Ok. ini tugasan kedua dan ketiga bagi Contest Tanah Arab anjuran AsyrafAsriStudio.com
Tugasan pertama.
Apa yang aku nampak dari artikel Asyrof itu.
- Dia rindu nak balik Malaysia.
- Dia nak jumpa blogger-blogger otai dan famous tu.
- Dia suka membaca dan mengkaji.
- Dia suka jadi blogger popular. Yang ni, memang banyak kerja kena buat. Tak boleh jadi pemalas macam aku. Haha
Tugasan kedua.
Nyatakan atau senaraikan 3 blogger wanita dan 3 blogger lelaki yang patut dicontohi blogger lain dalam berblogging.
1. Ariff Shah
- Beliau seorang yang kacak. Dan selalu terima undangan pergi ke majlis sana-sini.
- Beliau juga seorang penulis blog yang baik. Walaupun ayat-ayatnya agak simple, tapi aku boleh katakan setiap penulisan beliau agak menarik hati terutamanya dikalangan gegirls dan makcik-makcik diluar sana.
- Beliau sentiasa dicemburui oleh blogger-blogger lelaki.
- Beliau juga masih “single”. (Ye ke? Haha..)
- Beliau juga berminat dengan saham dan hartanah. Sudah memiliki rumah yang pertama. Tahniah buat beliau.
- Secara mudah, ramai orang mahu jadi macam beliau. Aku je yang tak nak.
- url blog – http://ariffshah.com
2. Multees aka Neu
- Beliau memiliki banyak blog yang kacak-kacak belaka.
- Beliau memiliki blog-blog yang mampu memberikan pulangan lumayan setiap bulan.
- Beliau juga rajin baca blog-blog aku.
- Beliau juga mempunyai gaya penulisan tersendiri. Kebanyakkannya memang skema. Haha..
- Beliau juga sentiasa dicemburui oleh mana-mana blogger lelaki.
- Beliau tidak single. Tapi kalau ada gadis mahu jadi calon bini kedua, itu aku rasa takde masalah.
- Secara mudah, ramai orang mahu jadi macam beliau. Ya, aku je yang tak nak gak. Haha..
- url blog – http://multees.com
3. Shakiddo
- Beliau memiliki sifat kerajinan yang agak melampau. Suka pergi event sana-sini. Ada aje muka dia kat mana-mana event blogger.
- Beliau juga pandai dan bijak buat duit dengan Nuffnang. Leh la belajar dengan beliau kalau nak.
- Beliau juga dicemburui oleh mana-mana blogger lelaki. Kot?
- Beliau tidak single. Dan aku yakin, dia takkan kahwin lebih dari satu. Haha..
- Beliau ada sifat rajin yang tak terkalah. Berbeza dengan aku yang cukup malas.
- Secara mudah, ramai orang mahu jadi rajin macam beliau. Aku? Masih kekal sebagai blogger pemalas.
- url blog – http://shakkido.com
1. Akma Omar
- Beliau suka join contest. Dan selalunya menang. Nak buat macam mana, beliau pintar dan bijak dalam hal-hal menguasai elemen-elemen kemenangan.
- Beliau ada rahsia tersendiri untuk menang contest yang kebanyakkan blogger tidak tahu. Aku tahu sebab aku sendiri pernah guna cara yang beliau gunakan. Hoho..
- Beliau antara blogger wanita yang agak berjaya dalam dunia penulisan blog. Ayat-ayat skema beliau memang tak terkalah walaupun aku tak berapa gemar baca ayat-ayat skema. So far, ayat-ayat skema itulah yang membantu beliau menang banyak contest termasuklah cabaran SEO.
- Secara mudah, bila dia join contest. Dia memang nak menang. Tok sah percaya sangatlah kalau dia kata dia hanya cuba saja-saja. Memang dia ada semangat Melayu Boleh yang tak terkalah bila nak menang sesebuah contest yang dia sertai. Jarang sekali dia kalah.
- url blog – http://www.akmaomar.com
2. Cik Tom
- Beliau masih bujang. Masih single.
- Beliau juga pernah menang Blogger paling Versetail dari Jomniaga.
- Beliau antara blogger wanita yang cukup bijak buat duit dengan affiliate. Maklumlah, belajar dari siapa kann..
- Beliau suka skodeng blog-blog aku.
- Beliau seorang pensyarah muda. Bukan cikgu sekolah.
- Secara mudah, dia juga seorang yang bijak dan pintar. Pandai buat duit, selalu menang Contest dan juga tahu serba-sedikit tentang SEO. Tidak hairan ramai blogger lelaki cemburu dengan kejayaannya.
- url blog – http://www.ciktom.com
3. Kujie2
- Beliau memang tak bujang. Dah kahwin. Dah anak juga.
- Beliau mempunyai blog yang cukup menarik untuk dibaca. Terutamanya untuk golongan mak-mak dan bapak-bapak.
- Beliau juga pandai buat duit dengan blog. Tidak hairan banyak orang cari beliau untuk pergi event dan juga upah beliau untuk tulis advertorial.
- Beliau juga suka bunga-bunga dan pokok-pokok. Banyak gak nama pelik-pelik pasal bunga yang dia tahu.
- Beliau juga bijak menulis blog dengan bersahaja. Bijak juga tackle topik untuk bermain dengan SEO. Kalau korang perasan, ada sahaja artikel berbaur SEO dalam kebanyakkan artikel yang beliau buat.
- Secara mudah, makcik ni memang terer ah gak.
- url blog – http://www.kujie2.com
Ini tugasan ketiga. Aku kena bagi komen ikhlas tentang blog AsyrofAsriStudio ini.
Penulisan komen dari segi theme.
- Sila tukar theme baru. Rasa biasa sangat.
- Kasi warna sikit. Agak nampak suram.
- Tapi theme sekarang kira laju gak. Takde masalah sangat. Kalau nak kekal dengan theme ini, aku takde masalah.
Penulisan komen dari segi penulisan Asyrof.
- Kekadang, agak lembut, kekadang agak kasar. Mungkin beliau tulis ketika perasaan yang berbeza.
- Nasihat aku, sila cari gaya penulisan anda tersendiri. Masih banyak masa untuk berbuat demikian.
- Masih banyak kena belajar dalam hal penulisan.
- Banyakkan tulis artikel. Terlalu sikit artikel untuk dibaca. Kekadang, bosan masuk blog ni sebab takde artikel baru. Mungkin terlalu sibuk menghafal surah-surah panjang kat Al-Quran kot.
- Mungkin boleh banyakkan cerita tentang kisah beliau belajar di Mesir tu.
Penulisan komen dari segi Alexa / PR.
- Untuk Alexa rank, kasi update banyak artikel. Alexa cuma akan turun jika banyak artikel diupdate dan juga jumlah backlink yang berjaya dibuat. Bina banyak backlink ke arah domain utama. Dan dalam masa yang sama, akan dapat jus pagerank dari blog-blog tersebut.
- Secara mudah, Alexa dan Pagerank banyak bergantung pada jumlah dan kualiti backlink yang kita peroleh. Jadi, Asyrof kena usaha lebih sikit la kalau nak dapat yang terbaik.
Penulisan komen dari segi loading / dan sebagainya.
- Tak ada masalah. Kira laju gak.
- Mungkin kerana tak banyak banner, lagu yang pelik-pelik dan gambar pun tak berat. Kena lagi theme juga agak ringan. Jadi, tak ada masalah dari segi loading.
Itu sahaja. Aku nak komen panjang-panjang, aku rasa ramai blogger lain dah komen. Setakat ini, itu sahaja yang aku nampak dan memang banyak usaha untuk dilakukan agar menjadi blogger yang lebih cemerlang. Penjenamaan blog sendiri perlu dilakukan dengan agresif. Lagipun, aku rasa dia dah silap pilih nama domain. AsyrafAsriStudio.com. Terlalu panjang. Aku sendiri susah nak ingat nama domain blog beliau. Tapi beliau dah pilih, hadap ajelah kan? Hoho..
**BLOGGER CONTEST ini ditaja oleh PENAJA InsyirahAzhar.com, Colleen-Kawai.com, UstazImad.com, huseinrider.blogspot.com, SumiJelly.com, AkmaOmar.com, LadfeAmir.com, Azri.my dan SukaSedap.com
Ps: Dah. Itu aje aku nak cerita. Babai. Mahu tidur kejap..
4,050 total views, 1 views today
panjang gak tulisan kali ni
pasal silap pilih nama domain ni
tak boleh tukar ke?
atau memang kena beli baru dan yang lama biarkan saja?
aku pun jeles dgn semua blogger yg bro senaraikan tu
Encik Titan .. tugasan pertama untuk kategori ni takde ya?
“I Wanto To Go Back Home This Year”? ..
macam mana nak menang ni kalau artikel ada tertinggal.
hihihi ….
takpe. tak menang pun tak apa.
Sebab tu aku kata, aku tak faham contest nih. Keliru dengan contest ni. Dan terlalu banyak tugasannya.
Aahh..biarlah. Haha..
Tak mengapa Encik Titan.
Asyrof baik.
Penganjur yang sangat teliti. 🙂
InsyaALLAH berterusan. 🙂
Macam biasa..aku suka post ko kali ni..simple n sempoi..
Macam biasalah, panjang pun tetap aku baca sampai habis….hahaha
bab update tu, gua kena cendol lebih lagi ni…huuuh
post ini pun ada berbaur SEO..pentiru titan..haahhaaa
good luck cikgu untuk kontes ni..
Emm jujur saya katakan..artikel ni nampak biasa tapi gaya penyampaian agak unik..saya suka baca artikel yang ada dalam blog ni..nak2 hasil karangan tuan blog yang tak pernah buat ayat skema…haha..tak apalah en titan…rezeki masing2..