Bila aku baca berita ni semalam..
Aku rasa memang betullah kita berada dalam fasa menuju ke akhir zaman. Pembunuhan berleluasa.
Ini bukan salah pihak polis ataupun salah kerajaan tak buat kerja. Benda ni memang dah ditakdirkan akan berlaku. Jika kes di Gaza, pembunuhan berlaku secara besar-besaran, tetapi di Malaysia..pembunuhan tetap juga berlaku walaupun dalam skala yang kecil.
Mangsa kali ini adalah Founder AMBank (Arab-Malaysian Bank), Hussain Ahmad Najadi ditembak dan mati ditempat kejadian. Arwah mati ditempak di tempat letak kereta Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. Aku macam lalu aje lorong tu 2 minggu lepas. Kalau aku yang lalu kat lorong tu semalam, mungkin aku juga bakal mangsa yang akan kena tembak.
Yang lebih tragis, isteri beliau pun cedera sama.
Persoalan aku sekarang..
Kenapa mereka kena tembak? Kenapa guru-guru jadi mangsa kena tembak?
Apa salah mereka sampai kena tembak? Sampai dihukum sebegitu rupa?
Pasti ada kisah disebaliknya yang kita tak tahu.
Aku harap selepas ini, tak ada kes main “police entree want to jaga” lagi.
Cukup-cukup la tu. Ingat boleh hidup balik ke bila dah mati ni?
** Bunyi macam senang aje nak dapat pistol. Kat mana diorang beli pistol eh?
Ps: Dah 4 orang yang kita tahu kena tembak dalam masa terdekat ni. Yang kita tak tahu?
7,173 total views, 1 views today
semakin menakutkan, diharapkan kes ni adalah yang terakhir untuk tahun ni
mgkn ade kisah tersembunyi knape guru yang kena… ❓
tetiba rasa Malaysia ni mcm tak selamat pulak bila dengar kes2 mcm ni… huhu…
rasa dah macam duk kat U.S. tak payah pergi oversea nak rasa suasana macam ni. apa-apa pun negara malaysia negara amannnnnn…
Igt bapak mizz nina td bos Ambank
nyawa begitu murah sehingga boleh tersyukur di muncung pistol..al fatihah buat kelurga arwah
pergh tembak menembak sekarang macam dalam filem tak suka tembak
Memang fenomena akhir zaman bro. Orang yang di bunuh dan pembunuh tak tahu apa tujuan mereka dibunuh dan membunuh.
penembak tu puas hati kot lps membunuh org. org tu tkde perasaan.
mmg banyak kes la semenjak dua ni.. makin menjadi2 lak.. hanya dorang je tau kenapa dorang tembak org tu. dengki mungkin juga..
skg ni senang nak dapt pistol.. nak beli jugak lah, pistol mainan..
Adakah dia pembunuh upahan yang sama yang membunuh mangsa-mangsa lain juga?Emm kalau tahu port beli pistol kat mana, sila bagitau..nak beli satu nak lindungi diri..hehe
Memang terasa jugak la sebab baru 2 hari lepas aku bukak pose area situ ….adesss
syukur malaysia masih aman..
terbaca surat khabar tadi kata mungkin motif dendam , urusan perniagaan…
Nak ke pistol nak kasi ni?
Antara persoalan perlu difikirkan, adakah 4 kes ni dilakukan oleh pembunuh yang sama atau berlainan.
macam2 yang berlaku.. nyawa dah tiada nilai zaman sekarang nie…
senang je skrg, x puah hati je upah org bunuh
memang teruk sekarang ni.. pembunuh upahan cam keje biasa je
betul2.dunia akhir zaman.dah banyak tanda2nya.subhanallah 🙁
ni le masaalahnya bile EO kena abolished dan tahannya dilepaskan.Ketua2 samseng dah free.. plus dah tak de EO lg.. Sakan ler diorg.
Takut dengan keaddan sekarang. Kena jadi baik la kesimpulan nya. kalau kena tambak. masih mati baik kan?
Kat mana diorang beli pistol eh? ada duit semua jadi~
kena cepat2 beli baju kalis peluru ni huhu bahaya beb