Disamping menunggu masa rehat antara 2 perlawanan separuh akhir Piala FA 2013 ini antara Johor yang sedang mendahului Pahang (1-0) dan Kelantan yang sedang ketinggalan (0-1) kepada Terengganu, aku kasi taip sikit apa benda yang patut untuk korang semua. Terutamanya pada mereka yang hendak jaga kesihatan dan mahu gagah perkasa setiap masa.
Hari ini, kita cerita pasal Caffein/kafein. Mesti ada orang yang menganggap kafein tu adalah kopi dan bila minum kopi, kita akan dapat kafein/caffein. Betul tak?
Ok. Apa itu Kafein/Caffein?
Caffeine atau kafein adalah bahan aktif yang ada dalam kopi, coffee, coke, pepsi dan juga ada dalam ‘energy drink’.
Persoalannya, sejauh manakah kita tahu pasal caffeine ini? Kita main minum sahaja. Selamat atau tidak, tak pernah kita ambil tahu. Bagus atau tidak kafein ini, mungkin 90% daripada kita tidak pernah ambil tahu. Masa korang minum kopi setiap hari tu, pernah tak korang fikir kebaikan atau keburukannya?
Jadi, mari kita belajar dan ambil tahu apa kejadahnya Kafein ini?
1) Apa itu caffeine?
– Ia adalah stimulant. Dimana ia meransang otak anda untuk lebih aktif dan lebih fokus. (Setuju!)
2) Adakah ia menyebabkan ketagihan?
– Caffeine tidak menyebabkan ketagihan. Ia bukan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Jika anda selalu ambil caffeine
dalam dose yang tinggi mungkin anda akan alami sakit kepala, pening, sukar untuk fokus jika tidak mengambilnya.
3) Berapakah dose yang selamat untuk caffeine?
– Dose yang selamat untuk caffeine adalah 200mg- 300mg. Iaitu lebih kurang 2-3 cawan coffee sehari.
4) Wanita mengandung boleh ambil caffeine?
– Pakar mengatakan wanita hamil patut kurangkan pengambilan caffeine. Ini kerana pengambilan caffeine yang tinggi boleh menyebabkan keguguran dan kematian janin.
5) Ibu menyusu boleh ambil caffein?
– Caffeine boleh masuk dalam susu ibu. Seterusnya bayi yang menyusu boleh menerima risiko kemasukkan caffein dalam diri baby berkenaan. Kajian mengatakan ianya tidak bahaya namun jika diambil dalam dose yang tinggi akan menyebabkan bayi susah nak tidur dan ‘over active’. Ini mungkin penyebab mengapa mak bapak terpaksa tak tidur malam apabila ada bayi ajak mak bapak pergi main kejar-kejar dalam rumah. Mesti maknya terminum kopi secawan dua. Haha..
6) Berapa kandungan caffeine berada dalam diri kita?
– Dalam masa 5 jam kepekatan caffein akan menjadi separuh dari kepekatan asal. So jika anda mengambil caffeine waktu petang, malam nanti anda mungkin alami kesukaran untuk tidur. (Patutlah…)
7) Caffeine boleh diambil bersama panadol?
– Sangat digalakkan. Caffeine boleh menyebabkan penyerapan panadol menjadi lebih cepat kedalam sistem peredaran darah
sistemik. Okeh, ini tak pernah cuba lagi.
8) Caffeine boleh mencegah kedutan?
– Yup. Banyak produk kosmetik mengandungi caffeine. Beberapa kajian membuktikan caffeine dapat menjadikan kulit menjadi
lebih licin dan lembut. (Okeh, makcik-makcik sekalian! Sila minum kopi sebanyak mungkin. Haha!
9) Overdose caffeine boleh menyebabkan kematian?
– Ya, boleh! Namun kes berkenaan adalah amat jarang sekali berlaku. Kajian terbaru mengatakan pengambilan caffeine bagi
orang dewasa boleh membawa maut dengan mengambil caffein sebanyak 10 gram. 10 gram bersamaan 85 cawan sehari!
** Aku memang penggemar kopi nenek. Hehe..
Sumber: Ebook Bakar Lemak Pantas – Hafis Wasa
Ps: Sambung balik tengok bola. Haha..
9,685 total views, 1 views today
Untuk muke kome ada buleh ka?
boleh aje.
cuba la. haha
menurut kata kawan gua yg belajar mengenai Nutrition..caffein merupakan punca utama strok..dlm jangka masa panjang….huhu..ini sah entri nak pomote affiliate..heheh
kalau malas bersenam, ada caffein ke tidak..bila-bila masa leh kena strok juga.
minggu nak fina dah dekat mmg akan kerap lah ambik caffein ppas ni
Setelah foto diambil ketika sedang tertidur/terlelap di Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati tersiar….di blog rakan-rakan lain yg juga pergi ke sana. Maka empunya diri Tuan ahmadfaizal mulalah menerbitkan sebuah entri tentang kopi yang mengandungi kafein untuk mencegah daripada mengantuk. he..he..pandai Si titan ni cari bahan utk disiarkan…semoga lepas ni tiada lagi aksi terlelap diamalkan di kelayak ramai.
takde kaitan langsung.
dan untuk pengetahuan, aku tak tidur.
setelah mengambil secawan kopi yang mengandungi kafieen kenapa mata aku masih mengantuk ha
hahah same la kita… takde kesan pon untuk orang mengantuk.. kekadang psiko sendiri je tu kan
cuba try minum kopi Radix…mungkin segar skit.. 😉
katanya kalau minum ni bagus untuk stay up..bole tahan mengantuk.. tapi den kalau dah ngantuk, minum apa tetap ngantuk jugak..
tengok orang.
ada orang tak leh. tapi kalau gagah perkasa macam aku, takde hal punya. haha
sama la macam aku
tiap hari dan malam minum ni
tapi tidur boleh je kat mana2
hehe
itu bermakna memang kuat tidur.. ngaku je .. ahhaha
bukan kuat tidur..maknanya badan kita dalam regulatian yg betul dan sihat…
sekian
*backup*
gagah perkasa sangat.. tapi suka top mata..
samo la den. terutama kalau nak drive jauh. musti ngantuk punya. mainum la air apa pon. tak der kesan
kalau drive hati hati.. risau gak kan
ok, kelantan menang 4-1..haha..caffein tak leh ambil terlalu banyak..sebab itu ada had dose macam ko tulis tu..memang ada pendapat mengenai kesan jangka panjang caffein.
itulah. 85 cawan kopi sehari. aku tak pernah lagi wat rekod macam tu. 10 cawan kecik tu dah kira normal bagi aku setiap hari. haha..
Thanks for da sharing!..tak taula plak boleh mencegah kedutan..
Memang selalu yg cakap..minum kopi untuk hilangkan mengantuk. Kena saiko lah tu. Padahal yg betulnya. Kalau mengantuk bawa2 tidur sekejap. Ada masanya tidur walaupun cuma sekitar 10minit sudah cukup untuk cover mengantuk berjam2 lama nya
masalah aku kalau tido tak der nak sekejapnya. makan berejam.. hahahah
Habislah lps ñi mesti laku kopi janda… Hehehehe
tongkat ali ?? takkan kopi janda je.. huhu
Terimakasih titan, bagi saya sekarang dah jelas makna sebenar KOPI yang mengandungi kafein.
😀 Berita baik untuk peminum kopi tegar ni!
Perghh aku memang suka minum kopi. pagi2 before pergi kelas memang minum kopi huhu
Huhuhuh,isteriku tak suka minum kopi…
Aku tak minat sangat minum kopi. Kalau rasa mengantuk je aku minum, itu pun kekadang, tak hilang mengantuk pun. 😛
aku ikut mood. tak kira ngantuk ke tak, kalu aku rasa nak minum aku minum jer.. hehehehe
oo info menarik ni
Pentingya, kesan kafein atas setiap sorang mmg berbeza.
jadi, minum air masak jerlah…lagi bagus…hehehe
Emm nak berjinak-jinak dengan kopi la pulak..mana tahu boleh fokus lepas ni..hehe..terima kasih…
kafein tak ketagih pun. lain org lain tahap tahan ngantuk. ada org minum berkarton2 pun, tidur jugekk.
kafein ibu hamil yg hb rendah jangan la duk amik..nanti makinrendah hb tu..bahaya