OK.
Insya-Allah, kalau takde aral melintang atau menegak.
Esok, aku akan umumkan senarai pemenang Contest Review Tak Terkalah dan juga Comment Contest Tanpa Batasan.
Sekali lagi, ESOK. Bukan hari ini.
Kepada yang menang dan kalah, terima aje keputusannya dengan rela hati.
Siapa yang tak puas hati, lantak koranglah. Aku dah bagi peluang untuk kutuk dan hentam aku. Tapi ada gak yang tak nak ambil kesempatan. Jadi, kalau tak menang, paham-paham ajelah ye. Seriusly, banyak gak artikel yang menarik perhatian aku dan Maikel. Tapi hanya yang terbaik dikalangan yang terbaik sahaja akan dipilih sebagai pemenang.
Maikel dah shortlistkan ke 5 artikel terbaik dan aku sendiri akan memilih siapa 3 yang terbaik itu. Kepada yang kalah, tak apa. Sila cuba lagi tahun hadapan untuk contest-contest yang akan datang.
OK. Sekarang ni, ada beberapa sahaja contest besar dan yang menarik untuk korang cuba.
1. Blogger Contest Tanah Arab oleh Ashrof
2. Contest Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
3. Contest SEO Melayu Boleh oleh Beritakaki.blogspot.com
4. Contest Blog Travel Cuti Malaysia & iGotravel.my
5. Digi WWWOW Awards 2013
Jadi, kepada yang berminat dan mahu sertai. Bolehlah sertai. Terutamanya Contest SEO Melayu Boleh. Aku tak pasti aku nak join ke tidak. Tapi aku promosikan aje dulu sebagai tanda menyokong rakan blogger kita agar contest ini mendapat sambutan ramai. Kalau korang rajin, join. Tak rajin, tak apa. Sebab aku pun tak rajin. Haha..
Secara mudah, menyertai sesebuah pertandingan atau contest adalah sebagai satu cabaran untuk diri kita untuk melihat sejauh mana kita dalam dunia blogger ni. Walaupun mungkin kita tak berapa terkenal dan bukan blogger popular, tak salah mencuba untuk menang. Kalah, itu perkara yang ke 118. Kalau menang, itu kemenangan yang manis dan menawan. Malah, kalau menang itu juga satu promosi tak terkalah untuk diri kita sebagai seorang blogger yang bakal menjadi popular.
Kesimpulannya, join ajelah contest diorang. Tak rugi pun.
** Masih bengang dengan pemandu bas tadi. Dekat sejam dia hadang kereta gua kat parking Airasia tadi. Nasib gua terlupa bawa parang dan tukul dalam kereta..
Ps: Okeh. Mahu tidur. Esok mahu jalan-jalan.
10,351 total views, 1 views today
siapalah pemenang tue kan. jeng…jeng… 😯
Ok gua kena tipu free.. kuikui.. pandai memanipulasi ayat ni.. kahkah!
Contest SEO Melayu Boleh tu nampak menarik..boleh selit2kan nama Mr titan dalam entri tu…Hihihihi..
ciss..kena tipu plak..harapan nak menang tu rasanya takde..blog aku prob plak..hampeh je
lapar cendol laaaaaa… hahahaha..
gudluck kawan kawan yg join.. =P
Itu cendol ke ABC.
klah atau menang letak pada pilihan ke 118
hehe
gua tertipu..
demmm!
Asyrof rasa telah dimanipulasi bulat-bulat.
Geram bercampur darah mengalir deras.
hahah! 😉
Terhibur baca. Terbaik Encik Titan. 🙂
semoga blogger yang telah berjaya itu mensyukuri nikmat kemenangan dan bagi belum berjaya harus redha dengan apa yang terjadi..ada hikmahnya.
apa kena mengena cendol dalam gambar tue. haha.Moga yang terbaik akan menang.
adeh ingat dah umum..lama takjoin kontest.eksaited pula naktau sapa menang..hihi 🙄
nasib baik la bro tak bawa parang.. kalau tak dah duduk lokap dah. hee..
Semoga bakal pemenang terima dengan hati yang gembira dan yang tak berjaya boleh cuba lagi di lain contest anjuran En Titan.
Terkejut gua lihat tajuk entri, ingatkan dah diumumkan rupanya masih kena tunggu lagi…tak apalah…itu memang stail lu..gua tak boleh buat apa-apa.
Apapun…tahniahlah buat pemenang 1-3 tu, jika andai kata diumumkan dan saya masih belum online ketika diumumkan.
Senadainya akau kalah, maka terkalahlah gua kali ini….jika andai menang, memang gua menang tak terkalah. he..he… 🙂
kira-kira siapa ya yang jadi pemenangnya..
wah ble lah sy nak masuk contest macam ni…huhuhu kadang2 asik terlepas aje…
tertipu den…. 😆 🙄
Lu tak ambik nama drebar bas tu?
la..ingatkan dah ada nama pemenang. rupanya nak bagitau je..takpelah tunggu je
Emm berdebar pulak nak tahu siapakah pemenangnya…dup dap-dup dap dah ni..nak wak kije tak aman rasa..hehe
good luck kpd peserta
ni mesti tengah pujuk mak yang merajuk lagi tu.. baru update siapa pemenang.. kannnn… jangan bgi mak merajuk
ceh…kalau aku baca entri ni sebelum jumpe ko tadi, mau pekena cendol lagi semangkuk ni…hahhahaa
korang berjumpa ke tadi… sape paw sape?
tak sabar nak tahu pemenangnya.. mungkin sebab dah tahu kalah ..
nampaknya bukan esok tapi lusa… huhu maikel busy memilih lagi ke
Itlah keran atiada aral melintanglah..maka esok dan esok nak diumumkan.
Moga tidak ditangguhkan lagi..pemenangnya…semua peserta tak sabar nak tahu keputusannya.
Bersabarlah semua peserta…apa boleh buat keputusan di tangan penganjur…kita terpaksa terima hakikat. Kitakan dah tahu En Cendol ni sibuk sokmo…
Uik, banyaknya contest. Kawe tengah kumpul duit ni nak buat contest terbesar skali. Pakai berjuta-juta (rupiah), insya-allah…
aku nak cendol tu nampak sedap…dah lama tak makan nie…..
tajuk mengelirukan.. ingat dah ada pemenang (padahal x join pun.. heheh)
selamat berjaya kepada peserta
gua dah tau.. maikel dah bgtau gua 😆
tetiba jer nak suruh En titan upload gambar maikel..haha..
lama x pekena cendoi sedap betul namapak dalam gambar
sibuk 2,3 arini tak dpt up to date sgt
dalam 5 senarai tu dah 3 ak join, 2 lagi menyusul folo sifu haha