Hari ini hari jumaat.
Aku tak nak cerita pasal tips buat duit dengan blog dari seminar denaihati lagi. Esok lusa tulatlah kot aku sambung.
Tadi aku pergi masjid. Orang perempuan mesti tahu kenapa, kan?
Dan aku pun ada dengar khutbah.
Tajuk khutbah jumaat hari ini adalah tentang wakaf.
Best gak. Siap ada persembahan slide lagi tu. Memang hilang tumpuan. Nak tengok muka khatib ke, nak layan slide yang warna-warni tu.
TAPI
bila aku fikir balik. Bagus gak idea letak slide how kat depan tu. Besar punya skrin putih dia. Sampai saf belakang masih boleh nampak kecualilah korang rabun dan lepas tu korang mengada tak nak pakai spek mata. Itu memang tak nampak la.
Jadi, sila pakai spek.
Aku dah try tadi. Memang tak nampak kalau tak pakai spek.
Maklumlah, aku memang rabun jauh.
…
Tadi, aku dapat surat. Ada orang nak bagi duit. Juta-juta punya.
Assalamualaikum,
Hari demi hari berlalu dan saya tetap seperti dulu dengan kondisi ini dan doktor juga memberitahu yang saat itu semakin dekat.Tiada apa yang tinggal hanya lah sedikit eset untuk bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan juga allahyarham suamiku semandangkan kami tidak juga mempunyai pewaris.
Sebagai manusia kita tidak lari dari membuat kesilapan.Insyallah dengan sumbangan yang sedikit ini disalurkan dengan betul dapat lah melapangkan dan mengalir lah sedikit pahalanya kedapa kami insyallah.Dengan jumlah dana simpanan kami sebanyak £ 2,000,000.00 (dua Juta Great Britain Pounds) ini saya akan memberi kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal selebihnya sehingga ianya dapat dipindahkan kepada pewaris saya yang amanah dan bertanggungjawab demi menunaikan niat saya dan arwah suami saya untuk membantu projek amal kepada yang memerlukan.
Semoga allah swt memberi petunjuk dan bersama-sama kita……Amin…
Sekian,
Norfatimah binti Othman
OK!
Kepada cik puan yang tengah nazak nak mampus ni, sila-silalah cari mana-mana masjid yang berdekatan dan sedekahlah kat sana.
Harap maklum.
** Aku memang dah menyampah dengan email macam. Dari tahun 2003 lagi aku dapat menatang macam ni.
Ps: Nak bagi duit, tapi no telefon anak dara tak bagitau. Camana aku nak layan. Huh! Abang Ensem pun sakit jiwa kalau dapat surat macam ni.
10,324 total views, 2 views today
sorry.. sorry.. bukan saya yang hantar email tu… hehehee
jangan risau. gua tak pernah syak lu.
Betul tu bro 🙂
comelnya baby tu…
agaknya dia orang guna google translate or memang orang malaysia yang buat?
entah. dari dulu lagi dah macam tu.
hahahaha… bagus punya surat.. dua juta woooo!!! rugi la lu tak hambek bro.. 😛
takpela. bagilah pada mereka yang lebih memerlukan. gua ada tulang 18 kerat yang boleh gua usahakan.
Kalau betul email yang ko dapat tu dah kaya raya dah..xpyh buat blog..hahaha
tak. kalau betul dapat, gua sumbat aje dalam ASB dan tabung haji. dan gua memang pasti akan tulis blog punya. Jangan risau.
tu dia laa…kalau dok kesian ke dia…abis duit kita nanti di kikisnya..
Modus operandi yang memang same je kan dari dulu…..
tu la. lenkali, letak la nombor telefon anak dara dia ke. bersemangat gak aku nak reply email dia.
Memang dari dulu sejak gua blm ada blog lagi..siap hantar kat email kilang lagi. Tapi tak mati-mati pun smp skrg
dah beranak pinak. mati sekor. beranak lagi sejuta. Itu masalah umat akhir zaman ni. huu..
Hehehe..bagus cadangan en titan nih..sedekah jer kat masjid..senang..tak yah nak taip emel..hehe..
Sejak pakai Gmail, dah lama tak dapat email camtu. Time pakai Yahoo dulu, hari2 dpt…adehhh.
dia hantar surat je ke, bro?
bagus juga kalau diselitkan sekeping dua duit rm100
kan?
kalau ada, gua senyap-senyap. takdenya nak cerita dengan lu orang semua. haha
ramai juga yang cair dengan ayat-ayat kacak itu…kesian kepada mereka yang tertipu.
nak wat camana, kita yang kena lebih bijak sekarang agar tidak mudah ditipu.
mmg bagus idea tu.. elok sangat bagi kat masjid atau buat wakaf . he.he.he….
hehe.
betul tu. hehe..
Ayat tu tak kacak bagi gua… Hahaha… Nak menipu tak beragak… Tapi dalam kajian – dari 1000 penerima may be ada 1 yang terkena…
bukan sorang, berbelas paling kurang.
baik kak fatimah tu kan
baik ada makna tuuuu.
setuju dengan cadangan tuan.. sedekahkan saja
yap.
sedekah aje.
bila nak insaf entah geng2 scam email ni…huuuh
bukan aku jg yg hantarnya tu….
mungkin org tu hehehe
hehehe..aku pun selalu dapat email macam ni..kalau ikutkan dah lama dah jutawan..hahaha..tapi gmail bagus..direct masuk spam box..hehe
dia x ada bg no or email peguam dia ker???? 😆