Aku baru aje habis meeting tadi.
La ni, baru dapat balik. Ingat nak tidur kejap. Sekali baru terperasan ada orang mesej suruh turun Seksyen Tujuh, Shah Alam.
YA.
Memang tak berapa larat.
Nak pergi ke tidak?
PERGI.
Tak.
PERGI.
Tak.
Google jap. Jumpa. Maklumlah, dah lama tak turun. Jalan nak pi sana pun ingat-ingat lupa. Yelah, aku bukannya muda macam dulu-dulu. Tapi tetap masih gagah perkasa dan kacak laksana.
Apapun, kalau ada aku petang ni. Adala..
Kalau tak ada..
Sila cari aku..
DALAM mimpi.
Channel 770011.
Insya-Allah. Jumpa kalau diperkenankan.
** Soalan dari aku. Siapa yang menang kat Shah Alam semalam?
Ps: Mood mengantuk. Akibat melayan keputusan PIlihan Raya Umum ke 13 (PRU13) malam tadi punya pasal.
8,037 total views, 1 views today
Emmm buat apa turun S7? ada perbincangan PRU lagi ke?hahaha
CHANEL 770011 saluran titani 😀
shah alam pas menang, hehhehe
aku tak dapat la nak ikut
[ada orang ajak ke]
hehe
jauh dan aku masih ngantuk
nak tidur awal malam ni 🙂
ada apa seksyen 7 tu?
saya suka no..7
Moga jumpalah tempat tu
p.s. jawab soalan:Khalid Samad menang
wah sibuk betullah dah macam yb..
apa ada dengan seksyen 7?
ada kekasih hati nya.. 😛
So teori menang 101 % itu tidak jadi kenyataan….. hehehehehe
nak gi dating kot…hehe…
nampaknya titan dah ada kekasih di shah alam
Wah.. Ada Channel 770011. Nak try tekan dekat remote astro. Wakaka.
aku kalau bahagian seksyen2 ni aku main redah je haha bila tak tau jalan mula kalut tanya orang kat stesen minyak
shah alam ni memang ramai bole sesat.. sebab kedudukannya tak ikut turutan.. seksyen 1 sebelah dengan seksyen 7… seksyen 14 berdekatan dengan seksyen 4.. tu yg ramai confuse
14 tahun yg lepas..seksyen 7 ni masih lagi kawasan yang belum berpenghuni
betul… dlu seksyen 7 tak ada ape ape pun.. cuma rumah biasa saje
den seksyen 4. dekat da.. contact je bole bg instruction
seksyen 7 tu antara seksyen 6 dan 8 kan? kan? kan?
tak de la.. seksyen 6 dengan seksyen 8 bersebelahan je.. seksyen 7 lebih dekat dengan seksyen 1 dan seksyen 3…
mesyuarat agung ni, tuu pasal kena turun shah alam. Sebab PAS menang ko?
sekali baca post ingat nak belajar kanun apa la tadi..hehe 🙂
siapa yang sesat di Shah Alam, bole contact den.. sebab sekarang dah kerja Majlis Bandaraya Shah Alam. kena tahu segala tentang Shah Alam
Oooo okay, nanti saya kesana.
Saya call Datin Tyka k .. 🙂
Try cari channel tu.. Moga diperkenan..