Ya.
Bila aku bosan dan tak tahu apa nak buat.
Aku main game.
Alien Shooter. Dah habis main. Dah bosan. Asyik menang aje.
Jadi, aku pi la search kat internet untuk cari game yang boleh didownload secara percuma.
Terjumpa satu game.
Plant vs Zombies.
Permainan ini mengisahkan bagaimana korang menggunakan otak korang untuk kalahkan zombie menggunakan tumbuh-tumbuhan. Ada cendawan yang boleh menembak, ada cendawan yang boleh kentut, ada bunga tulip yang boleh tembak, ada kekacang yang leh tembak kacangnya, ada jagung yang leh lontarkan krim jagung dan memacam lagi..
Bunyi macam permainan makcik-makcik aje. TAPI..
Sekali bila dah main.
Memang celaka.
Selagi tak habis, selagi tu aku tak berhenti.
Ini jadi satu masalah besar bagi aku.
Game ni bukan takat ada Zombie aje. Hantu pun ada.
Overall, aku dah habis semua game. Baik yang adventure, yang kuiz dan survival punya. Yang adventure, dah 5 pusingan. La ni, tengah pusingan keenam. Aku main pun sekarang, nak kasi penuh pasu-pasu bunga. Kalau penuh, aku nak jual semua. Satu pasu bunga, $8000 tau. Siapa nak bagi tu? Haha.. (Bukan leh masuk akaun Maybank aku pun)
Nah. Link download. Entah siapa punya. Aku tak tahu – Download game Bom Jagung Nuklear.
** Part aku paling suka, bila aku boleh gabungkan dua penembak jagung tu, menjadi Bom Jagung Nuklear. Sekali Bom Jagung Nuklear tu meletup kat tempat yang aku sasarkan, mati semua zombie-zombie tu. Termasuklah zombie Michael Jackson tu. Memang best gila la masa ni. Haha..
Ps: Leh la main suka-suka. Nak main DOTA atau Diablo 2. Itu lagi berhantu. Kompem gua 2-3 bulan tak tidur malam dibuatnya.
5,049 total views, 1 views today
dah lama tak main game ni. sejak kerja ni jarang la main game
jangan main.
bahaya. haha
aku taknak terjebak… nanti jadi gila main game macam mafia wars dulu.. nasib dah berhenti.. hahahaa
mafia wars?
gua dah lama tak main. entah apa dah jadi kat akaun aku tu.
gua pun dulu ada mafia wars
Candy Crush ooii..join join gua..kasi nyawa..ahahaa
gua tak layan game tu.
terlalu berhantu rasanya.
Hahahaha. Entri game pun hang naik ! Sempoi
Gua dah lama tak main game ni.. Nasib baik lu bagi link download.. Boleh mula balik aktiviti menghapuskan zombie..
Gua memang main game ni kat phone gua. Yg kat pc dah khatam gak. Kat smartphone baru je Developer release update later. Barulah ada mini game, survival game..pastu game yg lain.
Selain jagung nuklear tu..paling gua suka si Ekor Kucing
dah lama tak main game, tak kuasa aku. boo layan je.
adoi…tak mau terjebaklah…candy crush pun tak habis2 lagi
yang ini anak aku suka nih
memang best game ni..gua pun selalu main guna android anak buah gua..dia tak dapat settle, cari gua..hahahaha
Aku stress main game ni, survival tu makin lama makin menyusahkan
mmg hebat la boleh habis main games ni…aduh..tengok pun pening nak main camna
Lahhh layan game gak ke??hahaha..memang hilang stress layan game ni..
masa saya kerja ada sorang budak pratikal main game ni masa rehat ,,sy tgok dia leka main ar…