MELAYU BOLEH.
Ya, bagi kebanyakkan blogger melayu sekarang memang ramai yang dah berjaya. Aku lihat kebanyakkan blogger melayu kita dah boleh menghasilkan banyak blog yang mendatangkan pendapatan lumayan setiap hari.
Kalau nak dibandingkan pada tahun 2001-2003 dulu, boleh dikira dengan jari berapa ramai blogger Melayu yang Boleh berjaya buat duit dengan blog. Agak sedih jugaklah sebab masa tu, cara nak buat duit dengan blog memang sangat terhad. Masa tu, memang takde lagi syarikat pengiklanan macam Nuffnang, Advertlets, Innity, KOMLI dan memacam lagi. Masa tu, yang ada program-program macam HYIP, Program Autosurf, program pelaburan seperti Swisscash, ABBFUND dan memacam lagi. Masa itu jugaklah program-program MLM seperti CNI, Cosway, Amway ke apa-apa way lagi..terjah ke dunia internet. Pendek kata, masa tu zaman MLM dan banyak gak MLM yang aku join. Maklumlah, semangat Melayu Boleh la katakan. Haha..
Ada yang berjaya buat duit sampai beribu-ribu, ada gak yang langsung tak mendatangkan hasil.
Kita lupakan bab sama ada cara dan teknik diorang untuk buat duit tu betul atau tidak. Masa tu, orang kita ni tak pandang sangat bab tu. Asal boleh buat duit, diorang belasah aje mana-mana program.
SEMANGAT MELAYU BOLEH tak terkalah.
Apa yang aku kagum, semangat MELAYU BOLEH mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk terus mencipta program-program baru untuk mencari duit tambahan. Maklumlah, masa tu bukan macam zaman sekarang. Sekarang ni, korang promosi apa pun, bila-bila masa boleh menghasilkan duit. Senang cakap, pandai sikit tulis, pandai sikit cakap, duit mengalir masuk ke akaun bank masing-masing. Semua blogger Melayu Boleh lakukannya asalkan rajin berusaha.
Malah, sejak program affiliate dibisingkan pada Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati Network tu, makin ramai blogger Melayu Boleh dan berjaya dan boleh buat duit dengan program affiliate.
Tahniah aku ucapkan kerana bukan semua orang ada semangat Melayu Boleh yang tak terkalah ni.
YA.
Bukan semua orang. Semangat “Melayu Boleh” berbeza bagi setiap orang. Ada masanya, terbakar membara setiap hari. Ada masanya, layu disimbah air mata. Ada masa, tak terbakar langsung akibat tidak tahu bagaimana hendak buat duit dengan blog.
Sebab itu, banyaklah seminar dan kelas buat duit yang dianjurkan oleh mereka-mereka yang pandai ni. Jadi, belajarlah dari mereka yang pandai buat duit ni, cedok ilmu diorang, tiru dan praktikkan teknik dan taktik mereka. Insya-Allah, semangat Melayu Boleh korang akan sentiasa terbakar sampai bila-bila.
Kesimpulannya, pastikan api semangat Melayu Boleh itu kekal membara. Kalau tak cukup kayu api nak bakar api Semangat Melayu boleh tu, boleh datang Banting. Nak buat duit, tak boleh takde semangat. Mesti ada semangat, keyakinan yang jitu, kerajinan tanpa batasan dan ilmu yang tak terkalah. Barulah leh pancing mangsa-mangsa bagi duit kat korang.
“Gua memang EPXERT bab-bab bakar semangat Melayu Boleh untuk orang-orang kita ni. Haha..”
Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja olehEca, JomStadi, Akma Omar, AkuPenghibur, CikLaili, AsyrofStudio, Boni Kacak,MenulisMenconteng, Fuh [dot] My, Media Siber, Gempak [dot] org, GilerKentang,NurMujahidah, & Pelik [dot] My, BlogFyna, Pondok Kecil
Ps: Semua orang boleh buat duit, tapi tak semua orang ada semangat Melayu Boleh yang tak terkalah setiap masa.
24,304 total views, 1 views today
memang boleh entri ni
apa yang bolehnya ha? hehe..
memang ambik masa nak bersihkan keyword ni kat google. gud luck cikgu
memang sepanjang masa la kena banteras.
tak leh bila ada contest seo aje maaa.
Keyword ‘Melayu boleh’ zaman2 dulu agak menyedihkan
memang dah lama dah keyword ni.
ada plak yang rajin wat blog guna keyword ni dan letak benda bukan-bukan. hoho
namapak nya google world macam susah ditembusi dengan kata kunci melayu boleh yang telah lama bertapak
agakla..ada check semalam..memang terkebelakang artikel kontes Melayu Boleh..semoga artikel titan ni ada di page depan..
Apa tip2 yg terbaik nak tolak ke belakang ya entri yg (-). Usaha kita ini sedikit sebanyak dpt memberi kesan walaupun tak sepenuhnya.
boleh. kalau 2 bulan wat betul-betul, memang leh beat keyword ni.
ayat fikir nak hadiah – tapi tuan dia bagi masa sebulan je untuk hantar link entry hahaha
dengana adanya otai macam bro ni mesti keyword melayu boleh menjadi oaky..
Aku yakin artikel ni boleh tolak keyword2 melayu boleh yang jahat tu terkebelakang..
Sangat sukar nak tolak ke belakang yang negatif ni? Perlu usaha banyak pihak.sama2 kita ikhtiar.
yap.
memang kena usaha kuat sikit la.
kata nak banteras kan. haha
memang keyword melayu boleh banyak dicari orang…mcm2 ada..huhu
ya, memang macam-macam ada.
naik gerun gak dibuatnya. haha
Terus bersemangat lepas baca entry ni! 😀
wah..
terus bersemangat dah rupanya. haha
terus bertambah-tambah semangat ni.good luck yer, memang tak terkalah.
haha..
apa yang tak terkalahnya ni..
Melayu boleh tak terkalah…dengan semangat yang membara untuk terus menghangatkan suasana dengan menjana duit dengan blog. Semoga Melayu Boleh, terus boleh dlm apa jua bidang diceburi asalkan dapat menjana rezeki.
ya.
mudah-mudahan. hoho
pembakar semangat jugak ni 🙂
jangan sampai terbakar diri sudah la.
haha
melayu boleh buat apa saja
macam orang lain juga
yang baik boleh, yang tak baik juga boleh
kita ambil yang baik-baik aje.
yang tak baik, terajang jauh-jauh.
terbakar dah semangat ni. Memang bro titan terer bakar semangat 🙂
haha..
ada kayu apinya, mudah nak bakar.
artikel Melayu Boleh tentang perkara baik masih terkalah dek perkara lucah..semoga blog ini berada di halaman utama carian Melayu Boleh di enjin pencari google
susah.
tapi bukan satu perkara yang mustahil.
semoga Melayu sentiasa sukses dalam semua bidang hendak-Nya…
mudah-mudahan.
kita usaha aje apa yang kita mampu.
cikgu faizal boleh, melayu boleh. gudluck~ 😉
sama-sama.
entah apa yang boleh ni. haha
Emm terima kasih berikan semangat yang hebat ni..emm tiru susah jugak tu..kena tiru dengan gaya berhemah lahhh…
pepandailah la tiru.
haha..bukan aku tak tahu. haha
semangat juang untuk terus berblogging tidak luntur…
ya.
mudah-mudahan. bukan senang nak bakar-bakar ni.
ada dua ucapan. moga menang, moga berjaya kebelakangkan yang tidak baik,, 😀
ya.
mudah-mudahan. hoho
hidup melayu..melayu boleh
ya. melayu boleh.
haha..hape punya komen dah ni..
dulu famous keyword ‘Melayu Boleh’ nie..hehe 👿
sekarang pun famous gak.
memang ramai yang dok cari.
kita sememangnya boleh..jangan cepat kata tak bole
yap. kita boleh.
cuma ramai yang mengaku kalah awal-awal.
Artikel ni BOLEH buat Asyrof suka baca.
BOLEH komen-komen disini.
Memang tak terkalah perkataan BOLEH ni. 🙂
Encik Titan memang BOLEH jadi usahawan Cendol BOLEH.
apa yang boleh sangatnya ni haa.
haha
kebanyakkan syarikat2 advertising masih dikuasai non-malay.. jom buat syarikat ads!
Hang la bukak.
gua takde kekuatan nak bukak. Haha.. 👿
pasal MaLaM (MLM) tu, hmmmmmmmm kalo tumpang orang lain baik tak payah.
apa pun takkan terkalah.
errr apa aku nak komen nie? 😐
aah. Apa benda yang hang komen ni.
Gua langsung tak faham. haha 😈
Melayu boleh..poning macam nie 🙂
apa yang peningnya nih..
hehe..
Melayu sememangnya boleh dalam serba serbi bidang
boleh tahan juga…hehe
Salam….Tahniah..berjaya juga tersenarai sebagai peserta….semoga berjaya…..harap-harap boleh menang jika entri ini berada di page 1. Insya Allah ….TQ..Ada masa jom singgah di artikel blog saya “Melayu Boleh”…sama2 kita sokong “Melayu Boleh”….
tahniah bro kerana tersenarai sebagai senarai rasmi peserta kontes ini..
melayu boleh yang menulis entri ini! memang boleh! tak terkalah lagi…
Semoga berjaya bro titan. Ada peluang boleh menang ni. 🙂
Melayu boleh tak terkalah….semoga berjaya di page 1…bro.
selamat ya untuk para blogger melayu …. semoga berjaya selalu