Ok.
Hari ini aku nak cerita tentang satu program yang berpotensi bagi kita duit. Asalkan kita ada blog, kita boleh buat duit dengan Postlinks ni.
Ya.
Nama program ialah Postlinks.
Aku dah lama join benda ni. Tak silap aku masa tahun 2010-2011. Kalau tak silap la. Kalau silap, biarlah. Aku malas nak bukak balik inbox dan kemudiannya nak semak balik tarikh bila aku join program ni. Terbuang 2 minit yang berharga dalam hidup aku.
Nak dijadikan cerita, aku terperasan ada blogger-blogger kita yang juga join benda ni. Dan siap dapat duit lagi. Macam mudah aje.
Tak boleh jadik.
Aku pun nak juga buat duit dengan benda ni. Jadi, aku baca apa yang patut kat website mereka. Baca FAQ, baca kelebihan dan apa yang boleh dan apa yang tak boleh.
Simply, aku masih tak berapa faham melainkan aku kena cuba dulu.
Aku daftar.
Aku ambil plugin mereka dan install kat blog ini.
Akibatnya..
YA.
Korang akan lihat artikel berbahasa english yang perengganya bersepah-sepah. Memang semacam copy dan paste pun ada. Dah nama pun plugin, memang dia sedut habis semua artikel dan publish kat blog aku ni. Sebab memang aku dah bagi username dan password untuk masuk ke blog ini. Kalau tak, mereka tak boleh publish secara automatik bila ada advertiser baru.
Secara mudah,
kalau ada advertiser berminat nak publish artikel kat blog aku ni, aku akan dapat kredit. Kredit dibayar berdasarkan pagerank. Lagi tinggi pagerank, lagi banyak jumlah kredit yang kita dapat. Untuk blog ini, sebab blog ahmadfaizal ini PR2, jadi aku dapat 5 kredit. Jadi, kita banyak gak la aku dapat. Ada gak artikel judi bola, aku terpaksa padam. Kebanyakkan artikel berkaitan “health” dan “fitness”. Korang pun pernah baca, kan? Walaupun aku dah kata jangan baca dan jangan komen, korang gatal gak baca.
“Korang memang tak reti bahasa, kan?”
Jadi, apa kesudahannya?
Ya, aku dah cuba program Postlinks ini selama 1 bulan. Dan aku mengambil keputusan untuk meninggalkan program ini.
Tak berbaloi dengan berbelas artikel yang dipublishkan. Aku cuma dapat sebanyak ini sahaja..
Nasihat aku, kalau korang ada blog untuk dibazirkan dengan artikel-artikel yang perenggannya bersepah, sila join program ini. Sekurangnya boleh tambah duit paypal korang setiap bulan.
Tapi aku tak dapat nak terima artikel-artikel berikut walaupun ada ilmu yang boleh aku manfaatkan. Dan sebab paling utama adalah bayaran yang cukup CIPUT. Tak berbaloi-baloi. Selalu, 1 artikel berbayar aku caj paling teruk pun RM50. Kalau luar negara punya job pun, 5 dollar.
Berbelas artikel sebulan. 30 posen je korang bayar, Postlinks?
Memang tak berbaloi.
Apapun, kalau ada yang nak join. Silakan.
Aku tak menghalang. Memang boleh buat duit mudah-mudah aje. Janji blog korang ada pagerank. Takde pagerank, memang tak boleh buat duit dengan program ni. Haha..
Ps: Sekian sahaja ujikaji aku selama sebulan bersama Postlinks. Setakat ini sahaja. Takde lagi yang kedua.
6,088 total views, 1 views today
RM1.00 ok lah tu kui,kui,kui
Memang kagum dgn usaha ujikaji…bagus x kedekut ilmu
yang bersepah-sepah pasal insanity tu dari mamat postlink ah tu..patut ah x paham.. 😈
Patutlah aku tak rasa nak join masa mula2 dulu…
30 sen sj unt artikel english yg aku komen tu.. tak bebaloi komen
aku pun nk try gak laa post link nie huhu
he he he… takkan da fed up cikgu. Tak nak cuba bertahan sebulan lagi ke? Manalah tau, bulan depan lebih masyyyuk…
Patut la ada entri ngarut2 hari tu
.aku ingat ko terminum cendol basi..hehehe
Hahahah. Aku dah agak. Lain mcm jer arikel omputih lu tu. Artikel aku suka sbb aku leh komen tanpa aku baca. Komen aku: gua tak paham!!! Hahahah
30 sen je? hahaha
punya la banyak entri…
tak berbaloi
Kadang-kadang kena juga buat artikel yang tidak berpadanan dengan diri kita supaya org lain tidak terjebak sama..Terim akasih bro…ada juga yang tidak mendatangkan keuntungan..dan rakan2 lain akan memikirkan kembali nak jlin ke tidak postlinks ini.
owh…. baru paham situasi yang sebenarnya. heheheh 😯
$0.30? Mau betahun2 nak berbukit bukau akaun Ppal 🙄
patutlah banyk artikel mat salleh sebelum ni
sekarang baru tahu..sebab apa ada artikel pelik tiba2 datang dalam blog ini.
Tahniah!
Okay dah tu.
Rezeki yang sedikit Wajib bersyukur.
Moga bertambah rezeki dimasa akan datang. 🙂
dapat jugalah beli gula2.. heee
dah agak bila tgk entry tue semua..lebih krg dr blog wazy..hehe….tp dr sudut trafik utk content english ada tak??
Ooo ingtkan en titan karang sendiri…emm tak berbaloi la..hehe..memang tak reti bahasa sungguh la orang tu kan?lain kali cakap kot bahasa arab..hahaha
Ada try juga memang ciput hasilnya, kalau blog yang xde apa2 ok juga isi 🙂
coba lagi 😆
Yang paling banyak pesanan pagerank berapa?