Malam ini aku nak cerita pasal benda-benda yang menyihatkan badan. Asyik cerita pasal duit aje, cerita pasal duit aje, bosan juga kan? Haha..
Ya, semua orang mahu kuruskan badan. Tapi berapa ramai yang tahu cara kira kalori, apa itu pembakaran kalori dan bagaimana cara untuk bakar kalori??
Jadi, pada kali ini aku suka nak kongsikan beberapa fakta tentang “pembakaran kalori”.
Jom kita per satu per satu perkara berkaitan ‘pembakaran kalori‘.
1) Untuk membakar lebih kalori, pergerakkan harus dipertingkatkan. Ia telah diakui oleh Barry M. Popkin,
PhD, University of North Carolina, Chapel Hill. Jadi, pada mereka yang malas bergerak atau rajin dok depan laptop sambil berbaring, gerak-gerak la sikit.
2) Latihan senaman yang lebih tinggi intensitinya, lebih tinggi pembakaran kalori. Ia diakui oleh Christopher Wharton, PhD, Yale University. Ya, aku sendiri dah alaminya. Sangat terbukti.
3) Bagi golongan obesity, cara terbaik untuk membakar kalori adalah dengan melakukan senaman jalan kaki 10,000 langkah
setiap hari. Ia diakui oleh George Bray, MD dari Pennington Biomedical Research Center in Baton Rouge.
4) Sauna tidak membakar kalori yang banyak. Kalori dibakar bertujuan untuk menghasilkan tenaga. Tenaga diperlukan untuk melakukan pergerakkan. Duduk sahaja dalam peti panas sudah tentu tidak membantu pembakaran kalori yang banyak.
5) Pembakaran kalori lebih hebat dengan melakukan latihan bebanan (workout). Pertambahan sel otot pastinya meningkatkan
lagi metabolisma diri anda. Ia telah diakui oleh School of Nutrition and Exercise Science at Bastyr University.
6) Caffeine dapat membantu diri anda meningkatkan pembakaran kalori. Ia bertindak dengan meransang kadar metabolisma diri
anda. Pengambilan 250mg caffeine sehari dapat meningkatkan pembakaran kalori sebanyak 10%. Ia diakui oleh amie Pope, MS,
RD, LDN, a nutrition lecturer at Vanderbilt University School of Nursing.
7) Berdiri membakar lebih kalori daripada duduk. Berjalan membakar lebih kalori daripada berdiri. Jadi sentiasa pastikan
diri anda bergerak kesana kemari. Aktifkan diri anda.
Kalau korang semua malas, tak ada apa nasihat dari aku. Malas-malas aku pun, itu tak bermakan aku tak pergi bersenam setiap hari. Sebolehnya aku nak hidup selama yang boleh untuk jaga mak abah dan adik-beradik aku. Bukan senang nak hidup sihat dan tidak sakit sentiasa. Kena plak aku ni memang macam senang aje dapat demam memanjang.
** Ingat sihat sebelum sakit tapak kaki. Itulah, siapa suruh terjun tingkat 6 hari tu.
Sumber: Ebook Bakar Lemak Pantas – Hafis Wasa
Ps: Sila rajin-rajin bakar kalori. Terutamanya geng-geng makcik-makcik. Tegur sikit aje, melenting aje kerjanya..
11,604 total views, 3 views today
antara perkara yang saya suka baca…kesihatan
Hahaha, badan pun dah mula naik sekrang… proses menurunkan berat badan 🙂
apa ni komander, dah dah pergi training.. haha
hang muda lagi. susah nak naik.
ayat last ko tu..ko tegur makcik mane?haha
mana-mana makcik yang terasa la.
kalau nak tegur makcik2
kena puji dulu la, bro
puji 2 kali, tegur sekali
2 kali mana cukup. 10 kali sekurang-kurangnya. tapi bila tegur, mesti kaw-kaw punya. Maklumlah, ada peluang sekali aje. haha..
OO yer ker.. Thanks dengan info ni..
kesihatan tu mahal.. sbb tu gua ambil insentif naik public transport.. ni klu gua drive msti nak gerak 5 inci pun malas.. setidak2 bila naik public ni gua kena la jalan kaki ke tempat ‘kutip’ orang
setuju. sila kesian pada kaki. kaki terpaksa menahan berat badan yang berlebihan setiap hari. kekadang, masalah orang badan besar ni..dia tak kesian dengan kaki diorang sendiri. Sebab tu..ramai gak orang yang ada masalah berat badan ni, akan ada masalah pada kaki mereka juga..
mmmm.. cam aku jer org tu… 😳
den balik kerja jalan kaki.. tapi tak sampai 10000 kaki.. xpe kurus bole perlahan lahan.. yang penting azam kuat
Jom jogging..lepas tu bro belanja cendol..Ok tak bro>?
sesuai. dengan syarat, kena wat senaman berat sikit dulu. baru leh recover bahan bakar yang dah hilang tu. semangkuk takde efek sangat. haha..
Sekarang ni bro..hebat dengan artikel kesihatan pula..setelah pulang daripada seminar. Artikel tentang, kopi(kafein) dpt menegangkan kedut muka, tip lebatkan rambut, sekarang ni tentang kalori pula. Sudah jadi pakar kesihatan pula. Lepas ini bolehlah buat blog baru tentang niche kesihatan pula. he..he…
dah aku belajar dalam bidang ni juga.
tak salah aku tegur benda yang sakit dimata. haha..
untuk kebaikan bersama.
Rasanya jogging adalah aktiviti yang paling baik untuk membakar kalori. Semua doktor atau pakar kesihatan selalu menyebut bahawa jogging memang aktiviti yang amat baik untuk menjaga kesihatan kita.
jogging aje tak cukup. tapi lebih baik daripada tak ada.
Jadi, jgn malas..sbb malas musuh no 1 nak bakar kalori ni.
masalahnya, ramai orang kita ni pemalas belaka. 👿
Takde masa nak bersenam tapi gua tengah usaha untuk pumping atau push up lebih 100kali. insyaAllah
perrggghhh.. lbh 100 kali bro. mantap ar
buat aje mana yang kita mampu maa.
rasanya joging lebih membakar lemak huhu
Jogging tak banyak sangat. Lebih baik lari pecut. Jogging 30 minit tak bakar banyak kalori. Kalau hang lari pecut, lebih banyak kalori terbakar walaupun cuma dalam 5 minit. Haha..
good info bro…
berenang juga bagus utk pembakaran kalori. ini disyorksn oleh nabi saw. berenang blh dibuat oleh membolehkan bila masukkan ke dlam sistem
yap. Berenang antara yang baik untuk bakar kalori selain jogging, berenang dan lari pecut.
Emm saya banyak berjalan kaki jer..kat tempat kerja kesana-kemari..megalahkan mak cik tukang kebun..hehe
Takpe.
Sekali-sekala apa lah salahnya.
untuk sesiapa yg tak berapa rajin nak baca apa yg en titan taip pepanjang ni, kesimpulannya ialah beli la Ebook Bakar Lemak Pantas – Hafis Wasa kehkeh 😛
Yap. Beli ebook tu.
Memang sangat membantu.