Jawab dengan jujur.
Korang rasa, Khairy Jamaluddin ni ada peluang atau tidak untuk jadi Perdana Menteri Malaysia pada 10-20 tahun yang akan datang?
Kalau kita lihat sejarah, siapa yang jadi ketua pemuda BN..
biasanya akan naik, naik..dan naik jadi Perdana Menteri.
Dan biasanya mereka akan pegang Menteri Belia dan Sukan, Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan.
Jadi, mamat ini ada peluang atau tidak selepas Mukhriz?
Peluang tu ada.
Tapi benda ni susah nak jawab.
Tapi secara jujur, antara yang panas dan pedas bila menjawab adalah Khairy Jamaluddin. Jika masa itu BN masih lagi memegang tampok pemerintahan negara. Jika parti lain, itu cerita lain. Selain itu, dia berani. Berani bersuara. Bukan senang nak cari orang macam ini. Dan kini, ayat-ayat yang beliau utarakan nampak lebih matang sikit kot berbanding dulu.
Apa pandangan korang?
Dengar cerita plak, dia jadi Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, kali ini. Wahh!
** Walaupun kadang-kadang tekaan aku selalu salah, tapi banyak juga yang tepat bila masanya tiba.
Ps: Nak turun tengok bola ke tidak. Aku tengah malas betul ni..
6,686 total views, 7 views today
jujur…dayah suka sangat dengan KJ.
kalau tak sebab dayah nih bini org, dayah sanggup aktif politik untuk mendekati KJ seterusnya mengorat KJ seterusnya ada harapan jadik isteri perdana menteri satu hari nanti..hekhek..
jujurnya…yup…
dayah rasa KJ ada peluang.
dayah harap dia jadik PM.
betul dia berani bersuara.
betul dia hensem…
hehe..
nampak kegatalan dayan di situ…. tapi kejujuran dayah memang benar,.. KJ memang layak jugak sebenarnya
gatal….?
hahahaha……………
sikit je la DT bole nampak…
wah dayah… 😛
pandangan jujur sangat …katanya…
den rasa tak layak, yang layak adalah cikgu titan…
cikgu titan menteri teknolgy dan komunikasi.. 😆
tak tak, menteri kewangan kot.. bole naikkan ekonomi dan dapat duit banyak.. heeee
ada peluang tu, generasi pelapis..
Entahlah..kalau dari BN ni tak berapa nampak lagi..tapi kalau ikut sejarah memang mcm tulah..jadi ketua pemuda, ada peluang jadi PM.
aku tak reti nak teka
tapi khairy nampak lebih bijak bertutur sekarang
susah nak ramal selagi amalan politik yang tenat dan mengangkat politik lucah sebagai modal.. 😥
so far KJ tak fikir lucah.. ahhaha
difikirkan balik, yang sebar lucah ni penyokong parti itu, sedangkan pemimpin parti tu tak tahu ape2…. ye la kot.fikiran sedniri je
so that why aku kata bergantung kpd amalan politik. kalau ada puak yang set up kan khairi dengan kelucahan, pasti sedikit sebanyak terjejas. aku tak kata kahiri. aku jawab soalan titan jer.. 🙄
Peluang tu terbuka buat semua orang termasuk encik titan.
Emm muda lagi dia ni..ni kali pertama dengar dan tengok wajahnya..haha..teruknya saya..
KJ nie lebih interaktif dalam sosial media…. memang kena dapat portfolio kementerian penerangan tue….
kenapa ya si khairy ini belum ada gelaran
Nampaknya dia dah jadi menteri belia dan sukan. harap bola sepak ada la perubahannya.
KJ jadi Menteri Belia dan SUkan… harap dapat buat program untuk orang gemuk dan boleh jadi kurus.. perghhh.. memamg eden orang pertama masuk la program tu…
nmpak mcm ok jugak KJ nih…biar dia ubah sikit fam tuh..
bagi aku pelapis akan datang utk jadi PM adalah mukhriz dan juga kj TETAPI itupun kalau BN terus memerintah lah
Bicaranya sungguh matang lebih matang dari PM dan Pak Ali.
Memang KJ ada harapan. Jangan timbulkan isu yg bikin rakyat meluat sudahlah
Berkemungkinan..
Allahua’lam.
Allah Maha Mengetahui rahsia manusia. 🙂