OK. Aku buat satu contest baru. Nama contest ini adalah..
Contest Review Tak Terkalah
Berlangsung selama satu bulan.
Dan ianya tidaklah sesukar mana. Cukup mudah dan tidaklah menyusahkan korang semua. Apa yang perlu korang lakukan..
adalah..
Tulis satu REVIEW tentang blog ini. (Blog Ahmadfaizal.com)
Bukan blog Earncent.
Tajuk artikel: BEBAS.
Ikut suka hati korang.
Pemenang ditentukan mengikut kekreatifan, menarik dan mampu buat aku suka dengan ulasan atau review korang. Aku tak mintak banyak, ceritalah ikut suka hati korang. Nak cerita pasal aku pun boleh. Nak cerita pasal cendol Banting pun boleh. Nak cerita pasal kisah aku dan Ain Maisarah pun boleh. Nak ulas cerita pasal Cerita Mercedez Hitam berhantu pun boleh. Lantak koranglah. Nak kutuk aku pun takde hal. Aku tak kesah. Janji korang review blog ini.
Err..cuma jangan kutuk lebih-lebih dah la ek..
Syarat Contest Review Tak Terkalah?
Baca betul-betul.
Klik G+ blog ini. Kalau korang klik, mesti jadi warna merah. (Ada kat sidebar).
Syarat lain yang agak remeh-temeh yang perlu korang patuhi.
- Satu blog, cuma boleh hantar satu artikel.
- Tulislah sependek atau sepanjang mana yang korang mahu. TAPI aku tak kesah korang nak tulis kat berapa banyak blog. Yang penting, mesti blog korang.
- Kalau korang ada banyak blog, boleh tulis kat banyak-banyak blog. Contoh, blog kerepekkuda.com boleh hantar satu artikel dan blog muntahhijau.com pun boleh tulis satu artikel. Dengan syarat, blog kerepekkuda.com dan muntahhijau.com itu adalah korang punya. Maksudnya, satu blog leh hantar satu penyertaan. Kalau korang ada 1000 blog, korang leh hantar 1000 penyertaan. Dan sudah tentu, aku hanya pilih TIGA review yang terbaik untuk dijadikan pemenang.
- Sebarang perubahan adalah hak muktamad penganjur. Keputusan adalah muktamad.
- Artikel pertandingan itu, sila linkkan ke artikel ini.
- Pertandingan bermula pada 2 Mei 2013 dan berakhir pada 3 Jun 2013.
Tak susah kan?
Hadiah?
- RM250
- RM120
- RM50
Setakat ini, hadiah wang tunai yang aku mampu sajikan. RM300 dari poket aku sendiri. Siapa nak menaja dan tambah hadiah, boleh hubungi aku di email ini ( titan1[at]earncent.com ) Gantikan [at] dengan @
Tapi aku cuma terima tajaan bernilai RM50 dan ke atas. Kurang dari itu, aku TOLAK. Lebih dari itu, aku alu-alukan. DAN, hadiah berbentuk barangan tak kiralah hadiah domain ke, tajaan hosting ke..apa ke..topup ke apa ke. Aku tolak mentah-mentah. Pengalaman lama mengajar aku, banyak yang tak deliver hadiah dengan sempurna. Lambat aku tak kesah lagi. Tapi hilang terus dari dunia blog, itu sangat kejam buat aku dan para pemenang yang masih tak dapat hadiah untuk contest-contest yang pernah aku anjurkan.
Side contest – Comment Contest Tanpa batasan.
Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut:
- RM70
- RM40
- RM20
Oh ya, WAJIB letak senarai penaja dan penganjur. Ini dah kira syarat wajib untuk menang. Benda biasa ni kan? Takkan itu pun korang nak bising gak.
Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh Sara, Syukri Tahir, RahsiaDuitFree, IlaZainal, Blackrosehunter, dan Nuristimewa
** Aku tak paksa. Aku ajak aje. Nak atau tak nak. Terpulang. Dan korang kalah atau menang, aku tetap tak belanja korang mangkuk kedua cendol banting. Bayar sendiri.
Ps: Itu sahaja. Ada benda aku nak tambah nanti, aku tambah.
45,324 total views, 1 views today
Menarik ni..time ni la boleh nak minta titan belanja cendol cukup2…hik3…
sila join.
lu wajib join.
hehe kan.. gua ni bukanla peminat cendol, tapi bila dah free tu memang terus minat..hahahahhaa
Saya suka contest ini 😀
apa lagi.. jom join.. hadiah pun lumayan tu
owhh datin dah masuk sini!
ok nak kutok mu kaw kaw pnye..
hehehe silakan
nak tanye yang side contest tu.. komen mana-mana entri smpi 2 Jun juga ek.. macam top commenter bulanan tu?
yap. Komen aje. Jangan nampak macam spam sangat sudah la. haha..
ok ok. tak spam.. ikut syaratnya…
kalau top komen boleh serah pada DT, dia handal bab2 komen ni..
hahaha… perli ke apa ni
hahahaha aku kena panggil ezad masuk sini
mana bole panggil geng. hahaha
Gua mesti join nih. Aku nak hentam sama blog Ahmad Faizal cukup-cukup. Hehe. (Ala… gurau pun tak boleh ke? :P)
Salam sukses selalu.
jangan cakap aje maa.
sila join. cepat.
menarik contest seperti ni. ye lah kalau hadiah wang ni mudah sikit nak diuruskan =D
betul tu.. transfer saja duit dalam bank… kalau barang2 ni ada yang tak sampai la
sila join juga.
jika ada masa.
feh..feh….kene buat rview mungkin ni,..haha
aku x brapa nak kretif la bro..tp nak juga try join…
tulis aje.
ikut suka hati lu. kutuk gua pun boleh.
kreative or not, bro titan yg decide.. 😉
Nak join jadi Penaja, Boleh? 😉
leh. email gua aje.
Tajuk contest tak terkalah.. Puitis betulah Titan. Good luck semua!!
hang pun wajib join.
jangan derhaka. 😆
cam menarik je tu
sila join.
kalau ada masa.
rajinnye wat contest…
mmg stuju better xyah amik tajaan selain dr bentuk wang tunai..
experience sblm ni lepas abis contest..ada penaja lepas tgn diamkan diri..
kalau kaya memang rajin buat kontes.. nampak tak permainan di situ…
haha tu tandanya dermawan
Menarik jugak ni. Nak2 review blog tak terkalah ni..
inshaAllah, ambe masuk, tunggu idea datang dulu…balik mengundi baru ambe masuk..
bab komen tu, komen dikira bermula jumlah yg sudah ada kat sebelah kanan tu ke?
Dah lama tak review mereview rakan blogger ni,hehee rasa nak cuba je
sila join.
arahan dari gua.
aku tengah berpikir ni..nak jadi peserta atau jadi penaja..kalau jadi peserta bleh kutuk ko..hahaha
haha..suka ek korang nak kutuk gua.. 😈
sebab bagi kitorang macam sesuai je mu untuk dikutuk.. hahaha
hahahaa..tak tahan =)
lepas ni banyak la ‘ayat tak terkalah’ akan keluar.. hehe.. Good luck kepada semua yang join contest.
tu strategi dia ni..bijak!
menarik nih. sy akan pertimbangkan utk join 😉
jangan lambat-lambat ya… join perang komen pon best ni
nanti aku joinlah…syarat dia senang tak menyusahkan..
aku hari ni nampak cendol tapi tak boleh mkn..
ada pantang seminggu.. chett..
nanti aku join
baca entri ko ni selalu buat aku tersengih sendirian. aku suka.. sgt telus.. hehehe.
walaupun ayat-ayat dia agak poyo kan.. hahaha 😈
All the best untuk contest ni.. memang tidak terkalah hehe
lu kena join.
wakil blogger sabah.
saya pun berminat untuk ikut serta nie…sudah lama tidak menggunakan ayat-ayat berbunga sejak habis sekolah..
haa..apa lagi
sila kutuk gua.
time ni la sapa-sapa nak kutuk titan..haha
lu tak nak kutuk gua kah?
gua bagi peluang ini kali jah.. 😈
nak join tapi tak pandai nak review blog sehebat ini.
samalah kita,,,,, hehehe
kalau aku ada masa terluang (ayat kamus)aku join. blog aku pun tengah fikir nak buat contest ni.
lu wajib join.
jangan derhaka. 😈
nanti buat entry spesel kat hang…
g+ dulu… nanti baru buat review
review oh review
Dah G+, sekarang kena cari idea untuk mereview pula 🙂
peluang balik nak kutuk cara berhemah….heee. admin dah warning jangan lebih…nanti tak menang. good luck semua peserta kontest.
kutuk sikit sikit je.. hahaha
haha tuuu dia…titan dah buat contest…kekeke
sila join.
arahan dari gua. haha
dah agak dah dari dulu, memang dia ada plan tak terkalah, wokeh nanti kome siapkan 🙂
okeh.
gua tunggu.
Habis lah…habis lah…komen sampai bengkak la jari hantu saya nih..haha..contest review tak terkalah ni memang menarik..tapi nk sertai ke tidak, terpulang kan?En Titan bukan kisah pun saya join ke tidak..tak kesah kan?kalau saya join ke, tak join ke, makan cendol tetap kena bayar sendiri..emm nak join ke tak…join…tak..join..tak..tak join…join…emm susah2..hahaha
jangan ada komen hantu sudah… ni nak kena calit jari dengan dakwat kekal.. hahaha
Kalau ada yang komen macam hantu tak apa kan?haha
ade ke komen macam hantu…
join aje.
lu kan nak hentam gua. haha
simple and winnable haha, ak faham syarat2nya boleh cuba try test join ni 🙂
sila tulis.
dengan secepat mungkin. haha
oit ak dah lama join
peluang bola tanggung untuk mengutuk ni
haha
komen tak terkalah tu pun nak letak tajaan sapa ke cikgu 🙂
tak perlu.
makcik, lu pun wajib join. 😈
untung orang berblog ni..hehe
hmmm pantang nampak perkataan contest tu, ok nnti nk join
lu wajib join.
tak kira.
masa yg sesuai utk belasah titan…lol!
sila, sila.
jangan cakap aje. haha
Memang sangat menarik contest ni..rugi kalau sapa2 yg tak join..
entri dah siap tunggu nak publish je…
Hari ini saya kemaskinikan entri tentang review tak terkalah….
dah join dah bro…ini link aku
http://www.hairulafiz.com/2013/05/contest-review-tak-terkalah.html
Ambe dah tulis dah review utk blog tak terkalah ni..p lah baca..hahaha
http://www.hafizmohd.com/blogging/3-sisi-tak-terkalah-blog-ahmadfaizal-com/
nak kena cari idea lain dari lain ni..
100% bergatung kepada kekreatifan diri sendiri
Bila baca penulisan anjuran kontes ni dan segala macam komen di blog ni rasa macam terancam seketika jika koy tak sertai. 😉
Kome rasa perlu join juga, insyaAllah walaupun deadline exam makin hampir. 😉
Aokme rasa nak hentam habis-habis, memang selama niy keh rasa geram dengan Mr. Cendol ni. 😉 heheh ..
wat aje.
jangan cakap aje. 😈
Alhamdulillah ….
Setel jugak kerja ni.
First – dah klik G+
Second – ini artikel boleh baca dengan klik pautan commentluve di bawah ya, Encik Titan.
Saya buat review ni memang superb Ikhlas.
Hanya Allah saja tahu hati saya. 🙂
Dah ada contest bagus dan menarik sekali, 😉
nak join contest ke nak jadi penaja.
nak join contest ke nak jadi penaja
nanti..gua fikir dulu
jadi penaja pun alright juga bro…
lu jadi peserta aje.
tak best lu jadi penaja. haha 😈
Saudara Ladfe jadi PENAJA jika nak senang hidup.
Jika nak belajar erti hidup sebagai manusia, join.
hahahaah .. moga kita teruskan mempopularkan blog cik Cendol ni. 🙂
Blogger kakiblog pun ikut serta contest ini…mudah-mudahan mendapat tempias lelaki kacak.
Kalau jd penaja bole join contest tak?
so cara nak masuk contest ni hanya paste link review kat sini ye>?ohooo
dasat betullah kaki komen kat sini…hafizul vs dt vs sohoque…fuh!
hahahaha..kena ada strategi juga tu… kita cuba je
kalau aku potong camner haaa 👿 👿 ..aku gila kuasa gak muhii..
..nak joint ar contest bro kacak ni :)good luck utk semua ya 😆
hahah bole dipersilakan
hati2 cik rempit hrp dpt kekalkan..ank cik demam.go go go DT. WAKILKAN KAMI UNTOK WANITA 😉
ok ok doakan DT dapat race dengan jaya nya. hahaha
tu semua rajin tu, mesti DT potong tang corner punya…
haaa ngata den yoo..
hahahha
tak tahu lagi.. lepas ni dah start kerja.. sekarang ni penganggur bole le
Kuat betul Datin Tyka ni komen ya.
1 artikel saja dah berapa komen.
Tak boleh jadi. Lawan TETAP lawan.
haha .. macam rajin je saya nak kesini ..
dok rok boh. Aku online blog jarang jarang nok join contest mu ni. Kalu komen tuu, ada masa aku singgah macam le ni.
Next time, InsyaAllah aku join. Lagi pun aku baru je blogging. Nak kena kenal dulu baru berbaloi join. Takkan tak kenal, main hentam komen, main hentam review. berat nanang tuu.
insyaAllah, next time. 🙂
join je. baru ka lama ka.
gua tak kesah.
tulis ikut suka hati lu.
Masih dok dalam draft ni..hai…bila la nak complete dan publish..
OK, ni satu lagi yang nak kena join! Huhu
Menarik contest ko ni….best gak sekali sekala dapat bantai Encik Titan..asyik dia je bantai orang hoho..don’t angry aaa..u are my pren haha
Teringin jugak nak bantai Encik Cendol ni.
Masih mencari masa untuk ‘arrange’ dan buat penulisan yang
mengancam mata dan fikiran beliau.
Konfem sakit kepala otak nak teruskan bacaan. 🙂 haha ..
pe hal dulu dh klik G+ er..org yang ke 15 ar haaa..jap nak sambung baca syart2 pula huaa…
uik..
kat sini ar 😈
http://cahayacinta.com/review/mahaguru-contest-review-tak-terkalah.html
wah dah buat dah entri.. good luck sis
Konfem saya akan baca penulisan murni lagi lembut dihati untuk
blog encik Titan ni. 🙂
Saya terjah Cik Suri. 🙂
wah.. review… huuu
pesaing untuk komen memang buat gua stress.. hahaha jangan putus asa..
stress ke datin hua…kan dah kata pi tdok awl2 top up tenaga blaik.camner nak menang ni huhu..
hati2 jln raya yer 🙂
Nak join jugaklah…tapi masih panjang lagi ni…boleh fikir2 title apa yg patut direka. Hadiah wang tunai…menarik ni.
selamat review cik titan kita… kena kreatif supaya bole buat cik titan suka
DT dah buat entri bodek titan blom?
belum lagi.. tunggu lepas seminar buat duit dengan blog.. nak jumpa dia dulu baca hati dia.. ahahha
join bro. jgn tak join.. aku ni pon tak join2 lagi.. asyik komen jer. hehehe
ha tu la pasal.. apa kata cuba buat entri dulu.. hadiah tu lagi lumayan dr komen tau
hehehe. DT dah buat ke?
opps, sorry DT dah jawab dah soklan tu..
ok dah G+, nanti lepas seminar buat duit dengan blog, den buat entri khas untuk mu ya
pheeewwwwiiiiiitttt!!! 🙄
kenape phewit?? jangan gosip kan kami ye
masuk jangan tak masuk
jom kita masuk.. mana tahu cik titan kita nak bg s4 ke.. heeee
Saya dah siap tulis dan publish review :
http://hairulazni.my/giveaway/kisah-penggemar-cendol-banting-kekasih-hati-ain-maisarah-dan-teman-baik-maikel-yang-tak-terkalah
semoga berjaya membuat hati en titan ni ketawa…
internet tempat kerja slow, susah gua nak buat attack titan ni
teringin juga mencuba nasib ^_^
jom cuba, mana tahu nasib berpihak pada fyna kan
apa aku nak hentam titan ni eh ? hmmm 😈
haa..gua join beb.. nahh
http://beritakaki.blogspot.com/2013/05/contest-review-tak-terkalah-sisi-titan.html
perggh terus tulis… semoga berjaya bro
esok sibuk dengan konvo.. pasti tak terkalah komen den.. ahh tidakkk.. kena usaha lepas balik dri konvo..
nak hadiah untuk konvo
Saya dah join. Dah taruk entri sudah.
http://daddydee.net/2013/05/ahmadfaizal-com-supercomel-tidak-terkalah/
sempat ni buat masa cuti nanti..hehe
malam ni post aku muncul pasal kontest ni..ahaks..
ni dia.blogpost aku ha..
http://reezluv.com/2013/05/lelaki-kacak-lebih-dipercayai/
Dah join nie. valid ke.
masih valid.. lambat lagi tarikh tutup tu
dah habis exam pun tak sempat nak join~ takpelah. bagi can kat orang lain dulu~
lambat lagi… bole je join
lu pun wajib join ini contest.
arahan dari gua. 😈
Doktor Zida jon lah join.
Rugi Oo ..
Saya pun exam jugak, ajak sekali Muaz Faris ya .. 🙂
Aku dah join..ni entri permanlink aku..aku mintak ampun awal2 dlu hah hehe
http://www.akmaomar.com/ego-lelaki-kacak-yang-tak-terkalah/
Seronok jugak baca perkongsian penulisan kak Akma.
Memang apa yang saya fikirkan untuk Encik Titan, itulah apa yang ditulis kak Akma.
Moga sukses kak Akma. 🙂
Salam…
Dah publish itu gua punye entri, entri gua tarak lawa, biasa2 aje, halap lu tarak kisah itu gua punye enteeeeri..URL enteeeeri gua ada di comment recent post gua tau…halap di terima oleh encik Titan atau ahmadfaizal.
TQ gua pada lu jika entri gua diterima.
Nak tanya brooo…..comment contest tanpa batasan tu di kira di contest ini sahaja atau semuanya di kira di mana-mana saja entri bro..atau di komen entri peserta yg paling terbanyak harap bro boleh beri jawapannya.
komen kat blog ni kat mana-mana entri sahaja..
DT dah mcm PA titatn dah.. hahhah
hhahaha PA berbayar tau.. ahaha
semakin meriah contest ni….pasti sengit..
En titan yang kacak..saya dah join contest review tak terkalah ni..dekat komen luv ada artikel contest..hehe..
Serius, seronok baca perkongsian penulisan saudara Hafizul @ Pondok Kecil.
Moga berjaya dengan cemerlang dalam kontes ni. 🙂
Hari Jumaat pergi berkelah,
Pergi dengan rakan sekolah,
Contest review tak terkalah,
Tapi apapun ku tetap tak mengalah.
Wah, masuk jugak ya saudara Kamil Salleh.
Moga berjaya dengan cemerlang ya. 🙂
Contest review tak terkalah,
Tapi apapun ku tetap tak mengalah,
Janganlah membuat kita bersalah,
Kalau bersalah susah nak menyerah.
Janganlah membuat kita bersalah,
Kalau bersalah susah nak menyerah,
Contest ini boleh diterjah,
Mana tahu rezeki datang mencurah.
Contest ini boleh diterjah,
Mana tahu rezeki datang mencurah,
Kalau kita tengok memang menyerlah,
Empunya blognya semakin terserlah.
Kalau kita tengok memang menyerlah,
Empunya blognya semakin terserlah,
Pasti PageRanknya makin mencecah,
Ke tahap yang boleh dibuat sejarah.
perrgghhh.. sensasi 2020 berpantun lak daaah.. heheheh. ni aku allergic ni
ok setelah dah jumpa face to face (takdela jumpa depan2 pon), rasa sudah ada idea nak tulis ape..
ooo0. kiranya DT kena ambil mood dgn berjumpa face to face dulu la ni.. heheheh
Dah, aku dah buat dah … berjaga sampai 4 pagi aku buat ni …. sib baik aku ada tugasan sediakan lauk pauk untuk puasa wife dan mak aku, lau tak .. aku dah layan bantal dah.
Aku penat tulis … harap dibaca walaupun tak best. Aku dah G+ 20 minit tadi.
terbaekk bro
wah menarik..tp kerajinan membuat apa yg di minta..hihhhi saya jadi PEMALAS.hihihi…
Nampaknya contest ini dah ramai yg menyertai, tahniah kepada semua peserta. Kita berjuang sama2.
persaingan yang amat sihat. aku jer belum join
Alaaaa.. Nak joiiinnnn!!! Harap dpt mood b4 trikh tutup… Hehe
jom join!!!
Sudah join bro hehe
Bolehlah, kejap lagi tulis enteri….
hehe selamat mengkritik 😉
ylebbih kurang seminggu lagi untuk join 😀
tak berapa mahir la nak review blog orang ….nanti saya cuba buatkan…
Cakap banyak takde. Sbb gagal tempatkan diri dalam senarai penaja
Gua sertai contest ni.
Sila review kembali
http://ladfeamir.com/2013/05/24/contest-review-tak-terkalah/
Adoih macam2 kontes ni..Rajinlah TITAN niiiiii
siap dahh…
http://ummihanie.com/cendol-banting-tiada-tandingan/
sila pilih ibu comel ni jadi pemenang ye. *poyo sebentar
cuma lately ni ada problem sikit nak sign in Google. huhuu… depa tgh cuba selesaikan dlm bbrp hari ni. jeles ape dgn gue 😐
wah lumayan juga hadiah dia. contestant semua, semoga berjaya. 😀
mai la join kontes komen.. he he
Side contest – Comment Contest Tanpa batasan.
RM70 – Datin Tyka
RM40 – Hafizul
RM20 – sohoque
🙂
belum lagi tu.. mungkin ada orang komen last minit.. he he
tersebutlah kisah
maka aku juga sama berjoget dengan contest ni
ewah…
Yeah sebelum tarikh lupu gua submit juga tender terbuka kedai cendol lu haha
http://onlajer.com/blog/menjejak-jurus-tak-terkalah.html
dah siap!!!
http://sohoque.com/tsunami-titan-dan-contest-review-tak-terkalah/
Ini idea menarik ni. Nak buat juga la contest kat blog..hehehe
Buat, jangan tak buat. Rugi besar.
Banyak manfaatnya. 🙂
Dengan ini aku telah secara rasminya masuk contest tak terkalah ini. Semoga agenda aku diterima oleh Ahmad Faizal yer…hehe
Wah macam seronok je artikel saudara Ejam.
Nak bacalah. 🙂
Wah… Ada contest ni… Hadiah pun boleh tahan menarik…. Terbaik… 😉
tumpang join..sempat lagi kan..
http://fareastfaiz.blogspot.com/2013/06/tak-terkalah-sampai-lidah-kelu.html
ok..dah siap review untuk En.Titan…apa komen anda?
Faiz Alias, Asyrof dah baca artikel saudara pasal Encik Titan tu, & dah komen.
Terbaiklah ulasan. Doa dan harapan moga tersenarai dalam list pemenang. 🙂
Saudara Faiz, Asyrof ada buat “blogger contest” jugak.
Jika nak join boleh klik pautan link “commentluv” kat bawah nie ya .. Thanks .. 🙂
nak join jugak,,,, heee 😀 http://www.mujadafewa.my/2013/06/oh-cikgu-ahmad-faizal-earn-cent.html
dtg jenguk kot2 ada perubahan syarat and sponsor lain…malas den nak edit entry tue…dah siap schedule…
sudah selesaikah kontes titan niy ❓
lom. esok last. sempat lagi join.
akhirnya gua berjaya join
Wah, menarik je artikel YB Datin Tyka ni.
Nak bacalah.
MESTI Baca. 🙂
datang ping entry..hehe…
titan kl lu kacak..lu kena bangga dgn entri gua ni 🙂
lupa nak mention dlm entry…semua syarat dh follow..klik G+ blog bukan entry ni, update penaja,…err rs xde dah….
Lihat tajuk artikel Cik Tom membuatkan Asyrof nak
baca dengan sangapnya.
Hahah, mesti seronok baca.
Asyrof singgah dulu ya kesana & semestinya komen. 🙂
rakyat Malaysia hantar penyertaan
jangan malu2 singgah..ahahaha
Woik, hadiah duit jer? Tak de stok ‘cendol banting’ 1 bulan ker?
Saudara Ismail, Encik Titan hanya bagi duit sebab wang yang lain tengah simpan rapai nak bua restoran Cendol tak lama lagi.
Itu sebabnya beliau tak nak bagi hadiah lebih-lebih. 🙂
Nanti dah buka restoran Cendol pelbagai perisa konfem lepas ni banyak hadiah dapat kalo pegi restoran dialah.
Hahah …
Gua dah join..cendol seminggu ya..
http://www.eyriqazz.com/2013/06/mr-titan-di-mataku.html
Mr. Titan dimataku !
Konfem saya terjah kejap lagi nak baca. 🙂
lagi beberapa minit sahaja..
semoga berjaya kepada semua peserta
Aku harap aku boleh menang … tu je aku nak cakap .. hehehehe
den pon berharap bersama.. sama sama kita mengharap…
Memang contest review yang tak terkalahkan pengisiannya santai – memang best. Insyallah datang balik untuk join contest ni.
Oh aku lambat tau benda ni 🙂
wah, dah tamat ke…
[…] sahaja review merepek dari aku buat blog ahmadfaizal.com sempena Contest Review Tak Terkalah yang dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com serta ditaja bersama oleh Sara, Syukri Tahir, […]
[…] berkenalan lebih dekat dengan Maikel, anda digalakkan untuk membaca artikel-artikel di blog Ahmad Faizal.com dan blog-blog milik beliau yang […]