Apa yang anda tahu tentang MyKad Smart Shopper. Pendek kata, apa itu MyKad Smart Shopper sebenarnya? Apakah kegunaannya dan mengapa kita juga harus tahu tentang Mykad Smart Shopper. Adakah ia ada kaitan dengan kedai Mat Runcit?
Tak apa. Mari kita kaji sama-sama tentang Mykad Smart Shopper pada hari ini.
Sejarah Mykad Smart Shopper
Malaysia merupakan negara pertama di Asean yang telah melaksanakan Projek MyKad Smart Shopper (MSSP). Berikutan kejayaan program ini, telah menjadikan syarikat I Synergy Universal Holding Sdn Bhd tersenarai sebagai penerima Anugerah Perniagaan Cemerlang Asean 2013.
Syarikat I Synergy Universal Holding Sdn Bhd menyasarkan untuk membangunkan program ini ke negara-negara Asean yang lain. Ini merupakan peluang keemasan kepada rakan-rakan pemasaran yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersama syarikat membangunkan sistem ini di negara-negara Asean..
Setakat ini negara Indonesia telah berminat untuk membangunkan sistem ini di negara mereka.. Tak lama lagi projek MyKad Smart Shopper (MSSP) akan dibangunkan di Jakarta, Indonesia.
Secara mudahnya, “Mykad Smart Shopper” merupakan aplikasi MyKad yang ke 50, iaitu pengguna MyKad (Rakyat Malaysia) boleh mendapatkan harga diskaun dan poin ketika berbelanja di kedai-kedai yang telah mengambil bahagian. Dibawah ini, saya senaraikan kelebihan Mykad Smart Shopper untuk memudahkan anda faham tentang kad ini.
Kelebihan Mykad Smart Shopper
- Pendaftaran untuk Mykad Smart Shopper adalah Percuma.
- Tiada tarikh luput keahlian
- Nikmati Diskaun Segera & Rebate Tunai
- Anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 20% di kedai-kedai tersebut hanya dengan menunjukkan IC/MyKad.
- Perolehi mata ganjaran dari perbelanjaan untuk penebusan hadiah ( RM 1 = 1 Point AJ)
- Tiada kad tambahan ( Hanya Guna MyKad sahaja)
- Kesimpulannya, Projek Mykad Smart Shopper ini sangat bagus. “MyKad Smart Shopper” ni lebih kurang sahaja seperti kad Bonuslink dan kad Mesra Petronas yang kita pernah gunakan dulu. Kumpul point dan boleh tukar kepada hadiah atau dapat diskaun untuk barang-barang tertentu.
Untuk maklumat pendaftaran dan merujuk kedai-kedai yang terlibat dengan program Mykad Smart Shopper ini anda boleh layari MyKad.aj.my
Mengapa mesti guna Mykad Smart Shopper?
Bagi aku, MyKad Smart Shopper ini serupa seperti kad debit. Cuma Mykad kita itu digunakan untuk membeli belah. Ia nampak lebih mudah dan tidak perlu kita dapatkan kad mesra atau kad bonuslink. Aku rasa sampai satu tahap nanti, Mykad kita akan menjadi seperti kad-kad yang digunakan di Jepun. Aku tak berapa ingat apa nama kad itu, tapi siapa yang dok dekat Jepun, pasti tahu diorang ada kad-kad yang biasa digunakan untuk membeli belah, bayar barang di kedai-kedai runcit, beli tiket kapal terbang, beli tiket keretapi laju dan sebagainya. Aku yakin, masa itu akan tiba satu hari nanti.
Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2 , Pak Ya Homestay dan GSR2U
Dah.
Semua ada mykad masing-masing, kan?
Jom Aktifkan Mykad sekarang!
Ps: Jadi, mahu guna atau tidak Mykad Smart Shopper ni? Terpulang pada korang. Pilihan ditangan korang. Semua orang baik orang Cina, India dan Melayu boleh menggunakannya. Hoho!
33,558 total views, 2 views today
lu sudah daftar ker bro? ok ker kad tu?
Lom daftar lagi.
Sikit masa lagi. Tengah hadap dan hadam dulu segala info. biar kasi faham dulu. Hoho..
He he.. yg penting promote dulu kan. Lambat nanti melepas 😀
dapat memudahkan pengguna…
Subsidi la ni
macam hebat kad ni, tapi wa belum guna lagih nih.
kiranya, lu dah daftar la benda ni?
Ok jugak kalau ada kad macam ni..
Tp tulah setiap sesuatu teknologi pasti ada pro and kon kan?
oh ya baru tahu..kad pelbagai guna
Terima kasih otai SEO kerana sudi terbitkan entry Contest ni…
Bila nak join ku boleh rekemenkan upline kalau mahu…hahhaha
oho..contest SEO?hohoo..susah nak menang sebab ramai plak pakai teknik seo merah jambu 😯
kana pakai teknik kaler lain lah bro.. 🙂
Bro Reezluv,
Pakai warna pink 😆
Macam nak join je…
sebelum nih tak pernah tau pulak pasal kad nih , skrg nih dah tau sikit2 dah…hehe
Emm dah join dahhhh dia..hehe..selamat maju jaya…hehe
Daftar guna kad pengenalan kita ke.
Mykad yang ada sekarang hanya utk kad pengenalan. Masih tak aktivate utk kegunaan apa-apa pun lagi..hai bila nak buat entah le
🙄 🙄
blog earncent nape yer…
tak daftar lagi..takut nak bagi no ic nnti org insuran dok call
yang ini sebenarnya aku tak faham – faham lagi
Program MyKad Smart Shopper ni menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) yang sedia ada pada kita… Kepada yang nak daftarkan Mykad boleh berikan maklumat yang diperlukan kepada saya… Nanti saya tolong aktifkan secara PERCUMA…
In shaa Allah maklumat anda akan saya rahsiakan sepenuhnya…
daftar free je, jom daftar ramai2…
boleh daftar terus online ke…
Bila dah meluas penggunaannya baru rasa nak daftar.. 😀
nak daftar juga ni
Aku pun dah daftar,memang banyak kelebihannya dalam mykad smart shopper .Selamat berjaya bro dalam contest seo hebat ini 😀
Rasanya Mykad ambe x sampai pon lagi 5 aplikasi ia..hehe
memang betul. sepatutnya negara kita sudah ada teknologi it sebegini. baru boleh maju.
dengar cite Iraq pun dah pakai sistem smartkad mcm ni, baru-baru ni
ada dengar tapi belum lagi mendaftar
kalau berminat, bolehlah cuba. hehe..
Pendaftaran adalah percuma.
teringin nak guna mykad utk shopping
dah jauh gua tertinggal ni huhuhu
camna nak jadi affiliate ? delaer tu betoika kuota 10k orgje? pls email
Nak jadi Affiliate modal cuma RM1K sahaja… Boleh daftarkan sebanyak mana kedai yang kita mahu dan boleh aktifkan maksimum 1000 MyKad… Kalau nak tambah lagi pengaktifan bilangan MyKad kena tambah RM100 untuk setiap 100 MyKad… Pelaburan ini pasti berbaloi, ianya merupakan aset untuk jangka masa panjang….
😉 Assalmualaikum….nampaknya kita sama-sam join contest SEO MyKad Smart Shopper anjuran coretanAnuar.com. Entri anda amat menarik sekali. Semoga berjaya berada di page 1. Insya Allah. Wassalam… 🙂
oo… gitu rupanya Mykad Smart Shopper nih.. ok ok.
nampaknya aku sorang aje la yang baru tahu ada program macam nie..hahaha
HUrmm..Baru aku tahu dalam mykad tu dah di setting untuk kegunaan touch n go.. membazir aje beli kad touch n go
Haha..
lain kali, sila ambil tahu ye.
aku pernah guna mykad untuk touch n go..kalau tak silap aku pergi topup dekat stesen minyak..tapi untuk MSSP nie aku masih belum daftar
Apa agaknya kelebihan mengaktifkan mykad ni ye. Masih tak bole ‘tangkap’ la tujuan utama dan misi diorang ni..keh keh
artikel yang menarik dan mudah difahami. moga dengan artikel ni boleh menjadi sumber rujukan kpd org ramai di luar sana yg masih mencari informasi yg tepat lagi benar.
Assalam . saya nak lepaskan lesen kesayangan saya . lesen AA . saya nak lepaskan sebab nak pakai cash dan tidak dapat persetujuan dan restu dr ibu bapa keluarga saya . harga market 23k tp saya lepaskan 15k . incubator pun still full . boleh hubungi di 010 4210365.
Tak rugi join affiliate junction ni untuk jangka masa panjang.