Aku ada satu misi.
Mencari satu barang yang agak kecil. Dah hilang lama. Dari awal tahun lagi.
Jadi, untuk cari itu barang, aku terpaksa buat kerja yang aku agak BENCI.
Kemas rumah.
Dalam erti kata lain, kemas bilik.
- Meja, kerusi, beg-beg, songkok, kopiah, dumb bell, kasut sukan, pen-pen..dikumpulkan pada satu tempat.
- Misi bermula.
- Aku dah kutip sampah besar-besar.
- Aku dah kutip sampah sederhana besar.
- Yang kecil-kecil, aku sapu dengan penyapu lidi.
- Dah rasa macam bersih sikit, aku cari mob. Kat tempat mesin basuh tak ada, kat ruang tamu, lagilah tak ada. Kat tandas? Ya, jumpa. Jadi, aku mob lantai bilik aku. Rasa macam air sabun banyak lagi.Aku mop satu rumah.
- Kumpul semua sampah tadi, campak dalam plastik hitam. Cukup 4 plastik sampah besar. Pastu, gi luar. Campak ke bawah dari beranda. Nak turun tangga, penat. Nak bawa guna lif, malas.
Masih tak jumpa benda tu. Jumpa benda pelik-pelik ada la. Tanduk kerbau pun ada. Baucer RM1000 pun ada. Camana leh sesat ke bilik ni. Mesti Maikel punya kerja ni..
“Kat mana aku letak benda tu. Grr..”
Ahh. Biarlah. ON laptop kejap. Login gmail. Ohh..3 komisen dari program berbeza sudah dibayar.
Alhamdulillah.
Baring-baring jap. Umpan untuk tertidur.
Tiba-tiba..
rasa nak tukar cadar tilam. Cadar yang asal ada kat almari rasanya. Cadar ni pun dah 6 bulan lebih tak berganti. Bukak punya bukak..terjatuh la satu benda.
HAA!
Jumpa pun.
Kunci motor yang dah hilang sejak awal tahun 2013.
Ps: Gua kalau tiba-tiba jadi rajin tu, biasanya ada sebab. Bukan gua saja-saja jadi rajin..
8,609 total views, 17 views today
6 bulan tak tukar cadar..lu sama spesis dengan gua..nasib ada bini tolong tukar..hahaha
gua ada maikel je maa. ITupun kuat tidur sekarang.
kalau jumpa duit, tu duit gua..ngehehehe
Hahaha. .. sekali kat cadar..
Eh..jap.. jumpamkat cadar lama atau cadar baru. ..
Habis tu 6 bulan ker motor x start? ?
cadar baru. cadar lama simpan kat almari.
aah. Naik kereta ajela jawabnya.. 😈
kalau ginilah gayanya, elok hilang tiap2 minggu, barulah rumah sentiasa terkemas..hahaha
haha..
tak larat la gua macam tu.. 😈
haahaha..gua taktau nak bayangkan acane bini lu nanti nak setelkan lu..mauahaha
gua tak risau.
memang gua cari yang pandai kemas dan lebih rajin dari gua. hoho..
takyah risau, dia ni ada pat bini…semuandah ada bidang tugas memasing…hehhehe
kalo x jupa..beli moto baru je hihi
barang baik lagi.
apa kes mahu cari baru maa..
Mana gambar motonya..rasa nak tengok lah pulak..hahaha
Rumah bersih dan kemas biasanya kepunyaan tuan rumah yang sihat dan berjaya. http://www.hidupringkas.com/2012/06/rahsia-orang-yang-rumahnya-berselerak.html
akhirnya…. 6 bulan tak merempit ke bro… kaburetor dah bersawang tu…
cuba gi tengok
motor tu masih ada tayar ke dah hilang
moto tu ade ke tak?
kalau keadaan terdesak, semua benda akan jadi. dalam kes nih, tiba2 benda tue jumpa kan. tahniah!! 😉
geran tanah ada jumpa? hehe
Aku suka kemas pasti jumpa macam-macam. Hahaha
Bila nak pi meminang heliza bro?
Emm kunci dah jumpa..tapi motornya ada ke tak?hahaha..dah masuk 3 komisen tu ejas beli cadar baru lahhh..haha
wah 6 bulan hilangnya baru sekarang gigih mencari…hehe
ak cadar wajib basuh kalu tak gatal nak tido wehhh
Gua tak percaya cerita lu ni..lu reka je..hehe
Biar benar 6 bulan cadar tak bertukar?!! Haiyoo!
oh heliza helmi.. eh lupa nak komen apa.. hahahaha 😛
so jgn bagitau gua lu dari awal tahun tak start moto?
Kreatif juga awak promo kempen JomNiaga terbaru ni..
akak pun jumpa dah… haha… minat naw dgn heliza ya… pilah meminang dia cepat2… pandai sungguh… kreatif giler… tagged tu yg xmenahan tu… pandai dan bijak… pakar sungguh
Aik? Hilang sejak awal tahun 2013? Maknanya pakai spare key la sepanjang tahun tu? Tak pun tak guna pun motor…ekekeke
lor… lame nye hilang -_-
haha tu mmg cara terbaik utk cari barang yang hilang 😛
lama gile cari kunci motor..mujur tak cari motor..
kalau cari motor, mahu sampai cat rumah tu baru..