Sebelum aku cerita kelebihan dan kebaikan makan PETOLA ni, mari kita baca sedikit info tentang Petola.
Aku tahu, bukan semua dari korang tahu pun sejarah petola ni. Jadi, mari kita baca dan belajar sesuatu tentang petola ni.
Sejarah Petola yang kita tak tahu.
- Petola segi (Luffa acutangula) adalah sayuran berbuah yang tumbuh melilit di tanah-tanah rendah. Ia adalah jenis mentimun (cucurbit) yang dipercayai berasal dari benua India..
- Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali.
- Buah boleh dipetik setiap hari iaitu di waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam.
- Petiklah buah yang masih lembut dan belum bersabut. Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah 105-110 hari. (Uiit, lamanya tuuu..)
- Bentuk buahnya bujur dan menirus ke arah hujung, berukuran antara 20-40 cm panjang dan 5-10 cm garis pusat. Buah berwarna hijau dan mempunyai 10 garisan bersegi tirus yang memanjang.
Ok. Cukup untuk kelas sejarah Petola pada hari ini.
Masuk point utama.
Kelebihan makan petola?
Apa sebenarnya kelebihan makan petola ni? Cuba cerita sikit kat aku.
Dan kepada makcik-makcik sekalian yang cukup suka makan petola, bagitau aku khasiat dan juga macam mana nak masak petola agar orang yang tak berapa suka makan petola macam aku ni..boleh terima dan makan petola.
** Ada sesiapa berani jawab?
Ps: Entahlah, aku tak leh makan petola. Tak tahu kenapa..
21,788 total views, 1 views today
ishhh….awat cheq tak makan petola?? apa kurangnya petola?? buat masak gulai pun sedap, letak udang sama… makan pulak dgn sambal belacan…. 🙂 rugi oooo sapa tak makan petola… hihihi
fuhhhh! inilah resepi petola yg best! masal gulai makan dgn sambal belacan plus ikan goreng…fuhhh!
sedap petola nih. nyum.nyum. masak tumis pedas pun cara gak. letak sikit udang.
Petola nih rasa dia MANIS…
biasanya petola nih saya akan buat ‘Masak Bening’…
cara dia, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan sedikit halia dihiris halus. masukkan dalam periuk.
pastu masukkan air ke dalam periuk td dan panaskan hingga mendidih.
petola pula, dah buang kulit, potong nipis-nipis (petola nih bila kita potong nipis, rasa MANIS dia akan lebih menyerlah).
masukkan petola dalam periuk bila air dah mendidih.
tambah secubit gula dan garam secukup rasa, ketepikan..
siap..
masakan nih simple, tapi bila buat waktu hari panas, memang sedap sangat… rugi tak cuba… 😉
rugi lu tak makan petola..haha
celur pastu cicah budu..perghhh
adoooooi….sebut cicah budu plak dah…
habislah anak tekak aku, dah start demo dah ni!!
gua lagi suka “falota” drp fatola
Aku tak suka..pahit..
assalamualaikum bro.
sedap weh dgn masak sup atau goreng. taklah pahit sangat, makan ulam lagi sedapppp hehehehehe 😛
Petola masak lemak sedap…
Aku tak suke makan bende nie. Aku rase takde kebaikkan kot… Haha
Makan nasi dengan sayur petola masak air diletakkan sedikit udang sudah cukup menyelerakan. Ada ikan goreng sekit dan tak perlu lagi lauk lain!
adesss,,, saya tak makan petola jugak,, sayur lain pun tahan je makan, heee
Dah dekat nak jadi blog resepi ni
ak suka makan buah, tapi buah ni macam tak boleh jual je.. tah la
masak sayur air je pun sedap sang petola ni
khasiat utamanya boleh mengenyangkan!
buat masak air pun sodap..
aku selalu makan petola ni masak sayur air..
petola aku boleh terima lagi.. peria memang tak la
lama giler perkataan petola ni x bermain di minda aku nih,
petola masak air..sedap wehh..letak ikan bilis sikit..makan ngn nasi.. ngn kicap + cili.. perghhh..ok selamat bersahur.. hahahah
Masak air campur soon dan beancurd stick 🙂
dia ada lagi satu.. yang kecik tu.. haa peria baru ingat! haha. petola dan peria favorite saya.. hehe. sebab nenek selalu makan. Baik untuk kesihatan kot. entahlaa.. tp sedap gak
Fetola Fetola, hihhii 😛 Salah satu sayur kesukaan saya ni
Wah! Ramai jugak pakar petola yang bagi pandangan dan jawapan ye?
Den pun tak brp suka petola nih..
sedap petola nih,,wat masak air or masak lemak putih. makan dgn sambal gesek, ikan goreng n nasi panas. huhu lapar perut
Petola goreng sedap. 🙄
@Pokok Manggis,
Ada ke orang buat goreng? Tak pernah tau pun..
Ikhlas,
Amin Johar
Jurutera SEO Malaysia
PAKAR NIAGA
Emm tak tahu sangat kelebihan dia ni..tapi kalau masak sayur pedas, memang best..makan pulak bersama ikan kering..perghhh memang best…
Petola ni walaupun pahit tapi sedap la..hehe
Kurang suka makan petola, tapi dari segi kesihatan orang kata ianya baik sebagai antibiotik semulajadi. bagus untuk jantung serta boleh membantu penghadaman dan melegakan sembelit…
petola paling leceh buang kulit dia.
😆 samalah kita ye,tak boleh nak makan petola.
@Titan,
Taktau nak habaq kat Hang.. Tak tau juga.
Aku tau makan ajer.. Biasa senang jumpa di kedai-kedai makan.
Tak ada rasa apa sangat.. coz aku memang tak memilih sayur-sayuran.
Asal sayur, bedal ajer lah labu…
‘Melayu boleh makan petola’.. Nyum3x~~
Ikhlas,
Amin Johar
Jurutera SEO Malaysia
PAKAR NIAGA
Fuhh…salah satu sayur kegemaran gua ni..memang sedap….
kalau penyakit gaout boleh makan ke petola nii
kalau makanan yg pahit2 ni, mesti ada khasiat punyala
hahaha..ingatkan bro yg bg apa kelebihan petola ni rupa2nya dia pula yg tanya…
Biasa buat sayur air..
Rasa boleh tahan la..hehea>
sedap bro buat gulai lemak…
petola ni kalau goreng bertepung macam kedai mamak selalu buat memang best.
wahaha.. tak suka makan ni.. 😈
sayur ni mmg xde dlm senarai pun dlm sayur feveret..ehe…pnh cuba mkn..tp terasa lain mcm plak