Siapa pernah shopping online?
Maksudnya, korang beli secara onlline. Tak kisahlah korang bayar guna Maybank2, CIMBClicks, Paypal atau perbankan online yang lain, tapi korang membeli barang melalui online.
So, antara korang semua, siapa yang tak pernah shopping secara online?
Aku lihat, sudah banyak kedai online yang semakin naik. Selain Zalora, Mat Runcit, Nine dan memacam lagi yang semakin popular dan meniti di bibir-bibir makcik-makcik dan gadis-gadis bertudung comel, Delima Home juga salah satu kedai online yang menjadi tumpuan dalam beberapa hari ni. Itupun kalau korang perasan la. Maklumlah, pasaran blog-blog aku memang dikalangan makcik-makcik. Sebab tu, aku suka tulis apa yang makcik-makcik suka baca. Hehe..
Okeh makcik-makcik sekalian..
Apa yang ada dekat Delima Home ini?
Lebih kurang juga dengan kedai online yang lain.
Cuma aku perasan diskaun atau potongan harga agak tinggi berbanding kedai-kedai online yang lain. Agak melampau gak. Mesti diorang dapat borong harga yang sangat murah dan jual dengan mark-up harga yang tinggi sikit. Asalkan ada sedikit keuntungan, itu dah cukup berbaloi. Tak guna jual barang mahal-mahal, tapi tak ada yang nak membeli kan? Melainkan barang itu memang RARE dan cukup comel dimata makcik-makcik.
Dan jika ada yang berminat nak buat duit online, korang juga boleh mendaftar sebagai affiliate dan menikmati keuntungan 5% dari setiap jualan yang terhasil. Contohnya..kalau harga sebuah kerusi itu harganya RM120 setelah diberi diskaun. Korang akan dapat RM6. Kalau harga set lengkap katil siap add-on dengan meja solek adalah RM1200. Korang akan dapat komisen sebanyak RM60.
RM60 tu. Tak ke banyak tu???
Masa inilah korang kena promosi set lengkap katil tu kepada mereka-mereka yang berminat terutamanya kepada orang-orang yang baru berkahwin. Haa..masa ni..kalau tak rambang mata juga, tak tahulah. Haha..
Ya. Delima Home lebih mengkhusus kepada barangan rumah. Mereka menjual perabut secara online. Maksudnya, barangan atau keperluan rumah. Kalau nak cari perabut, alat-alat dapur, meja tulis, almari, kerusi yang comel-comel dan pelbagai lagi, bolehlah korang cuba window shopping dulu kat Delima Home ini. Tak rugi pun. Kalau berminat, barulah beli.
Aku berkenan dengan kerusi warna kuning ni. Maklumlah, aku buat kerja menulis blog ni pun banyak atas katil. Ada meja comel-comel pun, kalau takde kerusi yang cun melecun macam ni, tak guna jugak kan? So..kalau ada bajet lebih dan dapat duit lebih bulan Ramadan ni, tak mustahil aku angkat satu kerusi kuning ni nanti.
Apapun, kalau berminat nak cuci mata. Bolehlah melawat website diorang – DelimaHome.com.my (klik sini)
** Setiap pendaftaran akan dapat RM10 voucher. Kira ok la tu, kan?
Ps: Fuhh..dah lama tak tulis review macam ni. Hoho..
10,805 total views, 1 views today
best gak cuci mata tgk gambar2 tu.. tapi rumah saya dah penuh la…
Peh..Kerusi meja pun dah ada online kan..tapi kalau nak beli kena tengok betul2 la t&c dia.
aku memang berkenan betul dengan beberapa perabot dalam web delima home tu…ada design yg menggoda nafsu aku, tapi aku harus tabah kerana belum duduk di rumah sendiri nanti susah nak pindah randah…
tolong delima home kekal wujud utk 2 tahun lagi yer…hehe
dia start affiliate jual barang pulak dah.. sat gi aku pi..
kiranya tulis review ni ko dapat kerusi tu free?hehee
kalau depa rasa nak bagi, takkanlah gua nak menolak kannnn? haha
Perhhhh ada program Affiliate sekali ekkk..tak pernah la beli online..takut dan tak pandai..hehe
Ada.
Kalau minat, leh cuba. HOho..
baru join contest ni.
bro, gua ‘pinjam’ bro punya tag ya. mintak izin
[…] Menang blog Contest Delima Home […]
Nanti dah beli rumah, ingat nak beli kat delima home je ..
berapa harga kerusi buaian tu???
area klang boleh pos ker