Ya.
Blogspot atau blogger percuma belum tentu mampu mendatangkan income yang stabil pada setiap bulan.
Apa yang aku tulis ni, dari pengalaman sendiri.
Aku pernah ada 2-3 blog dari blogger.com atau blogspot yang betul-betul mendatangkan income stabil. Tapi disebabkan banyak faktor seperti langgar peraturan mereka dan juga akibat dengki bagi sesetengah pihak, akhirnya, blog-blog itu hilang dan gagal untuk dikembalikan. Email banyak kali pun, masih tak dapat. Nak tak nak, terpaksa lepaskan dan bermula dari kosong..
Dan..akhirnya, aku buat blog dengan domain dan hosting sendiri. Dan hasilnya lebih menakjubkan. Lebih dari 5-10 kali ganda nilai income yang diperoleh selepas menggunakan blog berdomain dan hosting sendiri berbanding menggunakan platform percuma seperti blogspot dan wordpress.
Aku tak kata blogger yang menggunakan platform percuma ni tak bagus. Aku tahu ramai blogger yang berjaya jadi top blogger, blogger popular dan disegani ramai. Tak kurang juga ada yang masih berjaya sehingga ke hari ini. Cuma aku tetap risau sebagai rakan blogger sekurangnya atas dasar blogger melayu atau blogger sama negara takut-takut satu hari nanti blog yang korang sayang itu akan tiba-tiba hilang.
Ingat, bila dah hilang. Susah nak dapat balik. Kalau dapat balik, kira bagus gak la. Tapi kalau tak dapat balik, memang sangat sedih. Pedih kat hulu hati. Taman-taman dalam hati korang akan mula memberontak. Memaki hamun diri korang sendiri kenapa tak buat itu, kenapa tak buat ini.
Bila aku lihat ada blogger yang dah mula bertukar ke domain dan hosting sendiri. Aku tarik nafas lega. Sekurangnya, ada yang dah berbuat demikian.
Untuk lebih serius.
YA. Jika korang serius, bertukarlah sekarang. Sekurangnya, ke domain dot com sendiri kalau tak mampu nak beli hosting atau sewa hosting. Untuk income yang lebih stabil pada masa yang akan datang.
Memang pada mulanya agak sukar nak faham akan karenah blog wordpress self-hosted ni. Aku sendiri rasa nak pecah kepala pada mulanya. Tapi berikan masa 3 bulan untuk diri korang untuk faham benda-benda tu semua. Godek apa yang patut. Jelajah apa yang patut. Klik-klik link yang ada dalam blog korang untuk kasih mahir akan selok-belok menggunakan blog wordpress itu. Insya-Allah, korang akan faham akan kelebihannya. Ia lebih kepada memudahkan berbanding menyusahkan.
Memang ada orang kata blogspot lebih mudah. Dalam pelbagai perkara. Lebih senang bermain dengan SEO dan lebih mesra di search engine. Tapi banyak kerja perlu dilakukan untuk capai tahap itu. Terlalu BANYAK kerja. Tapi dengan wordpress, jika korang dah mahir..tak sampai sebulan..blog korang dah boleh ada ranking yang baik disearch engine dan tak mustahil boleh dapat sales berulang-ulang kali jika korang tahu caranya. Of course banyak yang kena belajar. Tapi ia lebih mudah dan dimudahkan dengan pelbagai plugin yang membantu dan juga blogger-blogger otai yang rajin memberikan pandangan dan bantuan.
Jadi, mahu bertukar atau tidak. Terpulang. Ambil masa. Tapi jangan terlalu lama..
** Blogger blogspot, susah kan nak buat duit dengan blog? Korang jeles kan bila ada blogger yang ada domain dan hosting sendiri buat duit dengan kacaknya setiap bulan?? Kan? Kan?
Ps: Aku yakin, tahun 2013 ni ramai blogger kita akan bertukar. Untuk jadi lebih serius.
6,290 total views, 1 views today
ini kalilah~ hehe akhirnya gua berjaya mendomainkan blog gua dan menWPkannye~
sib baik aku dr awal2 dah guna self hosted ngan wordpress…
a’a..sokong tu…kalau nak buat duit dengan blog, beli domain dan hosting sendiri…walaupun kena bayar tiap2 tahun, tapi tiap2 bulan tu ada income la..kalau pandai buat..hoho
Jalan cerita dunia blog aku pun banyak buat duit melalui self hosted.
cukup jeles haha
Untuk lebih serius memang perlu keluar modal 😀
mmg bermula dgn blogspot… dan dah hampir 3 thn meninggalkannya….
Emm saya tak ada pengalaman dengan blogspot..tapi ramai yang kata wordpress lagi mudah..hehe
Guna domain berbayar dan hosting sendiri memang lebih selamat.. Takkan berlaku kes blog hilang atau kena delete dgn google sbb langgar peraturan.. Tiba2 blog hilang memang sakit jiwa wooo~
Untuk lebih selamat, self hosted lagi bagus. Penat woo jaga blog 3 tahun tetiba pakcik google decide nak “hilangkan” blog tue.
blog hilang akibat orang lain memang kecewa. bila ada blog self-hosted sendiri. sendiri je yang jaga…sendiri punya
Setuju dengan pendapat bro…salah satu blog saya di blogspot telah dikesan signal spam dari ICAN…ntah sape punya kerja repot-repot spam tu…walhal blog tu cerita perihal kesihatan saja.
masih tak katam2 wordpress..huhuhu
Beli saja domain dan hosting.
Bukan mahal pun. Beli pakej biasa bayar setahun RM100.
Cukup mudah. Fikirlah masa depan anda sebagai blogger kalau betul-betul nak jadi blogger. 🙂
mesti ada blogger buat blogpost pasal ni gak..Blogger WordPress berlagak..sombong bagai..waakaka..kelakar je gua tengokkan.. 😆
aku pun dah berhenti guna blogspot.
mula-mula masalah follower, lepas tu tukar kod editor secara tiba-tiba, lepas tu apa lagi….
aku dah belajar setahun guna WP, alhamdulillah, aku dah biasakan diri di situ.
cuma aku nak mantapkan lagi dengan SEO je…
aku sedang belajar
ambil langkah anak tangga pertama
Betul,betul,betul…. cuba tgk beberapa org blogger terkenal yg basicnya mula dgn blogspot tapi lepas tu dah convert ke self hosted.. bukan apa tu, takut jd mcm encik kacak katakan tu le 😉
Katakan tu le…hahaha..kacak memang kacak..haha..ego lagi lahhh..emmm
Macam mana nak migrate blog yang dah ada ke wordpress. Blog yang saya maksukkan adalah http://www.hidupringkas.com, ada sesiapa boleh bantu?
ye ,betul tu,,tapi saye belum punye duit nak beli domain,apelagi nak beli hosting,hehhe,keep postinglah
utk buat duit melalui blog bukan smudah yg kite sangka.terlalu byk kerja yg kite perlu lakukan.bukan setakat buat blog kite sudah menjana pendapatan malahan ianya lebih dr itu.utk buat duit melalui blog kite harus mempuyai sifat tidak berputus asa.kata org putih don’t easy to give up when you challenge facing you.kental jiwa and then barula boleh berjaya.
Bagi aku kalau nak guna blogger kena selalu berpada.. buat backup siap2.. kalau kena banned pun atleast ada backup..