Haha..
Mula-mula kena gelak dulu. Tajuk memang macam hampeh.
Apapun, sebelum itu, aku nak tanya..bagaimana kita nak dapat jana wang paling kurang RM200 hingga RM300 sebulan?
Aku yakin dikalangan korang semua, pasti ada yang berminat mahu tahu. Betul, tak?
Sebenarnya, ikut logik akal manusia, memang susah sebenarnya nak dapat RM200 atau RM300 sebulan.
Susah bagi yang ada kerja tetap. Sebab diorang tak ada masa sangat. Sibuk katanya.Tapi bagi mereka yang ada buat part-time. Paling teruk pun, boleh dapat RM400-RM700 sebulan. Kerja kat restoren segera macam KFC dan McD tu pun leh dapat lebih dari RM300 lebih, kerja kat pasar malam pun walaupun mungkin seminggu cuma bukak gerai 2-3 kali sahaja, tapi kalau campur duit-duit setiap minggu, boleh dapat lebih dari satu ribu setelah tolak modal.
Jadi, susah sangat ke nak jana pendapatan sebanyak RM200-RM300 sebulan?
Kalau dari ikut logik akal manusia yang boleh berfikir dengan bijak dan genius seperti aku, ia adalah perkara yang tidak mustahil.
Tapi bagi mereka yang asyik kata..mustahil.
Ok, dengan secara rasminya memang sampai bila-bilalah korang takkan dapat RM300-RM300 tu dalam sebulan.
Kita ketepikan soal mereka yang dah kerja tetap dan ada kerja sampingan yang incomenya lebih dari RM300 sebulan.
Tapi kita ketengahkan isu bagaimana mereka yang dah ada kerja tetap ni..tetapi nak jana pendapatan melalaui blog. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru nak bermula.
Pendek kata, semacam tak tahu apa pasal dunia blog ni. Sebab, bila kita tak tahu apa-apa..memang susah nak buat apa-apa. Apatah lagi nak jana pendapatan dari blog yang sebulan entah berapa artikel dalam blog yang ditulisnya.
Sebenarnya ada banyak faktor yang mungkin membantu mereka yang baru nak bermula untuk berjaya buat duit dengan blog. Ada short-cutnya. Tak susah dan ramai yang telah laksanakannya tanpa mereka sedar.
Mengikut situasi semasa para blogger Malaysia sekarang ni, ini antara salah satu cara short-cut yang boleh korang tiru.
Cari seorang atau dua mentor yang dah berjaya.
Kalau tak cukup mentor?
Cari lagi SEPULUH mentor.
Perhati dan buat kajian tentang mentor korang. Kalau mentor korang tu ada blog, baca artikel pertama yang beliau tulis. Mesti kelakar, kan? Artikel macam budak-budak pun ada. Macam tak ada idea nak tulis artikel aje. Tapi, aku nak korang teruskan bacaan sampai artikel terkini beliau.
Kalau mentor takde blog? Pergi cari akaun facebook mereka. Jangan malas. Takkanlah mentor-mentor yang hebat-hebat tu takde akaun facebook. Pi lihat update pertama mereka sampailah yang terkini.
Nampak perubahan? Nampak nilainya disitu? Ya..itulah keadaan yang bakal korang tempuhi. Sedikit demi sedikit untuk berjaya. Korang dah diberikan mentor dan “Contoh” yang sesuai untuk memendekkan masa untuk berjaya seperti mereka.
Tapi bagaimana untuk berjaya seperti mereka?
Dekati mereka. Minta pendapat mereka, belajar dari mereka dan selalu mendampingi mereka. Rajin-rajin juga belanja mentor korang cendol banting. Approach mentor-mentor korang ni. Kalau terpaksa pergi “EVENT” walaupun tak dapat 1 sen pun, PERGI. Kebaikan pergi EVENT, korang akan kenal lebih banyak mentor-mentor yang dah berjaya dengan stabil dan masa itulah korang akan tahu bahawa mengikut sesetengah mentor yang berjaya boleh membantu korang berjaya dalam masa yang “singkat”.
“Habis..bro sendiri jarang pergi event. Macam mana nak jumpa bro?”
Erk..
Itu kita skip dulu yek? Nanti aku bagitau hal tu. Bukan hari ini.
Pendek kata, apa yang aku nak beritahu korang hari ini adalah selami dulu dunia menulis blog ini. Ada banyak cabang untuk berjaya dalam dunia blog. Ada yang kena pergi event, ada cara terpaksa belajar cara menulis yang betul, ada masa kena jugak belajar cara pasang umpan yang menggoda, ada masa kena juga BELI ebook atau tools yang boleh membantu kita berjaya dengan lebih cepat. Secara mudah, kena banyak belajar, membaca dan menulis.
Zaman tahun 2001-2010 dulu, berbeza dengan zaman sekarang. Zaman tu..takde short-cut. Semua bermula dari bawah. Nak cari mentor yang berjaya pun cukup susah. Nak cari mentor yang sanggup jumpa korang pun, lagilah tersangat susah. Kekadang, siap kena bayar lagi kalau mahu jumpa. Maklumlah, masa itu sangat berharga. Tapi sekarang, cukup mudah untuk jumpa mentor ekspress yang sangat berjaya.
Dan selepas korang mengharungi “dunia menulis blog” yang kejam dan penuh kegelapan ini, percaya atau tidak, korang mudah untuk dapat RM200-RM300 dalam sebulan. Bahkan, mungkin dapat lebih dari itu. Duit akan datang kemudian. Insya-Allah.
Simplenya..
“Feel it that moment and take action.”
…
….
** Tajuk memang tak boleh blah.
Ps: Ini satu cara, cara lain, aku cerita hari lain. Banyak cantik aku nak cerita semua. Haha..
9,256 total views, 18 views today
lu jadi mentor gua boleh tak? alaaa boleh la.. boleh laaaaaa
Dunia blog memang penuh kegelapan silap haribulan sampai ke penghujung jalan bergelap jer…tu tandanya blog dah masuk kubur.
wah terbaeklah tajuk mendalam tu hehe…ble nk jumpa ni?haha blh share ilmu 😛
kalau blog aku tetiba gelap memang nak kena hosting ni, akan aku cari sampai ke lubang cacing ler jawabnya…hehe
aku tunggu next entry sambungan ilmu ini, tak best baca separuh2 ni susah nak hadam.
yeah cerita kau pun memang kejam tapi aku nak juga dapatkan rm300,400,++++ sebulan dengan blog.
part time kfc lagi kejam balik kekadang sampai 2,3pagi tapi kira tetap sampai pukul 12 :p
betul..cari mentor..jangan copy paste entri orang lain..nanti pagi2 ada orang mengamuk..hehehe
aku setuju dengan apa yg ko tulis tuh, aku pernah ada kawan nak buat macam aku, aku tanya dia apa tujuan dia, kalau buat blog nak duit tp xtau apa apa tentang dunia blog baik x yah, aku tanya lagi, kalau dia x minat nak menulis dan minat dlm blog pon baik x yah, dia buat jugak blog, ada la dalam 2-5 entry.X sampai seminggu terus x endah dah blog dia, hehee, sebab apa? sebab bila xda minat blog dan xda jiwa menulis, jangankan duit, artikel utk buat duit pun x akan terialisasi..
mmg kejam..gua tak terasa jari jemari gua di siat-siat..hahaha
Rm300 sebulan…hebat btol orang macam tu..aku yang nak dapatkan macam tu pun susah..hahaha.
sngt kejam 😈 .Usaha mesti ada kalau xusaha mana de hasil.cuba bt dahulu br tahu ianya sng atau mustahil.
Berblog untuk buat duit dah ramai orang buat, berblog untuk jadi jutawan kaya raya ada tak?
Takut sebenarnya komen di blog otai ni… Begitulah reaksi sebenarnya, tapi kita tak perlu ada takut dan rendah diri untuk berjaya. Tiada yg mustahil jika rajin berusaha dan sentiasa belajar
apa nak ditakutan dia bukan kenal kita pon hehehe
Bahaya kalau jadi mentor ni, kena skodeng kisah lama. haha.
setakat nih hasil dari blog den nih tak nampak sgt lagi , masih berusaha ke arah itu…huhu
betul tu.. tak mustahil nak dapat RM200-RM300 walau keje tetap
kalau gaji RM1700 tambah blogger RM300 sudah tentu banyak barang boleh lepas
nak lu jg mentor gua
tapi takut gua pulak jadi kementor 🙂
aku tunggu post sebab ko jarang pi event haha nak tengok sama tak dengan sebab aku
memang motivasi utk diri ini….
Huhuhuh..kejam..lebih kejam bila ternanti2 dibelanja cendol banting..keh3…
ko kejam laaa.. ko kijaaaamm… aku pun tak kejam dalam kegelapan.. aku bawa lilin yang bercahaya masa kegelapan blackout.. hehehe
mohon titan jadi mentor fyna. nanti fyna belanja candol banting 😉
gua suka tajuk ni..haha
boleh dibikin drama
kejamnya dunia blog ni…hihihi
wahh..saya terpaksa baca sampai hbis entri ni sebab “terpedaya” dengan tajuk post, sebab jarang baca “sisi gelap” jadi blogger atau dunia blog..
citt..apa pun,terima kasih ilmunya yg dikongsi..:)-
jarang dpt jemputan event… 😐 😐 😐
surirumah mcm sy pun sibuk jugak, ada masa blogging tu, masa itulah nk layan biz, nak layan fb, update sana sini… fuhhh
memang penuh kegelapan..tambah plak kalau hosting buat hal..blog problem..
Kena da minat,keyakinan dan displin..baru berjaya..seribu sehari pun bleh kan
selama ini, saya menyelami dunia blogging melalui pembacaan dan pengamalan sahaja .. alangkah beruntungnya jika ada mentor. Jimat sikit masa dari melakukan banyak kesilapan semasa proses pembelajaran.
banyak lagi yang perlu saya pelajari dalam dunia blog ni…
tajuk saje dah ada jiwa…ko ni mmg lain macamlah 😈
bab kejam tu mmg kejam…tp kita yg kejam kat diri sendiri sbb malas…huuuh
kejamlah sangat tapi kalau hak pd berusaha tak salah pun..kejam bila favio buat hal
bertuah la kan siapa yang dapat jai anak murid ahmad faizal ni..hehe..mentor ni memang sayang nak lepas kalau dah dapat..sayang ketat-ketat gitu..hahahaha
Insyallah…Duit akan datang kemudian..aku suka ayat ni…memang baik..lama x jenguk blog ko bro..anyway..thanks for your info…
memang gelap pun..nak jana income, kena bina nama. nak bina nama, kena labur la sikit..
Kejamnya dunia blog ni.
Sedih 🙁
[…] dan kurangnya promosi, perkhidmatan yang dijalankan berkubur begitu sahaja. Mujurlah aku mengenali dunia blog yang kejam dan penuh kegelapan. Haha. Semuanya aku ceritakan pada artikel yang bertajuk Impian Dan Perancangan Pondok Kecil. […]
Teringat plak kata lecturer saya “Kalau anda fikir sesuatu benda itu susah, ianya hanya akan merugikan dan membataskan idea”.
Kalau awal2 lg kita dah cakap susah.. memang susah la benda tu… 🙁
Hari tu lu pergi oversea negeri mana encik Titan? Lau tak dah leh jumpa … gua pun sampai skang tak tahu sapa dapat tiket lu tu …
hebat lah bro ahmad faizal ni… hebat.. jom cendol..!!!
memang kejam, sampai sekarang aku masih lagi terasa kekejamannya
Jom kita gi minum cendol..tak apa..makcik beg besar leh belanja..:)
huhuh..sungguh kejam sekali…mmg x mustahil nak dpt RM200 – RM300
nie skrg tengah target..klu boleh sebulan dpt RM1,000….