Okeh.
Dah habis dah masa dah. Contest Review Tak Terkalah dan Comment Contest Tanpa Batasan sudah melabuhkan tirainya. Tapi, aku bagi masa sampai 12 tengah hari esok untuk kemaskini dan update senarai penaja. Kalau masa aku check nanti, tak ada satu pun dari 6 penaja tersebut, dengan GEMBIRANYA, aku pangkah penyertaan korang dan pilih peserta lain untuk jadi pemenang. Aku dah cukup baik dah ni. Jangan paksa aku jadi jahat. Haha..
…..
Makin lama, makin banyak contest dikalangan para blogger tempatan. Aku suka situasi ini. Dulu, pada tahun 2003..manalah ada contest-contest macam ini. Sampailah tahun 2007, barulah ada satu dua orang yang rajin buat. Itupun, comment contest aje dan beberapa cabaran SEO. Lepas aku buat Contest SEO Lelaki Kacak, makin mencanak-canak para blogger tempatan buat blog baru dan yang lagi pelik, kebanyakkan mereka TIRU format yang aku buat. Tak apa. Aku tak kesah. Selagi ia membantu, apalah salahnya. Format tu pun, aku cedok dari contest luar dan sesuaikan ikut pasaran tempatan.
Dan kini, blog CutiMalaysia.my hadir dengan contest yang tak kurang hebatnya. Ok. Aku akan kasi senarai pendek apa yang korang perlu tahu tentang contest tersebut.
- Pastikan blog korang mempunyai sekurang-kurangnya PR 1
- Pemenang akan dinilai berdasarkan (referral) sumbangan trafik ke blog Cuti Malaysia sepanjang contest berlangsung yang dinilai berdasarkan statistik Google Analytics & juga kualiti ulasan info contest Cuti Malaysia kali ini.Pepandailah korang buat, takkan aku nak kena ajarkan plak, kan?
- Pastikan tajuk artikel korang WAJIB tertera keyword Cuti Malaysia & iGotravel.my dan kesemua maklumat contest Cuti Malaysia seperti di sini dimuatkan di laman blog anda termasuklah letakkan link penaja (igotravel.my) di artikel blog korang. Olahan penyampaian review terpulang kepada korang. Janji diorang suka, itu dah cukup, kan?
- Kongsikan link artikel anda di ruangan ini utnuk emmudahkan mereka membuat semakan.
- Pemenang bulanan akan di umumkan melalui Blog Travel Cuti Malaysia dan FB pada minggu pertama bulan berikutnya. Manakala untuk Hadiah Utama & Review terbaik akan di umumkan pada pertengahan bulan Januari 2014.
- Selebihnya, baca kat blog diorang – CUtiMalaysia.my
Dan yang pasti, salah satu penariknya adalah Contest Komen Terbanyak yang turut diadakan pada setiap bulan. Kalau korang rajin, pergilah komen banyak-banyak setiap bulan. Aku yakin, ada antara korang yang suka, kan? Hoho!
Dan pada bulan Mei yang lepas. Sudah ada pemenangnya. Mari kita lihat siapakah pemenang rajin itu..
Jadi, kalau korang mahu jadi pemenang pada bulan yang seterusnya, bolehlah sertainya sekarang. Masih belum terlambat dan contest utama mereka mempunyai jangka masa yang sangat panjang. Hujung tahun nanti baru tahu. Jadi, ada banyak masa untuk korang sertainya kalau berminat.
Dah. Banyak cantik aku nak cerita semua. Korang pi baca sendiri kat sana – Blog Cuti Malaysia.my
Contest Komen Terbanyak & Review Terbaik dianjurkan oleh Cuti Malaysia. Penaja bersama adalah Portal Pengiklanan Rumah Percutian & Homestay di Malaysia, iGotravel
Ps: Ini bukan review berbayar. Kalau owner Blog Cuti Malaysia nak bayar, aku terima dengan hati terbuka. Haha..
5,859 total views, 2 views today
walaupun dah tamat komen tanpa batasan, den tetap komen di blog ni..
wahhh ada top komenter.. ok my hobby
haisssyyy,, mcam mana boleh jadi ni,, ok,, nak jadi pengomen tegar gak laa,,,,
nampaknya saya belum layak..terpaksa cari kontes yang lain pulak
Dari Tanah Arab Kembali ke Tanah Melayu?
Macam menarik saja artikel ni, nak terjah lah kejap. 🙂
nampak permainan di situ bila ko di pilih sbg pemenang
ini bukan permainan maa. Memang gua menang. Orang lain malas komen. Haha..
kan..ada permainan disitu..ahahaa
hi sana sini meirah apa lagi jom serbu baca isi kuiz dg penuh smgt 🙂
domainnya menjeleskan aku je..heh…contest tu memang cambest je kot…
aku makin percaya
memang banyak cara mudah untuk dapat duit
malas pun tak apa
Ahaha… Kagum dgn diri sndiri yer
Oklah nk terjah sana
Wahhh terer lahhh….hahaha…tahniah2…
syarat2 semua ok dah. tapi bab kena jadi referral tu yg lemah sikit. adoi!
Ada cdgn nak buat contest tp belum masanya lagi.. maybe seminggu dua lg 😉
Titan asyik menang je, memang dalam kelas yg tersendiri… Mungkin boleh pencen macam siti nurhaliza… Bagi can kat orang lain pula. 😉
En Titan terbaik.. ada harapan penaja IGoTravel.my pilih sebagai pemenang hadiah utam tiket ke Universal Studio Singapore. Good Luck