Ada beberapa soalan yang ditanya oleh mereka-mereka yang cukup rajin di facebook.
Mungkin sebab diorang tak dapat jawapan dan mungkin jawapan yang mereka dapat tidak berapa memuaskan. Aku akan cuba jawab walaupun aku tidaklah tahu sangat tentang apa yang mereka tanya.
Prinsip aku bila orang bertanya.
Aku akan cuba jawab dengan segala pengetahuan dan pengalaman yang aku tahu. Kalau aku tak tahu, aku kata tak tahu. Kalau aku tahu, aku jawab serba-sedikit yang aku tahu. Jawapan aku bukan muktamad. Korang boleh pilih untuk ikut atau tidak. Itu terpulang pada kebijaksanaan korang. Jangan jadikan kata-kata atau ayat-ayat kacak aku sebagai kata pemutus. Ada kalanya, jawapan yang aku bagi itu tidak tepat. Mungkin juga tidak sesuai untuk zaman sekarang. Maklumlah, aku tulis blog dah lama. Kekadang, jawapan yang aku bagi memang old skool habis. Sampai satu tahap, kena terangkan banyak kali. Barulah budak-budak zaman sekarang boleh faham dan tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Ahh, korang faham ke tidak. Korang pepandailah fahamkan juga.
“Macam mana nak buat duit dengan Jomniaga?”
Ok. Ini salah satu soalan yang aku pilih untuk jawab. Ada 2,3 orang tanya soalan yang berkaitan dengan program Jomniaga.
…..
……
Ini jawapan aku.
Jomniaga, lebih kepada satu pusat atau center yang memperkenalkan banyak program affiliate di Malaysia untuk pasaran tempatan. Tapi oleh kerana kebanyakkan produk adalah ebook atau panduan yang boleh didapati dengan hanya perlu dimuat turun(download) sahaja, jadi, ia bukan lagi pasaran tempatan. Tetapi pasaran global. Orang melayu kat Alaska yang dapat talian internet masih boleh mendapatkan produk yang korang promosikan itu.
Jadi, pilih mana-mana satu program affiliate di Jomniaga. Dan promosikan.
Sudah tentu korang kena daftar dulu di Jomniaga. Ya, pendaftaran di Jomniaga agak merumitkan. Korang kena letak banyak informasi tentang diri korang termasuklah letak no. mykad korang.
Bukan apa, Jomniaga bukan sebarangan punya program. Mereka kumpulkan banyak program affiliate yang selama ini bergelak secara solo dan berkampung dalam satu center yang sama. Jadi, ini memudahkan tugas korang yang hanya perlu memilih mana satu program affiliate yang korang minat dan menguntungkan untuk dipromosi. Nasihat aku, pilih sekurangnya 10 program yang korang yakin korang mampu promosikan. Kalau tak mampu, pilih satu program dan mahirkan dulu. Dah mahir, baru berpindah ke program yang lain.
Contoh, korang join program affiliate tentang Pelaburan Hartanah. Pilih satu program. Dan daftar. Proses pendaftaran dah dimudahkan dengan hanya perlu klik beberapa kali sahaja. Tak sampai 1 minit, korang dah daftar program affiliate yang korang minat di Jomniaga.
Lepas itu, tugas korang hanya promosikan sahaja. Tulislah artikel berkaitan hartanah yang korang tahu dan dapatkan sedikit informasi dari salesletter program affiliate tersebut. Dan kalau korang nak promosi diblog ke facebook ke atau mana-mana pun boleh. Kalau rajin promosi dari mulut ke mulut pun boleh. Kalau nak tampal flyers kat pondok telefon pun boleh. Kalau nak edarkan flyers kat kereta orang pun boleh. Ia masih salah satu promosi yang berkesan selagi ada sales terhasil.
Yang penting, jangan putus asa dan jangan MALAS BUAT KERJA!
Ok. Itu sahaja cara nak buat duit dengan Jomniaga. Harap boleh faham.
** Kepada yang belum daftar dengan Jomniaga. Daftar disini. Sekejap aje. – Daftar Jomniaga.
Ps: Kepada yang dok tanya tu, aku harap korang boleh baca dan cuba fahamkan. Tak faham, tanya diruang komen. Ramai rakan-rakan yang dah berjaya dengan Jomniaga akan tolong jawabkan.
7,937 total views, 1 views today
sangat bermanfaat nasihat ni.
bro lu pergi jomniaga summit tu ke? nampak nama lu atas sekali dalam list
eh, ada nama gua kah?
mana? mana?? 😯
kalau malas.. semua kerja tak jadi..
ikutlah gaya en. titan.. sentiasa rajin mencari rezeki
pembetulan.
gua sebenarnya pemalas dan memang malas.
gua CUMA buat kerja sahaja.
tahap kerajinan saya mempromosi Jomniaga belum lagi memghasilkan jualan..jadi saya perlu lebih rajin dan lebih bijak lagi.
tak perlu rajin.
yang penting, mesti buat kerja. 😈
Tak jalan lagi nak promote2 nie… Buat kat fb je… Dapat la sikit… -_-
Aku dah join lama tak tak buat kerja lagi..sungguh pemalas..
kalau malas wat kerja, kira normallah tak dapat apa-apa. haha..
benda dah siap, buat kerja jer =)
jomniaga, jom cuba hahaha
Buat kerja dpt duit dgn jomniaga.En Titan …gua nak tanya, bagaimana dia kira kita ni boleh dpt itu komisen, sbb saya dah hampir 6 bulan daftar tapi belum dpt apa2, walhal ada yg klik iklan kita. Ke kena daftar y kah?g jenis premium vendor
yang daftarkah atau macam mana? soalan lu gua tak berapa faham. Kasi pencerahan sedikit.
dia ada pay per lead. Daftar aje. Dapat RM2. INi untuk pendaftaran jomniaga aje.
Yang lain, klik tak dapat apa-apa. Kalau ada orang beli produk yang kita promosikan, pembelian itu valid, baru ada komisen. Takde yang beli, takdelah komisennya.
sy ni dh dftar tp lum rajin mempromosi lagi…koesep mmg dah fhm…huhu… bilalah nk rajin… nk duit sgt…huhu
malas dan tak buat kerja
macam mana?
tengah belajar jomniaga ni
Terima kasih bro,saya ada juga akaun di JomNiaga ni,tapi buat masa ini belum ada earnings lagi..
gua nak pakai teknik flyer tu bole daak?haha
puteri dah mendaftar dan mula buat kerja. Harap adalah rezeki dapat komisen nanti 🙂
ooooooooooooooooooo…
aku nak daftar dulu..baru aku paham ape yg korang gosip kat sini
ingat tu jangan malas buat kerja, join saja tapi tak promot buat ape kan? haha
kalau malas cne???
jom berniaga jomniaga.. 😯
Rasanya buat permulaan mungkin tumpukan satu ebook dulu sebelum gerak gempuk 10 sekaligus…fokus peringkat awal penting kan…
Ingatkan ada cara-cara rahsia atau gerila Titan nak share… 🙂