Haha!
Punyalah jahat aku. Siap promosi jangan join pula Blogger Contest Tanah Arab tu. Mesti sakit jiwa budak Ashrof tu. Silap hari bulan, boleh tersentap 40 malam.
Okeh.
Mari baca. Siapa Asyrof Asri ini sebenarnya??
Mamat ni dia belajar nuunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn di Mesir sana. Tak jauh. Tapi tak la dekat juga. Kalau dekat, tiap-tiap petang mesti dia leh seround dua pekena cendol banting dengan aku, kan? Jadi, untuk bagi korang mudah faham, kira jauh jugalah dari Banting sebenarnya. Aku sendiri tak faham mengapa dia nak belajar jauh-jauh.
Biarlah.
Mungkin dia ada sebab tersendiri.
Untuk lulus dekat Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah ni, bukanlah satu perkara mudah. Siap kena hafal 4 juzuk sekurang-kurangnya. Itu untuk rakyat Malaysia. Dan aku tahu, bukan senang nak hafal 4 juzuk ayat-ayat Al-Quran tu. Aku sendiri dulu pun, dapat hapal dekat 4 juzuk pun, dah cukup hebat. Tapi la ni, banyak sudah lupa. Kalau try ulang, memang ada ayat yang ingat-ingat lupa. Yelah, tidak diamalkan sentiasa. Setakat ni, paling hebat pun, 1-2 juzuk pun dah cukup bagus. Itupun kekadang terpaksa ulang banyak kali. Berjam-jam dan berpeluh-peluh juga dibuatnya.
Tahu dek Tuk Guru aku, mahu kena terajang agaknya.
Ok. Sambung balik pasal contest Tanah arab ni..
- Contestnya mudah. Tapi cukup susah pada mulanya untuk aku memahaminya. Ada 2 kategori yang berbeza tugasannya. Satu kategori promoter, satu lagi kategori peserta. Cincainya, boleh rujuk disini: Syarat-syarat Blogger Contest Tanah Arab
- Mesti ikut peraturan dan syarat-syaratnya. Aku malas nak cerita banyak. Korang ikut ajelah. Kang tak menang, jangan salahkan aku. Salahkan Asyrof. Siapa suruh wat syarat pelik-pelik. Haha..
- Boleh sertai mana-mana kategori yang korang mahu. Tapi sila perhatikan tarikh bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Jika terlewat hantar penyertaan, korang tak layak untuk menang apa-apa hadiah.
- Bagi kategori peserta, korang diberikan 3 tugasan. Sila jawab 3 tugasan itu dalam entri yang berbeza dengan entri promoter. Entri peserta, ada tugasan. Entri promoter, tugas korang cuma promosi sahaja. Tak payah mengada nak tulis lebih-lebih. Buang masa.
- Hafal satu juzuk Al-quran bermula dari surah Al-Baqarah. Okeh, ini tipu. Tapi apa salahnya korang hafal kan? Bagus apa. Untuk kebaikkan diri sendiri.
- Itu aje kot.
Hadiahnya apa??
- Jubah Morocco Lelaki / Jubah Wanita (Pakaian)
- Kismis, Kurma (Makanan Kering)
- Buku Penulisan Pertama Pelajar Mesir / eBook Penulisan Ketuhanan
- Koleksi Matawang Kertas Mesir
- Keychain Lambang Mesir
- Backlink Blog Pemenang di Sidebar Blog ini Selama Tahun 2013.
Dalam banyak-banyak tu, aku tertarik dengan Keychain Lambang Mesir. Bukan senang nak dapat tu. Tak jual kat Banting. Kalau ada satu pun, aku dah cukup bersyukur biarpun tak menang hadiah utama. Hoho..
Okeh. Panjang lebar dah rasanya ni.
Aku berhenti sampai sini aje dulu.
Nasihat aku kepada korang semua,
JANGAN join Blogger Contest Tanah Arab ini. Nanti susah pula aku nak menang. Bila kurang orang yang join, aku ada potensi untuk menang. Jadi, sila bagi aku menang dengan mudah. Haha..
BLOGGER CONTEST ini ditaja oleh PENAJA InsyirahAzhar.com, Colleen-Kawai.com, UstazImad.com, huseinrider.blogspot.com, SumiJelly.com, AkmaOmar.com, LadfeAmir.com, Azri.my dan SukaSedap.com
Ps: Okeh Asyrof. Aku dah tulis. Harap hang terhibur. Haha..
10,413 total views, 2 views today
wah dah join eh.. den tak sempat nak join ni… sat eh nnt den buat lu pnye kontes
Yang Berbahagia Datin Tyka, join ya.
Teringin nak tengok penulisan YB yang ikhlas suci tu.
Paling terbaik, join sebagai peserta yang laksanakan 3 kerja rumah tu ya.
Saya tunggu. 🙂
hah, sila. sila..
Banyak yang invite join contest macam2.. Tapi tak berapa nak sihat pulak 2, 3 hari ni nak menaip entri2 kontest.. Usahkan entri kontest, entri blog sendiri pun tak terupdate..
Saudari Rosmiza, banyak lagi masa boleh join kontes saya ni.
InsyaAllah yakin saudari boleh buat dan buatlah sebaik mungkin macam peminat Cendol ni ya. 🙂
Apasal nama penaja tu mcm tercantas sikit.
Haha..rasanya ni first time kot Bro join contest kan..kan
tajuk entri betul2 buat kontroversilah…
mana ada kontroversi.
gua hantam aje.
ammboi cenggitu pulak.ni yang maikin nak join ni….haha
Saudara Afif, apa lagi? ..
Join ya. Jangan tunggu lama-lama nanti IDEA nak komen blog saya terlepas.
Lain kali memang takde masa dah nak komen-komen.
Ini waktunya. Koemn terbaik akan dapat Hadiah then boleh suka suki nanti ya. 🙂
tu niat aku sebenarnya.
haha..
| PERHATIAN kepada Peminat Cendol Banting |
Perhatian – Bermula ayat “Haha” membuatkan saya terhibur dan tergelak besar.
Perhatian – Ayat memang kontroversi, nasik baik saya bukan artis or Menteri, kalo tak – hari ni jugak masuk Court.
””””””””””””””””
First of All,
Like & love this article. Yes, its
the best writing i look.
You are very smart in your dream. 🙂
Dan paling terbaik, promote kontes saya ni dalam “Category Ulasan & Kritikan”.
Pergh!! … Dasyat habis memang tak takut kena saman ni.
Hahah! .. artikel maybe dah nampak ia duduk dikedudukan mana dalam senari pemenang.
”””””””””””””””””
Perhatian juga …
Sama-sama kita doakan moga ..
Saya diberi hidayah oleh Allah untuk menilai
Bro Titan sebagai pemenang.
Dan doakan juga moga pemenang no.1 adalah Titanh jika
diizinkan Allah.
huhu .. Thanks for this participation.
Congrats! i like this promotion .. 😉
Nampaknya tuan kontest sudah mula jatuh chenta sama ini artikel promosi..
mmg mencengkam jiwa betullah entri ni =)
Saudara Hafiz Mohd, jangan risau.
Sebab artikel penulisan pakwe Ain Maisarah ni masih lagi ada saya tak puas hati sebagai PENGANJUR.
Jadi, banyak peluang besar yang saudara Hafiz boleh korek dalam-dalam. heheh …
Saya tunggu ya. 🙂
apa punya tajuk jangan kalau bahasa jawa jangan itu sayur maka maksud yang sesuai untuk kau, “kalau korang tak masuk sayur sahaja aku nak menang!”
hahahhaha… titan blh blaja loghat jawa dgn bro onlajer..
mu ngoyat gapo nehh..
hahahah.. tubik doh jawo titan tuuu
Tarikh tutup bila? Berkenan kat jubah tu weh.
Prof Hariz, tarikh tamat 1 Julai 2013. 🙂
Baik sertai segera sebab mudah saya sebagai PENGANJUR menilai hasil tugasan peserta.
Kalo boleh ambil kategori join kontes. Sebab promosi kontes hanya tingga 3 hari saja lagi nak join.
Nak join pun boleh, tapi lebih baik join sebagai yang membuat kerja rumah lagi bagus dari duk promosi kosong.
Kalo artikel sedap macam cik cendol okay jugak …
Apapun serius, kalo nak buat artikel promosi ayat mesti gempak. Baru dapat hadiah lumayan.
Kalo tak percaya, tanya pakwe Ain Maisarah mi.
Ni mmg tak boleh blah punya tajuk…psiko betul 😈
psiko celah mananya weh?
gua cuma suruh lu orang jangan masuk aje. haha
tergelak-gelak ak baca entri hang titan sempoi, haha tungguuuu ak datang jugak
Saudara Khairul Zamri, saya tunggu penyertaan anda. 🙂
Saya exam jugak tapi tanggungjawab Kontes MESTI dilaksanakan.
Baru dinamakan Mahasiswa ada softskill kan? ..
hihi ..
buat ajelah.
jangan tunggu aje.
cik tom mmg dah pergi baca syarat contest saudara asyraf sblm ni..teringin nak join..tp skang ada fokus hal lain dl..setel maybe akan proceed..
masuk ajelah.
support member.
aku support nanti
insyaAllah bakal join esok lusa kategori promote kot
hafal surah baqarah? pecaye tak sy dah hafal.. tp byk igt2 lupa.. adoii… dulu masa form 1 masuk prtandingan hafazan peringkat negeri, mmg wajib hafal juzuk 1 baqarah.. alhmdllh menang pula 🙂
Asyrof, kira sy valid la klu nk blaja kat mesir ek? 😉
perrgghhhh.. suarh albaqarah.. pjg tuuu
gua kalau org kata jangan lagi mau join.. hehehehe..
en titan menggunakan reversed phsycho dlm tajuk entri.. hehehehe
dok berape nok pahang la terma dan syarat kontes ni huhu
Tahniah..menang kontest tanah arab bhg promosi..he..he…terbnaik la bro…