Haha.
Setelah hampir setiap hari mengebom PM facebook Advertlets agar minta bayaran hutang yang dah tak bayar-bayar dekat tertunggak hampir 2 tahun, akhirnya aku dapat balik bayaran komisen yang entah dah kali ke berapa dari program Advertlets.
Bayaran ini melibatkan bayaran sebanyak 4 bulan. Kumpul-kumpul, dapatlah sebanyak mana yang korang dapat lihat kat gambar dibawah ni. Tak banyak, tapi kalau nak belanja mak aku ikan bakar dengan benda-benda sedap, aku rasa cukup duit banyak tu. Bakinya, leh makan cendol banting. Hoho..
Sebenarnya, aku dah dapat semalam. Pihak Advertlets dah hantar mesej yang duit dah transfer. Mungkin akan floating. Semalam aku semak, memang tak masuk lagi kat akaun bank aku. La ni, baru beberapa minit lepas, aku perasan, duit dah bertambah. Ini bermakna, ada duit masuk. Mungkin Advertlets punya, mungkin juga tidak.
Tapi bila tengok jumlah, ya. Ini memang Advertlets punya.
“Apapun, terima kasih Advertlets kerana bayar hutang gua!”
Sekurangnya, depa bayar walaupun lambat gila.
Dan secara rasminya, aku dah tak pakai iklan Advertlets kat mana-mana blog aku selepas ini. Cukuplah dekat 2 tahun “menderita” macam ini. Ya, masih ada baki dalam 40 ringgit lebih dalam akaun aku tu. Tapi biarlah dulu. Kot-kot tetiba ada perasaan nak letak iklan diorang balik, aku letak. Setakat ni, belum terbuka lagi. Tertutup rapat lagi..
Nasihat dan tips aku, bagi sesiapa yang hendak buat duit dengan blog. Selidik dulu sesebuah syarikat atau program yang hendak korang cuba. Cuba kenali siapa dalang disebalik syarikat itu, siapa yang menguruskannya, boleh dipercayai atau tidak, rekod yang bagus, lebih kacak dari aku atau tidak dan yang paling penting..diorang pernah makan cendol ke tidak.
Ps: Wokeh la. Ahad ni balik Banting. La ni..joli-joli dulu kat sini..
13,687 total views, 1 views today
bestnya.. tapi blogging kene mantaplah jika nak syarikat2 bsar gunakan khidmata kita..
memanglah.
kalau tak, jangan mimpilah diorang nak upah kita. hoho
Yang bawah sekali tu gua memang tengah buat 😛 .. selidik pihak syarikat tu dulu, gua taknak kena tipu macam lu.. hahahaha g mandi bro..
Ha, bagus.
kena siasat betul-betul. Kalau tak rugi manyak maa..
Wah! Tahniah la bro..simpan la sikit..tunggu gua datang Banting, lu belanja cendol semangkuk dua..
Entah bilalah agaknya lu nak datang banting haa..
pergghh.. tertunggak 2 tahun tue. kalau ada anak, siap anak dah pandai jalan dah. 😉
haha..
silap hari bulan, dah pandai bawa kereta tuu.
isu lama ni..hoho..akhirnya ye..taniah
yap, akhirnya diorang bayar juga. hoho..
lepas ni gua takde isu dahh. haha
tabik ah bro..lu bley tahan nak sampai dua tahun bom diorang..org len tggl gitu je..
Advertlets memang orang cakap scam..
belum cuba advertlets ni..boleh tahan jua income untuk 4 bulan tu..woo..
Akhirnya..settle jugak hutang ko ek..kalo x pantang ade entri pasal advertlet ko tanya..tahniah bro..hehehe
Asyrof dah lama ragui Advertlets ni.
Itu sebab dalam takde iklan lagi.
Malas nak cara. Biar dulu. 🙂
…itu sebab dalam blog takde iklan lagi…
ok.. dah tau la sekarang,,, mmmmmm,,, tak nak la pasang advertlets kalau gini,, hehe
setakat ini advertlet pernah bayar 2 kali… walaupun jumlah kecil, tapi at least saya tiada masalah besar dengan mereka…
harap-harap takde masalah besar walaupun gua tahu mereka memang ada banyak masalah. hoho..
kalau nak cuba sekarang agak2 boleh x? ehehhe
akhirnya yang ditunggu tiba juga
aku ada terasa juga nak makan lamb chop tu
hehe sapa la nak belanja
hutang mesti dibayar..
Lamanya 2 tahun ermmmmm
Konpius. Apa kena mengena ngan gambar lambcop tu. hahaha. Akhirnya, hilang sudah penderitaan tunggu duit. 🙂
Sungguh tragis ko punya tuntutan wang tunai nie…..
Jom belanja aku nasi kandar !
Tahniah! cuma kawe lak boleh dapat lagi. Mungkin kena tunggu jugak tak?? 😥
banyak juga tuh boleh buat belanja dapur
kumpul duit bole kahwin dah ni
byk jugak tu bro….saya baru 2 kali dpt dgn advetlets ni
akhirnyaaaa… tahniah laaa bro.. penantian hak anda..
apa lagi, open table lahhh!! akhirnya kan, bertahun juga nk dpt payment, jenuhh
hutang Sop pun ada RM100 (+ blom cashout) masa cashout pertama kali try
bila x byr terus buang
bila hantar tiket diam jer
malas nak layan penipu..
Dah dapat ye… baik aku gune taktik nie untuk dapat bayaran aku… nice nanti aku bagi PM bom kat adverlets
kata orang..kalau dah rezeki..tak ke mana.. aku punya plak sblm tu diorang bayar ok jer..start 2013 ni diorang tak bayar..dah jenuh aku spam inbox diorang, diorang buat tak paham jer..last2 give up..stop akaun terus.habis cerita. dah bukan rezeki aku..redha jer la..
Alhamdulilah rezki dapat juga bro akhirnya…
Perghhh…tak sia-sia usaha macam ceti mintak hutang kan?banyak tu..jeles i…emmm
hang pun, kalau dapat macam aku tu, mesti hang nak duit hang gak kan? haha..
hati mesti kental bila minta hutang nie.. 😀
perlu ada blogger macam ko la dedahkan pengiklan yang tak boleh pakai..
kekadang, kena buat macam tu juga.
kalau tak, ramai yang naik lemak..
Kalau belanja cendol berapa ramai boleh dijemput? 🙂
haha..ramai ke yang nak datang??
bak mai ayat BOM tu sampai bleh dapat duit tu
nak buat entri juga ni..hahaha. dia ada hutang lebih 2 tahun
bolehlah tidur lena bro..
syukur dah bayor…
bukan sikit rm400 tu
Akhirnya enyertai advertlets kelmarin..:)