OKeh.
Ini update sepantas kilat.
Sila baca laju-laju.
Aku rasa 2 hari lepas aku ada cerita pasal satu program baru. Namanya Assignjobs.
Ini bayaran komisen pertama dari program Assignjobs yang aku sertai itu. Tak banyak yang aku dapat. Tapi kira bolehlah jugak kan. Maklumlah, bayaran kali pertama. Baru 2 hari join, dah boleh buat withdrawal. Bayarannya pun laju. Pagi tadi, aku request dan beberapa minit yang lepas, aku dah dapat.
Sedikit tips buat duit dengan Assignjobs.
- Rajin-rajinlah login akaun Assignjobs korang. Tugasan atau job yang diberikan tidak kira masa. Mungkin banyak, mungkin sedikit. Pendek kata, siapa cepat dia yang dapat.
- Assignjobs memang menggunakan skrip yang sama dengan Mikroworker. Siapa yang pernah cuba Mikroworker akan tahu macam mana nak bermain dengan Assignjobs.
- Aku harap, Assignjobs tak jadi macam Mikroworker. Sebolehnya, buat lain dari yang lain. Biar nampak sikit acuan tempatan.
- Bayaran akan dibuat melalui bank tempatan dan paypal. Aku sarankan Maybank atau CIMB. Laju aje diorang bayar. Hoho..
- Sesetengah job, ada yang kena bayar dulu. Tapi bila dapat upah nanti, kita akan dapat lebih. Walaupun tak berapa banyak, masih menguntungkan. Benda ni biasa berlaku kat forum dan program luar. Yang Malaysia, memang tak ramai yang percaya.
- Dapatkan juga duit tambahan dengan mempromosikan link referral korang. 1 downline/referral, korang akan dapat 1 dollar. 1 dollar bermakna 3 ringgit. Bagaimana nak dapat 1 dollar tu? Kenalah rajin promosi. Camana nak promosi? Aii..takkan ini pun aku nak kena ajarkan juga..
- Rajin-rajin bertanya kat group rahsia difacebook tu. Tanya aje. Ramai akan tolong jawabkan.
- Dah, pi daftar sekarang. – Daftar Assignjobs.
Okeh. Itu aje aku nak cerita.
Ada apa nak tanya, tanya kat ruang komen. Ada masa aku jawab. Tak ada masa, korang jawab sendiri.
** Cuba teka, siapa nama budak ni?
Ps: Line internet dari malam tadi cam hampeh. La ni baru laju sikit..
7,411 total views, 2 views today
Kalau seminggu dah RM100 x 4 untuk sebulan dah lepas untuk bayar internet dan lektrik air rumah. Haaa
saya pun sdg berjinak dgn assignjobs ni.. harap leh withdraw xlma lagi
Wahhh baru join dah masyukkk yer..tahniah2..hehe
tugasan dalam bm ke bi?
rezeki..esok nak ke banting, mohon belanja cendol boleh 🙂
aku munkin salah seorng yang membolehkan ko dapat komisyen ni 🙂
wah..mmg pantas kan…mcm elih juga
muja baru dapat 9 referrals,, huhuuu,, will work hard lepas ni,, 😀
mantop sentiasa bro titan ni! baru join dah bleh withdraw! mohon tunjuk ajar sifu. hehe
banje cendol plisss 😆 😎
terpengaruhkah aku lagi…
saya bru dapat 4 hinggit 70 puluh sen.
waaaa.. fyna baru je nak merangkak-rangkak. 😥
earning referrer dia masuk time tuh ke lambat ekk ? mohon penjelasan 🙂
salam en titan. nak tanya ni. muja dah join. earning tertulis $5.90 and 11 referral. dia memang tak combine sekali terus ke earning job yang kita buat dengan earning referral? dia akan combine time cashout ek?
Yang aku tahu, lepas downline kita tu dapat earning lebih dari $2. Sistem diorang akan tambah $1 dalam akaun kita. Tapi bila aku tengok, tak gerak-gerak. Mungkin pihak diorang kena wat sesuatu tentang setting tu. Aku punya pun tak gerak gak. Tidak pun, terpaksalah diorang kira cara manual nanti.
Murah rezeki saudara Ahmad Faizal.
Jangan lupa bersyukur dan kuatkan ibadah. InsyaAllah deras lagi rezeki tu ya. 🙂
macam kenal ke syed tu sape ehh lupa dah
wah! baru dua hari ek. FD baru je join tak sampai 12 jam. nanti boleh buat tutor cara-cara nak withdraw?
aku pun dah dapat 2 hari lepas hehe
wahh..besnye, dah cashout..mesti antara yg terawal cashout..thniah..
Macam menarik je AF…. nak try gi website dia…
Psst nama budak tu Mia kan hehe
saya dah join under lu titan. lu jgn lupa belanja cendol banting tau…
nak tanya? sila jawab tau…
1. lps diberi tugasan contoh : like & share FB…pehtu buat apa? hari2 kena share ke?
2. Bagamaina dapat income tu? adakah kita lakukan tugasan dan dapat income? atau jika orang lain kena like juga apa yang kita sharing tu dapat RM jugak?
ambil gambar screenshot. Bagi bahan bukti. Bagi link imageshack tu sekali. Lepas tu. Siap la. Setiap kali kerja, kena bagi bukti.
tentang tugasan yang diberikan. Sila ikut arahan yang diberikan. Itu sahaja. Tak payah share hari-hari.
Aku pun dah withdraw 🙂 thanks kpd Syed Mohd Saiful ikhwan…assignjobs dah mempunyai workers hampir 2000 orang, semakin ramai saingan..
boleh tolong tak? bila sha sign up je assignjob, dia tulis ‘Sorry, we have registered member from your computer’. Padahal tak pernah register pon sebelum ni 😐
nak start aktif..kih2..
erm..aktif lg ke sistem ni.