Ya.
Undilah aku jika korang rasa aku LAYAK menang.
Kalau tak layak, undilah orang lain.
Okeh. Digi WWWOW Awards datang lagi. Kali ini dengan format yang lebih berbeza berbanding dulu. Dan seperti yang aku pernah cerita kat blog Earncent, bab manipulasi tetap akan berlaku. Tak kiralah sehebat mana ia dilakukan, bab manipulasi tetap akan berlaku.
Dan kita lihat sahaja barisan pemenangnya nanti. Secara ketara, kita akan lihat pelbagai strategi untuk meraih undi. Bagi aku, tak salah. Cuma berpada-pada. Kalau sampai sanggup beli undi, itu agak melampaulah walaupun secara hakikatnya memang ramai yang mampu. Ini kerana jika menang, hadiah yang ditawarkan memang tak terkalah. Siap ada yang dapat melancong, siap dapat duit tunai dan memacam lagi.
Aku lihat benda ni sebagai salah satu cara untuk mempromosikan blog dan juga diri seseorang blogger. Jika korang ingin jadi popular dan dikenali oleh ramai orang. Ini salah satu caranya. Ini juga salah satu cara untuk memikat hati para advertiser diluar sana untuk beri korang kerja. Jangan pandang rendah pada mana-mana blogger yang berusaha keras untuk menang awards seperti ini. Cuma, agak-agaklah.
Jangan terkelaluan.
Jika korang memang ada kelayakan untuk menang, mengapa tidak untuk “ALL OUT” untuk menang.
Tak salah bagi aku. Dan jika menang, itu satu kemenangan manis.
Ya, bagi sesetengah orang, ianya agak tak berguna. Awards macam ini mungkin “sampah” bagi sesetengah orang.
Award tetap award. Ia satu anugerah untuk usaha yang berterusan. Aku cukup hormat bagi sesiapa yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh setiap masa. Bukan senang tu. Aku tahu, sebab aku memang pemalas. Kadang-kadang, aku cemburu melihat kejayaan orang yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh tanpa kenal erti putus asa.
Sama macam MSMW 2013, ada orang kata benda tu sampah juga. Tapi, aku menang. Ya, aku taklah berusaha sekuat mana pun. Ada juga pasang umpan untuk raih undi. Tapi aku kuat memberitahu, undi jika mahu aku menang dan juga kerana RASA aku layak untuk menang. Jika korang rasa, aku dan blog-blog aku tak layak menang kali ini, undi aku pada tahun-tahun yang akan datang. Tapi jika korang rasa aku layak, bolehlah undi aku.
Digi WWWOW Awards 2013 kali ini tampil dengan cara berbeza. Sebab itu, aku cuba join. Menang itu belakang cerita. Aku bersaing dalam kategori “Blogger of the Year”. Kategori lain, tak sesuai dengan aku. Ramai gak blogger yang masuk. Tak apa, dah nama pun persaingan, pastilah ada yang akan bersaing.
Secara mudah, setiap orang ada potensi untuk menang. Begitu juga aku, dan juga korang semua.
JIKA..
- korang rasa apa yang aku kongsikan selama ini melalui blog-blog aku memberikan ilmu baru yang bermanfaat untuk korang..
- korang rasa suka aku merepek selalu..
- korang suka makan cendol..
- korang berjaya dapat buat duit dengan blog setelah baca ayat-ayat kacak aku..
- korang nak aku rajin buat contest baru..
- korang suka aku merepek masa Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati..
- korang suka Maikel dan Mercidez..
- korang suka cerita Ain Maisarah..
SILA UNDI aku. Haha..
Ok. Undi aku untuk kategori “Blogger of The Year” disini – Encik Titan
Cara nak undi, klik pada butang facebook atau twitter tu untuk undi. Pastikan juga korang login akaun facebook atau twitter. Undi dikira melalui 2 benda ini.
Itu sahaja. Harap maklum.
** Salah satu sebab aku masuk, saje je nak letak link blog-blog aku kat sana. Ia juga merupakan salah satu cara untuk UMPAN para advertiser untuk berminat untuk beriklan diblog-blog aku. Salah satu promosi jugak tu. Haha..
Ps: Okeh. Nak tidur.
14,746 total views, 3 views today
kompem ko menang lah titan kali ni, nama semakin naik tuh
Insya Allah saya akan undi bro..majulah bro sebagai blogger kacak of year
Selamat berjaya En Titan
Baik… Nanti aku undikan…
tips paling penting di ayatΒ² terakhir..hehe
Semoga berjaya dan dapat anugerah yg dipertandingkan…mana tahu rezeki En Titan kali ini….
Kalau blog saya ni…sesuai tak nak bersaing ni….tak terkalah ke? Aduhhhh angan2 besar pulak saya ni…trafik belum capai 500..nak berangan dan masuk tanding anugerah. aduhhh….
good luck bro…ada peluang bro nak menang ni tu pom kalau digi wwow awards ni telus dlm mencari pemenang…
semakin hari semakin mantap lah..camna nak bagi menang adwards tu?
ya sama-sama kita undi bro titin, good luck
laaaaa.. masuk blogger of the year ke..? abis laaaa… nama aku dah naik awal, kawtim dengan juri jer.. hik3
Insyallah..kalau ada rezeki… dapat punya tuh bro..
teringat kat blogger Eqbal Zack… tengok undian dia tertinggi… tapi orang lain menang.. mungkin belum rezekinya.. den pon join suka suka tapi tak minta undi lagi ni
Aku oun nak register jugak la..promosi percuma..kekeke
demam award dah mai balik, moga berjaya
kalau menang ko nak buat kenduri tak>
go titan go!!! ^_^ π
Gua akan undi lu!
“Undilah aku jika korang rasa aku LAYAK menang.”
Dah undi pun…haha..selamat maju jaya..
semoga jadi Blogger of The Year
all the best la bro.. memang semua strategi2 lu make sense bro
aku undi ko bro good luck
molek2
menang kalah cerita kedua
yang penting sanggup berusaha
rasa2nya bro titan boleh menang
peminat bukan main ramai lagi
dah klik voted dah.. kalau menang, belanja kitaorg cendol…
Belanja aku nasi kandar dengan roti benggali aku undi hang ! amacam? hahaha
tak de hal bro kita undi,,, cendol jangan lupa haha
Tindakan yang berani posisi gaya ‘Mr Thinker’. π
maju titan maju ke depan
nama besar macam encik titan ni mungkin x susah untuk menang ni.. apa pun.. all the best bro.. π
lu tak suruh undi pun, gua undi utk lu…
yeahh!
Insya Allah … Asyrof akan UNDI Encik Titan.
Jangan lupa UNDI asyrof juga. π
tidur..tidurlah… best tdo masa org sebuk pok pekt dia layan dunia dia sndri tpi diam2 ubi berisi ini
Aik??so confius…adehhh
kategori hebat tu…good luck
Nanti saya undi awak okay π
aku macam mimpi aritu ko menang..rasanya betul kot mimpi aku…selalunya kalau aku mimpi..betul tu..ahahaa…
kalau betul menang aku nak satu homepage link kat blog ko yang PR3..selama 3 tahun..aahahaha
gua akan pertimbangkan kalau gua menang. haha..
1 undi untuk Titan.. :).. Good luck cendol lover..hehe
Gua memang boleh undi lo bro….no problem… bagi aku yang masuk kategori FAVE MAKAN MAKAN tahun lepas – nak dapat TOP 3 memang boleh untuk undian tapi markah JURI KHAS confirm kantoi….team AMANZ dah kena 2 kali
Gua dah vote..
sama ayat dengan kau cemburu tengok orang berjaya jadinya aku kena lebih berusaha nih
Aku sokong dan undi bro..
semoga berjaya
peh. kompem undi punya. insyaALLAH zida pun nak try jugak dalam kategori photostory nanti, tu jelah yang mampu. tak reti nak jadi blogger of the year. haha π