korang…
– femes tol en.titan ni.. masuk hutan pon dapat komen banyak.. heheh
haa baru tahu ke? meh la join…. kita seorang je gegel ni
Seriously, tak tau pun pasal Contest Comment Tanpa Batasan ni sebenarnya.. & tak berniat pun nak menang contest tu.. Memang sengaja luang masa ikuti perkembangan.. Harap tak ada yang benci..
Koy ni komen jelah apa yang patut.
Tapi ikut topik la.
Malas nak berkerjar-kejar sangat. 🙂